Search This Blog

Wednesday, October 22, 2014

25th Anniversary di Korea

Bismilaahhirramannirahim

Assalammuaalaykum

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Termetri janji 25 tahun yang lalu untuk menyulam kasih. 
Hari ini kami meraikan 25 tahun ikatan kasih, sayang, cinta dan persahabatan.
Terlalu banyak ranjau dan duri, kerikil dan onak yg kami injaki... Namun kaki terus melangkah mengagahi langkah walau kadang terasa lemah dan lelah. 
Terkadang kami jatuh dan putus asa, hampir juga ikatan terlerai, airmata saban hari terurai ... Sejadah saksi luahan hati kepada Ilahi. 

Jika dia kau utuskan utk ku, aku mohon Ya Rabb, abadikan cinta kami. 

Alhamdulillah. 23 October 2014.... Abadi cinta kita 25 tahun bersama.

Ps: #autumninkorea25thAnni

Thursday, October 9, 2014

2 Kebahgiaan 1 Kesedihan

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaykum
 
 
Lama benar tak jengok blog yang satu ini. Alhamdulillah, di berikan sedikit kelapangan untuk mengemas kini blog hari ini.
 
Bulan September yg lalu, penuh sarat schedule. Mana dengan gastric yang menyerang pada permulaan bulan dan diiringi dengan demam, batuk dan selsema. Alhamdulillah, kifarah dari Allah segala penyakit ini. Dear pulak menjangkit demam beberapa hari kemudian.  Gamaknya duduk rumah lah kami berdua, melepak tak larat.
 
Minggu pertama bulan sembilan, dengan keadaan kami yg demam, terpaksa juga menghadirkan diri majlis kenduri kawin anak abang ku. Alhamdulillah, selamat semua majlis.  Minggu kedua, kami cuti 3 hari sempena dengan cuti sekolah di Malaysia. Hahaha..macam ada anak pulak kan.  Kami cuti sebab menerima tetamu istimewa dari Malaysia.  Istimewa kerana dia merupakan novelis pujaan ati ku. Berjalan sakan lah kami jadi pelancung dinegeri sendiri menemani tetamu tetamu kami kesana kemari.  Walaupun penat kerana belum 100% sembuh, seronok juga lah dapat melayani mereka.
 
Minggu ketiga, kenduri kawin anak buah lagi.  Kali ini anak saudara Dear pula. Sibuk juga kami bukan kerana membantu di rumah abang Dear. Kami sibuk melayan tetamu dari Indonesia pula yg datang khusus ke majlis anak saudara Dear,
 
Minggu terakhir September, rencana pulang ke teratak di seberang tambak terpaksa dibatalkan. Rabu aku menerima pesanan yang ayah adik angkat ku dalam keadaan nazak. Seusai dari tempat kerja aku terus kerumah ayahnya walaupun dia tiada ditanah air. Memang sangat uzur di perhati kan orang tua ini. Khamis aku tak kesana walaupun adik angkat ku telah sampai dipulau temasek pada siang hari. Bukan aku malas atau tak rindu, aku cuma mahu dia rehat dan spend time dengan ayahnya yg tersangat uzur itu. Sambil tu boleh lah aku mengemas rumah  dan mencuci baju sementara berada dirumah memandangkan hujung minggu akan balik ke negeri "disini mulanya sebuah cinta". 
 
Kita hanya merancang, namun Allah juga lah sebaik baik perancang.  Ayah adik angkatku menghembuskan nafas pada hari jumaat beberapa minit sebelum waktu zohor. Nasib baik dia sempat sampai dari negara kengaroo dan berada disisi ayahanda tercinta. So akhirnya hujung minggu utk pulang ke teratak tak menjadi realiti. Dengan sakit dan berbagai aktiviti tiap minggu, sebulan tidak menjenguk kesana.  Sesungguhnya aku rindu teratak dan semerah delima ku.
 
