Search This Blog

Wednesday, December 25, 2013

Rentetan hari Keberangkatan

Bismillahhirrahmannirahim

Assalammualaykum,

Menyambung kenangan menjadi tetamu Allah disini bukan untuk menjadi riak, hanya sekadar untuk meninggalkan tinta yang bisa kami membaca nya kelak di kemudian hari bagi muhasabah diri.

Alhamdulillah, berkat doa dari keluarga dan teman teman rapat, Allah telah permudahkan urusan kami. Setelah Dear meminta aku draft kan email untuk diserahkan kepada Head of Department, Dear got that release from her HOD.  Dear memang dah tak boleh fikir nak tulis apa pada bigboss nya. Tiada masalah untuk HOD melepaskan Dear pergi beribadah dan akan meluluskan permohonan cuti untuk Dear menunaikan haji. Sujud syukur kami kepada mu Ya Allah.  Walaupun terpaksa bertungkus lumus kembali ke tempat kerja pada hujung minggu, itu saja yg mampu Dear lakukan untuk tidak meyusahkan orang lain sepeninggalkan kami ke Baitullah.  Aku yang semestinya tidak mahu melihat cinta hati ku bersusah sendirian, telah turut sama menolong Dear menyelesaikan kerja kerja mempacking untuk perpindahan pejabat Dear. Hujung minggu terakhir sebelum berangkat telah kami habiskan di tempat kerja Dear.  Semua masa dan tenaga dikhaskan untuk selesaikan semua tugasan pada hujung minggu itu juga.

Pada semua anggota keluargaku, aku telah berpesan yang aku tidak mempunyai waktu untuk bertemu mereka pada hujung minggu tersebut. Hanya aku meminta saudara saudaraku untuk berdoa yang semuanya dapat diselesaikan sebelum kami berangkat pergi.

Mulai dari hari Ahad petang, tak putus putus ada yang datang berziarah. Ada saja yg datang dan tak tahulah dimana mereka mendapat berita yang kami akan berangkat. Walaupun penat sesangat dengan tenaga yg dah terkuras mengemas tanpa rehat secukupnya, tamu tetap harus dilayankan. Sabar aja lah. Tetamu harus lah diberikan layanan yang sebaik mungkin.

Tiap hari sebelum tarikh berangkat 5 October 2013, kami pulang lewat.  Isnin pulang dari kerja langsung pergi ke rumah ibu saudara dan abg ku untuk menziarah mereka.  Ibu saudara ku itu sedang sakit tenat dan mengikut ramalan doctor hanya tinggal beberapa bulan untuk hidup. Maka aku mengambil keputusan untuk bertemu nya sebelum kami berangkat.  Ke rumah abang pula untuk Dear meminjam baju seragam agency pelancungan yang akan kami ikuti bagi pakej haji ini. Nasib baik mereka tinggal berdekatan dan tak lah kami harus ke hulu hilir kan.  Lawatan singkat ke kedua rumah terpaksa dilakukan kerana kami harus bergegas ke klinik untuk mendapat kan suntikan wajib bagi mengerjakan ibadah haji ini.

Selesa kami harus ke agency bagi majlis taklimat keberangkatan untuk jemaah. Rabu pula ada majlis taklimat untuk pihak berkuasa. Fuhyyooo bila masanya nak mengemas bagasi yang harus dihantar ke airport sehari sebelum berangkat. Mana nak mencari barang barang keperluan kecil lagi. Saudara mara ada aja yang talipon untuk datang berziarah. Dengan terpaksa kami memohon maaf kerana tiada masa yang sesuai untuk menerima mereka.  Tiap hari sampai rumah sudah menjelang tengahmalam. Masa yang ada itu kami sempatkan untuk mengosok baju (oh itu kerja Dear), dan aku sendiri mengemas barang keperluan yg kecil kecil.

Rabu sepulang dari majlis taklimat pihak yang berkuasa, aku telah nekad untuk mengemas bagasi pada malam itu juga. Jadi seandainya ada benda yang tak sempat diadakan dapatlah aku mencarinya keesokkan hari. Aku melarang Dear untuk menunggu ku habis mengemas. packing bag ni memang tugas aku pada setiap kali kami hendak keluar negeri. Jadi aku tak memerlukan Dear untuk berada disisi setelah penat Dear menggosok pakaian yang hendak kami bawa.  Alhamdulillah, jam 3.45 pagi baru habis semuanya. Terlalu letih hingga aku langsung tertidur tanpa sempat bersalin baju.

