Search This Blog

Monday, June 24, 2013

Rahsia hati Mrs Ai

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Alhamdulillah, masih diberi kan Allah nikmat untuk bernafas dalam keadaan jerebu yang melampau akibat kelalaian negara jiran...opps bukan lalai rasanya, ini kes sengaja. Apa pun, ujian ini cuma sedikit aja sebagai peringtan pada kita., dan itu tandanya Allah sayang pada kita. Bagi yang merasa insaf dan mengenang mati, alhamdulillah.  Dan bagi yang merasa geram dan marah2, bawa bertenang dan cuba tarik nafas dalam dalam...dan fikir fikirkan lah.

Psst...nak citer sikit tentang Dear. Hmmm memang blog ini selalunya mesti ada pasal Dear kan, nak citer apa lagi. Ada citer yang selama ini aku tak tahu tentang Dear. Hampir 24 tahun bersama tapi aku tak tahu cerita ini. 3 minggu lepas, 2 dari 3 teman baik Dear menyempatkan diri bertandang dan menginap diteratak kami.  Jadi kira macam reunion lah.  Zaman persekolahan dulu, Dear memang ada members ketat dia, 4 orang semuanya.  Memandangkan kami sama sekolah, jadi aku memang kenal dengan geng geng Dear ni.

Bila dah bertemu memang gamatlah...Dear aku perhatikan amat bahagia, ketawa, senyum dan bergurau senda. Tak sekali pun sepanjang 2 hari Dear bersikap cerewet. Both teman baik Dear ni, lets call them, Mrs Is dan Mrs Az...dah berumahtangga. Eh Dear pun dah berumahtangga juga cuma tiada surat nikah aja..hahaha. So kita call Dear Mrs Ai...untuk posting kali ini aja.

Mrs Is dan Mrs Az sangat suka berbicara lucah...dan mereka ni both lebih senang berbual begini dengan aku.  Mereka mengatakan Mrs Ai bukan lah orang yang suka bercerita yg berbaur porno.  Hahaha ....macamlah aku tak tahu kan.  Alkisah bercerita tentang matair matair lama dan zaman gemilang masing masing. Mrs Is sibuk mengatakan yang Mrs Ai ni kaku. Walhal ramai aja bebudak lelaki yang approached dan ajak dating. Mrs Ai memang non ada layan punya. Sampai ramai bebudak lelaki yang mencop Mrs Ai dengan berbagai title. Sesekali aku kerling kearah Mrs Ai sambil menaik naikkan kening aku dan tersenyum senyum kearah nya. Hmmm...sempat juga lah peha ni kena cubitan cubitan dari Mrs Ai gara gara perlakuan ku itu..Hahaha.

"Eh korang, ingat tak ngan Jamal jengkit" Mrs Ai tetiba bertanya pada Mrs Is dan Mrs Az bila ketawa mereka  dah reda dengan cerita2 lama tu.

"Apa tak ingat pulak, you kan crush kat dia" Mrs Az menjawab dan mereka bertiga ketawa. Aku aja yg tetiba terasa. Dear aku tahu memerhatikan perubahan pada wajahku. Dengan pantas aku mencela
"Eh time zaman tu dah ada Candy Crush ke" soalanku yg nak menutup rasa gundah dihati sebenarnya.

"Hahahahaha...kau ni merepeklah, mana ada...dulu kita ckp crush tu terpikat lah, ada ke candy crush"..ketawa Mrs Az berleretan.

"Aku tahu lah saja aja buat lawak bodoh, so Dear, you sempat tak pegi dating ngan Jamal jengkit, cerita lah, Mrs Is, kau tahu ke yg Mrs Ai ni kluar dating ngan JJ" tanya ku.

"JJ siapa pulak", forever Mrs Is ni slow tau.

"JJ tu Jamal Jengkit lah"..berderai ketawa lagi mak mak budak tu semua. Aku aja yg masih frust memikirkan cerita Dear crush ngan JJ ni. Beribu soalan berlegar di kepala, kenapa tak pernah diceritakan Dear pada ku.

"Oklah since korang semua nak tahu, dulu sempat juga I beberapa kali keluar ngan si Jamal Jengkit tu" Dear mula bercerita sambil menjeling melihat reaksi aku.
Aku hanya berdiam diri dan menanti cerita selanjutnya.

"Amboi, betulnya secret you ni eh..I yg hari hari ngan you pun tak tahu"  Celah Mrs Is.  Mrs Is lebih rapat dengan Dear berbanding Mrs Az.

"Shhh ...kau ni kan, pasal menyampuk pandai, let her continue lah, aku pun nak tahu, citer sensasi ni."..aku yg lagi teruja sebenarnya.

"Oklah, now I citer lah since ada orang tu nak tahu sangat kan. We all beberapa kali dating after abis 'O' Level. JJ kata dia tahu yg I ada hati kat dia sebab Mail Moon yg kasi tahu. Mail moon dulukan suka kat I. Lately ni pun selalu antar sms, tengah malam pulak tu, malas nak layan, dasar takut bini."

"Wei wei, ni cerita JJ ke citer si Bulan tu." aku mencelah lagi.

"Ah ha lah Mrs Ai, you kan citer Pak Bulan tu pulak..citer JJ lah, kita pun nak tahu" Mrs Az pula yg teruja.

"He quite gentleman tau, dia datang my house, jumpa my parents tiap kali nak ajak keluar. Ada lah about 10 times we all keluar dating. Talipon tu hari hari lah dia call, macam ada org tu...you all tahu kan." mengata aku lah Dear ni.

"Habis tu kenapa tak menjadi eh" soal pulak Mrs Is tu.
"Alah kau tak kan tak tahu Mrs Is, dia kan Puteri Ais", celah Mrs Az dan mereka bertiga ketawa. Aku takde mood nak ketawa sebab rasa tak kelakar pulak.

"Bukan sebab tu lah Mrs Az, dia nampak gentleman, tapi satu hari tu masa kita keluar, terjumpa mak sedara dia, and he chicken out bila mak sedara dia marah...tu yg bikin I rasa tak safe ngan this type of man...macam mana nak protect kita nanti. Anyway, masa tu kita baru aja habis sekolah kan and I tak gatal macam you all. Lagipun I realised ada orang yg dari jauh sangat sayang kat I lah so sebab tu lah sampai sekarang I tak kawin2. Dan I tahu yg orang tu akan sayang dan jaga I sampai bila bila and I pun sangat sayang kat orang tu walaupun dia selalu rasa was was samada I sayang dia juga ketidak. And please eh jgn tanya siapa org tu, cause I'm not telling." Dear terus bangun dengan alasan nak check lampu dan pintu. 2 orang teman Dear melihat kepadaku dengan penuh tanda tanya.

"Eh korang tengok muka aku buat apa, aku pun tak tahu babe, sorry!. Dah lah aku nak tidor, besok mem dah pesan ngan aku suruh bikin kan korang breakfast, so good nite, aku tidor dulu." Aku pun tarik selimut dan biarkan dorang terpinga pinga.

Hhhmmm.....itulah cerita Dear selama ini yang aku tak tahu dan ini lah kali pertama aku mendengar Dear declare yang Dear sedar aku akan selalu berada disisinya hingga ke akhir hayat. Aku bersyukur yang Dear menerimaku seadanya dan masih tetap menyimpan rasa kasih dan sayang pada ku. Rasa cinta kasih dan sayang ajalah yg menaut ikatan antara kami. Semuga Allah tetap memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat dan abadikan cinta kita dalam  mencari keredhaanNya. Insya allah, aamiin.