Kenangan September yang dimulai dengan kegembiraan menyambut 2 menantu dan diakhiri dengan pemergian abadi seorang ayah kepada sang pencipta.
 
p.s: hampir 25 tahun hidup  bersama, buat pertama kalinya, kami tidur berlainan kamar semasa aku mulai demam kerana Dear takut menjangkit. Kuasa Allah sebenarnya, walaupun x tidur sama katil, Dear demam juga akhirnya. satu pengajaran besar utk Dear. Aku hanya senyum bila Dear meminta maaf kerana tidur berasingan dng niat tak berjangkit namun peraturan dari Allah adalah sebaliknya.
 
 

Wednesday, August 20, 2014

Sekadar bercerita, cerita yg lama buat kenangan.

Bismillahhirrahmannirahim

Assalammualaykum,

Fuh Fuh Fuhhh....berabuk sudah blog ku ini. Hmm, boleh lah nak update sekarang.

SubhanAllah...cepat sungguh masa berlalu. Rasa sekejap aja ramadan berlalu dan syawal pun tinggal lebih kurang seminggu lagi. Tak sempat nak bersilaturahmi minggu pertama syawal dah ada jemputan kawin.

Alhamdulillah, cabaran ramadan tahun ini sungguh memenatkan. Bukan penat berterawih atau berqaimmulai...penat mengemas rumah yang berabuk akibat keputusan terakhir untuk renovasi toilet dan merombak kamar tidur utama utk kami beralih ke kamar itu setelah lebih 2 tahun arwah FIL meninggal kan kami.Nasib baik kontrator dpt menyiapkan sehari sebelum Ramadan, dapat jugalah aku membersihkan dapur yang diselimuti dengan debu untuk memasak buat sahur dan berbuka.

Sementara menunggu kedua dua toilet siap, aku telah mengajak Dear untuk membeli beberapa toilet assesori dan cadar bagi katil baru yg telah ku tempah dari bulan March yg lalu.

Lama dah tak shopping macam gini..rasa best aja dapat membahagia kan Dear.  Dalam perhatian ku, Dear amat mementingkan kesukaan ku utk bab warna cadar dan thread countnya. hhhmm ...aku tak kisah sebenarnya asal jgn lah flowery sangat. Aku lebih suka yg simple, polos with some embroidery aja. Kalau dah banyak bunga, terlalu feminin. Tak suka rasa feminin sangat dikamar tidur, ngeri. hehehe.

Suruh pilih cadar, Dear meleret leret beli benda lain, mattress protector lah, pillow protector lah, extra pillow cases, quilt, cushion...hai org perempuan ginilah kan.

"Dee, Yang nak beli bantal peluk ni dan another pillow tau". Sambil aku mengangkat bantal peluk with memory yg beratnya adalah dlm 1 kilo.
Dear mendekat dan mengambil bantal peluk utk merasa grade of hardness.
"Amboi beratnya bantal peluk...tak yah belilah, tak cukup ke peluk kita ni, Sayang oi"
"It can never be enough for me to have you Dear, bantal peluk ini help to support aja incase you merajuk"... perggg... tak pasal2 satu cubitan dpt dipinggul.

Haik lain macam aja Dear ni...romantik bagai aja masa shopping ni..dlm ati aku berkata sendiri.
Walau Dear tak benarkan aku membeli bantal peluk itu, namun aku lihat di trolley ada juga bantal peluk itu sama...senyum memanjang aja lah aku dibuatnya.

Seusai membayar dan arrange utk dihantar ke rumah kami ke kedai menjual barang accessories kamar mandi.

"Wah so many nice thing here, can I have this vanity sink Dear to put in the master bedroom", aku bertanya Dear yg lagi sibuk membelek kepala paip.

"Which one?...Oh this, how much" sambil Dear dtg mendekat.
"Cheap lah here compare to the shop that the contractor brought us, only $380"
"What, $380 you said cheap?...too much money is it?. But its nice anyway, nicer that kedai yg merepek tu kan Yang?"
"Kedai yg tu, kecik sikit dari yang ni, harga $450. This one, wider kan cabinet dia. We shall get this ok"
"Oklah as long as you pay, I like it too".
"Amboi, I pay lagi, tadi beli cadar entah berapa helai ntah, bantal, alas kaki pun beli yg $39 lagi, yg $9.90 tak nak, ni I kena bayar lagi...hiiishhhh...melebih lebih ya Sayang".aku mengusik Dear sambil aku berlalu pergi utk memberi tahu pekerja disitu yg aku mahu sinki vanity tersebut.

Dear adalah org yang cerewet bab berbelanja perkakas rumah. Penat aku melayan kerenah Dear, aku pun mengambil keputusan duduk aja dikerusi yg ada disitu sambil membiarkan Dear dilayan amoi cina dikedai tersebut.  Sesekali aku dengar Dear bertanya ini itu dan meminta persetujuan ku. Aku iakan aja apa pun pilihan Dear. Malas nak sekat kemahuan Dear.

"Yang, come here lah, nak choose shower stand ni. You nak guna instant heater ke storage heater, ada different tau shower stand dia".

Dengan malas aku melangkah ke arah Dear.

"Dee, we buy storage heater aja lah, boleh guna for both toilet. Now memang lah you tak nak mandi air panas, kita ni getting older, we will need it later Dear, admit it ok."

"Anything lah..then we choose this rain shower nak...puas tau mandi"
"Alah, kalau dpt mandi sama takpe juga...baru lah puas" jawab ku pantas.
"Hhmm, mestilah dpt, kan kita dah nak move to master bedroom, kalau kunci bilik dan both in the toilet, no one know apa. Hmmm gatal eh, itu aja dia ingat tau" lagi sekali kegigitan cubitan di pinggulku ini.
"Adoi,sakit tau!"
"Ok, May can lah we take this, 2 sets, give further discount lah..we bought so many things here" Dear memberitahu amoi kedai yg bernama May utk catit order kami.

Total belanja utk accessories toilet aja dah merabakkan bank akaun sebanyak $2.8K. Adoi nak raya nanti, boleh pengsan seh.

By the time selesai belanja waktu zohor tinggal 1 jam lagi. Naik teksi lah jawabnya sebab tak solat zohor lagi.

Dalam teksi, wajah Dear sungguh jelas kelihatan lega...kurang bebanan fikiran.

"Yang, tadi you ckp pasal mandi tu kan Yang.....hhhmmm rasanya lama dah kita tak do it kan Yang.Nanti toilet dah siap, kita mandi sama ya Yang" sambil tangan Dear mengait jari jemari ku yg kubiarkan diatas pehanya.
"Aik, amboi cik kak, nak ke? macam horny aja? ...Hahaha.." aku terus ketawa. Nasib baik teksi driver tu PRC, tak faham apa yg kami bualkan.

"Hmm, cant wait for the toilet to be ready and we permantly move to the master bedroom". Itu yg Dear jawap.

Aku pula terus membisu seribu bahasa. Berbagai benda yg bergolak di kotak fikiran ku. Akhirnya, aku berdoa dlm hati
(Ya Allah, jangan lah kau kotakan kata kata ku, jauhkan lah kami dari membuat perkara perkara yg tak kau redhai. Berikan lah ketenangan pada nafsu kami dan hentikan lah gejolak amarah nafsu berahi antara kami, perkenankanlah Ya Rabb. Aamiin)..lantas aku pun meraupkan kedua belah tangan ke wajah ku dan menutup mata sambil menyandar kan kepala di sandaran kerusi teksi.










Tuesday, July 1, 2014

1 July 2014

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaykum

Salam ramadhan kareem. Semuga segala ibadah kita dibulan yg mulia ini mendapat balasan dari Nya.

Kami mohon maaf zahir batin kepada semua yg mengenali kami. 

To you my Dearest.

Sahna Halwa. Semuga segala impian menjadi kenyataan dan doaku semuga Allah memberkati hidupmu dunia akhirat. Sayang kamu hanya kerana Allah SWT, semuga rasa kasih sayang ini abadi hingga kehujung nyawa.

Luv you much.

Monday, June 2, 2014

Gas punya pasal

Bismillahhirahmannirahim

Assalammualaykum

Lama tak update diblog ini. Kekangan waktu amatlah terasa menyita gerakan aktiviti memblogging. 

Nak sambung citer dari posting yg lalu. Sebaik pesawat berhenti dilandasan, jejaka arab yg duduk disebalahku lantas bangun sejurus mendengar pemguman dalam bahasa arab oleh pilot. 

Aku trus bertanya pada jejaka arab itu apakah kami harus keluar dari pesawat tersebut. Dia mengatakan ia dan mengesa agar kami cepat. 

Entah macammana aku yg lebih rendah yg selalunya ada masaalah utk membuka tempat bagasi diatas kepala, dengan mudah membukanya kali ini. Aku juga dapat dng pantas menarik kedua dua hand luggage kami. Fuuhh mana pula datang instant energy tu.. Tak havis fikir aku dibuatnya. 

Kami dng pantas menuju pintu keluar kapalterbang. Didekat pintu co-pilot mengesa para penumpang agar cepat beredar dari perut kapalterbang. Wah rasa macam dlm movie aja. Dalam hati berdebar debar dan mulut tak habis habis berzikir. 

Kami diarahkan menunggu diruang boarding. Sementara di sebelah kapalterbaang telah dikeluarkan semua bagasi kami. 

Ramai jemaah yg kelihatan sibuk menelephone keluarga mereka. Wajah wajah yg penuh tandatanya kelihatan dimuka muka semua para jemaah. 

Aku menerima pesanan sebaik sahaja lepas berbicara dng keluarga ku

"babe, you inside Saudi plane yg patah balik eh" temanku El meninggalkan pesanan.

"ah ha babe. Apasal eh" cpt aku menjawab.!

"I tell you but please keep calm n jgn heboh2 ok" El yg bekerja di CAG membalas watapps chat.

"Ok tapi I hv to inform my group of jemaah"

"Ok tapi you jgn kecoh2 tau babe takut nanti lain passenger panik ah." El masih tak kasi tahu apa sebab kapalterbang patah balik. 

"Ok sure, dont worry, i share it discreetly".... Aku jadi x sabar dibuatnya. 

Send dan trus tanpa menunggu jawapan balas aku call El.

"Assalammualaikum
Babe, you kat atas eh, what happen, kasi suspen aja"

"Walaikumsalam, takde lah ada slight problem tapi kalau x patah balik, jadi big problem. Captain found smoke at the cargo area.. Someone carry bahan pembakar." Panik aja suara El. 

"Astagfirullah. Alhamdulillah, thanks for the news. Syukur captain did this. Thanks again." Airmata aku dah mula mengalir dng sendiri nya.

Jemaah kumpulan kami yg duduk berdekatan , ada yg dah mula mendekat.
Aku jelaskan keadaan yg sebenar sambil berpesan supya jgn kecih2... Takut ada jemaah lain yg akan panik. 
Sesungguhnya Allah masih menyayangi kami tetamunya. 

Tak dpat ku bayangkan jika captain tak perasan kepulan asap di cargo compartment... SubhaAllah. 

Lama juga kami duduk di boarding area. Solat magrib disitu dengan jemaah yg lain. Dah terasa macam di sana pula. 

Sekitar 2 jam , ada 2 nama jemaah indonesia di panggil. Ternyata, pasangan suaministeri ini membawa balanh gas kecil dan gas ini telah leakage. MasyaAllah, maha suci Allah, melindungi kami dari maha bencana yg besar. Syukur alhamdulillah Ya Rabb, masih sayang dengan kami dan memberi perlindungan.

Akhirnya kami diberi tahun oleh pegawai cargo saudi yang Captain akan membawa kami terbang tanpa bag bagasi kami. Captain tak mahu ambil risiko dan membiarkan kami tertunggu tunggu utk ke sana. 

MasyaAllah, akhirnya kami terbang tanpa bagasi cuma bag sandang aja yg dibawa. Sungguh benar janji Allah. Berbelanja kejalanNya, Allah melioat gandakan balasannya. 

Denga delaynya bagasi kani,  pihak insuran akan membayar $200 bagi setiap hari yg terlewat. SubhanaAllah.. Belum pun sampai kerumahnya Allah telah memperuntukan balasan dariNya. Alhamdulillah, Aamiin. 

Akhirnya kami berangkat sekitar lebih 5 jam delay. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan selamt sampai ke Jeddah tepat waktu Subuh. Syukur. 

"Dan nikmat Allah yg mana kah yg hendak kau dustakan" surah ArRahman.

Tuesday, March 11, 2014

Kenangan - Debaran keberangkatan

Bismillahhirahmannirahim

Assalammualaykum

Menintakan pengalaman mengerjakan haji bukan lah untuk menunjuk nunjuk. Ia lebih kepada sebagai catatan peribadi yg hendak kuabadikan didada diari maya ini dan juga sebagai berkongsi pengalaman yg mudah mudahan dapat memberi sedikit informasi berguna pada yg membaca.

5 October 2013, seawal 7.30 pagi telah ada tamu yg dtg bertandang. Satu jam juga melayan mereka anak beranak. Org sudi menyempatkan diri dtg, mestilah dilayan sebaik mungkin. 

Seusai tamu beredar aku dengan pantas menyiapkan diri, bersiap siap untuk ke klinik. Buku kesihatan yg diberi belum pun sempat aku mendapatkan pengesahan dari doctor peribadi. Dalam perjalanan, Dear talipon mengatakan ada tamu yg datang lagi. Wah macam mana ni.? Aku terpaksa utk tidak patah balik takut klinik ramai org dan buku hikau x dilengkapi sebelum berangkat jam 1.30 nanti. 

Alhamdulillah, klinik tak ramai org, sekejap aja da selesai. Yang best doctor kasi obat free aja tiada consultation fee. Rezeki. Alhamdulillah, Pembantu yg dikaunter kata, Doctor nak amik berkat. Apa pun Alhamdulillah.

Tiba dirumah, tamu yg datang sebelumnya telah pun pulang. Yang ada adalah 2 tamu lain, satu kenalan rapat keluarga Dear dan seorg sepupuku. 

Dipendekkan cerita, sebelum berangkat, seusai solat sunat safar, aku dan dear memohon maaf antara satu sama lain. Aku berdoa agar Allah melindungi kami dari pertengkaran, kesukaran, menutup aib kami  dan memberi kami sikap bertolak ansur dan saling memberi sokongan kelak di Tanah Suci. Dear dengan kuat mengaminkan doa ku. Sayu terasa bila kami berdakapan dan sekilas memandang wajah masing masing. Saat itu seribu perasaan yg sukar diungkapkan terasa disanubari. 

Tepat jam 1.30 pm, azan dilaungkan oleh anak saudaraku yg sulung,  selesai saja doa memohon dipermudahkan perjalanan kami oleh bapanya. Dear ku lihat menahan rasa sebak dengan mata berkaca. Aku cuba menyembunyikan rasa sayu dengan melihat wajah wajah yg bakal ku tinggalkan. 

Setibanya kami di Changi Airport, telah penuh Terminal 3 dengan orangramai. Ada beberapa teman rapat yang telah menunggu kehadiran kami disana. Serasa macam superstar pula bila rakan dan taulan sibuk bergambar dengan kami. Terusterang inilah saat yang amat aku ingin elakkan namun apa daya ku. Aku tak suka pemergian kami diiringi dengan tangisan.  

Tiada banyak masa yg dapat aku nikmati bersama famili ku sendiri.. kawan kawan ramai yg telah menyita waktu itu. Namun alhamdulillah, dengan kehadiran mereka, aku dapat menyimpan rasa haru dan sebak didada.  Dear juga sibuk melayan saudara mara nya yg hadir di airport. Mata Dear telah bengkak aku lihat. Entah kenapa lah dia bersedih sangat. Saat itu memang aku tak tahu dan hati tertanya tanya sangat sangat. 

Kami adalah orang yg terakhir dari kumpulan kami yang check-in. Fuh..mcm star karat aja. Hahaha. Ada yg terlepas bertemu dengan kami kerana terlalu ramai orang. Takde rezeki nak buat macam mana kan.

Anyway, pesawat berangkat 10 minutes terlambat dari jadual. Sebaik saja keluar dari parking bay, aku seperti biasa, akan merasa mengantuk saat keberangkatan kapalterbang. Pasti mata ku akan tertutup saat kapalterbang menuju ke landasan runaway. Walaupun mata ku berat untuk tertutup, aku bukan nya tidor. Kecepatan kapalterbang pula pick up setelah dilandasan, namun sejurus sebelum take off, terasa kapalterbang berhenti tiba tiba.  Engin masih mengaum bergetaran. Dear yg disebelah, menyiku ku dan berkata
"Yang, plane emergency brake tau, you tahu tak"
"Ye, Yang tahu..tu tengok org tu nyer tv tu...ada bomba, Dee ingat Yang tido eh" sambil tangan ku pantas menekan screen tv dibelakang kerusi depanku.

Lama juga kami dibiarkan dalam tanda tanya. Hingga lah Kapten membuat annoucement yang semuanya dlm kawalan tetapi kapalterbang terpaksa patah balik atas sebab sebab teknikal. 

Dlm hati terdetik :Ya Allah, ini adalah ujian untuk kami, seandainya kami belum cukup memohon ampun atas kesalahan dan dosa kami, ampunkan lah kami dan permudahkanlah perjalanan kami untuk menjadi tetamumu.

Apa yang telah terjadi menjadi satu tanda tanya pada kami semua. Nantikan sambungan tulisan ini kenapa kapalterbang membuat emergency brake sejurus aja akan berlepas pergi. 



Wednesday, January 1, 2014

2013 Yang awesome, Alhamdulillah.

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Hari pertama pada tahun 2014, hari yang dipenuhi dengan aktiviti dirumah saja. Alhamdulillah. 

2013 was an awesome year. Syukur alhamdulillah. Ada beberapa perkara baru yg kami lakukan buat pertama kali. Pengalaman berada di Arafah dan kenangan menunaikan rukun Islam yg kelima adalah sesuatu pengalaman yg pasti tak dapat dilupakan. 

Bagi aku personally, telah kehilangan 4 rakan yg pergi pada usia yg dipuncak usia mereka. Pemergian mereka untuk bersama yg khalik adalah satu peringatan pada aku yg maut tidak kenal usia bila nak bertemu dan menjemput kita, tidak akan lambat walaupun sedetik.

Tua atau muda, bukanlah halangan utk mati jika waktunya tiba. Semuga kita diberi masa lagi untuk memperbaiki diri sebelum berpulang. InsyaAllah. 

Ok on another notes, just a recapped of places that we have visited for the year 2013.

Almost every other months Batam was the destination. No faraway places that we went for the early lart of the year. Entah tiada keinginan langsung utk terbang jauh tahun lalu. Tiada perancangan dibuat. Rupa rupanya Allah ada rencana yg baik utk kami. Paling jauh pun kami pergi mengikut jarak penerbangan adalah Bandung. Satu pengalaman baru membuat rafting pada usia yg hampir setengah abad ini. Awesome! 

Hhmm, cita cita dan angan angan ku utk mendalami pengajaran Alquran juga dapat kami lakukan.. Alhamdulillah. 

Things has been fit well into the situation. Spending birthday with the orphans for me, celebrated n shared the joy of raya with them, contributing alms n helping in their daily necessities every other months I guessed all contributed to Allah invitation to be HIS guest. SubhanaAllah. 

What more with sideline.. Rezeki yang Allah berikan sepulangnya dari baitullah melimpah ruah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Too many good things happen after haj. Best sekali dapat kurangkan berat badan sebanyak 6 kilo lebih. Dear pula yg bertambah tembam. Hehhe.  Ankle yg selalu sakit pun sudah agak kurang sakitnya. MasyaAllah, nikmat yg Allah berikan sepulang dari rumahnya tak habis lagi aku dan dear mensyukuri. 

Ada juga doa doaku personally semasa di Arafah telah pun Allah kabulkan. Sujud syukur pada mu Ya Rabb. Semuga Kau kabulkan juga doa2 kami semasa berada di multazam dan di taman raudah. 

Harapan kami, semuga tahun ini juga memberikan lebih banyak rezeki yg insyaAllah dapat kami kongsikan dengan keluarga besar di batam kelak. 

Semuga segala impian semua yg membaca blog ini menjadi kenyataan hendaknya. Aamiin.

Salam Maulidur Rasul.