Khamis - harapan untuk berehat malam hari nya menjadi meleset. Aku menerima tamu yang memang sangat sangat diluar dugaan ku untuk datang bertandang. Apa pun aku sangat sangat terharu dengan kehadiran insan ini. Aku percaya Allah yang mengerakkan hatinya untuk datang bertandang. Dia bukan saya berkongsi pengalaman semasa berada di Madinah, malahan berpesan kepada Dear untuk sabar melayan kerenah ku. Cakap lah apa pun, aku tidak kisah kerana aku sangat bersyukur yang dia telah datang dan aku tidak merasa terpaksa untuk pergi berjumpa dng insan ini. Dikesempatan yg ada, kami saling memohon ampun dan maaf. Akhirnya jatuh juga egomu. Terimakasih ya Rabb atas nikmat yang kau berikan. Hampir 17 tahun lamanya. Percaturan mu sungguh amat aku hargai ya Rabb.

Jumaat malam, aku telah pun merancang untuk mengadakan sedikit doa selamat antara keluarga ku dan keluarga Dear.  Tak ku undang teman teman bagaimana rapat sekalipun.  Best fren pun x de yang aku undang.  Memang aku cuma mahu keluarga kami berdua aja untuk majlis doa selamat ini. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan.  Ada juga teman2 yang datang bertandang sama sama berdoakan kami. Alhamdulillah. 

Majlis selesai sekitar jam 11 malam. Namun pada jam 11.45 mlm, ada seorg teman yang datang juga bertandang.  Abg ipar Dear berpesan sebelum pulang agar kami biarkan aja semua tikar, esok pagi mereka akan datang tolong kemas.  Knowing my love, that will never happen. Kami bertungkus lumus mengemas selepas temanku pulang sekitar jam 12.45 pagi. Another after midnite nite of sleep. Jam 2 lebih pagi baru selesai semuanya.

Ya Allah, mudah mudahan kesusahan kami sebelum berangkat menjadi tetamu ini menjadi kesenangan ketika berada ditanah haram nanti. Dan kau berikan lah kami kesehatan secukupnya untuk kami beribadah kepada mu.  Janganlah kau sia siakan masa kami sewaktu menjadi tetamumu.

Itulah doa kami sebelum kami berdua pun terlelap dalam dakapan keletihan.

Ok sambung nanti tentang hari penerbangan pada 5 October 2013.  Ada cerita suspen sebelum penerbangan. BESAR sungguh dugaan kami.

Insya Allah sampai jumpa.

Monday, December 9, 2013

Cubaan pertama.

Bismillahhirrahmannirahim

Assalammualaykum,

Alhamdulillah, telah sebulan kami pulang ketanahair tercinta. Alhamdulillah, aku telah pulih sepenuhnya dan merasa lebih cergas dan sihat.

Hari ini baru berkesempatan untuk mentintakan lewat papan kekunci rentetan perjalanan Ibadah Haji kami.  Dugaan dan cabaran yang dihadapi bermula seawal mendapat berita yang permohonan kami diterima.

Dugaan pertama apabila mendapat berita, kami harus bergegas keseberang tambak untuk mengambil pakaian yang telah kami siapkan semenjak tahun lalu lagi.  Oleh kerana tak dapat kuota tahun lalu, aku merasa amat sedih dan just refuse untuk melihat bagasi yg telah aku siapkan dengan pakaian keperluan untuk ibadah haji, lantas aku telah meletakkan bagasi tersebut dirumah sana agar tak terlihat selalu bagi mengubat kesedihan itu.

Dugaan yang lebih menyedihkan terjadi apabila ketua Dear tidak rela melepaskan Dear untuk pergi bercuti. Sedih aku melihat keadaan Dear waktu itu. Putus asa dan sangat sangat tidak bersemangat. Sampai sampai aku hilang sabar dan mencabar Dear untuk berhenti kerja saat Dear mengatakan dia rela untuk melepaskan aku pergi sendiri jika memang dia tak dapat kelepasan bercuti.

"Yang, kalau Dee tak dapat cuti, you pergi sendiri ajalah" lemah suara Dear mengatakan ini padaku.

Aku berhenti untuk membuka telekung dan lantas aku mengalihkan arah ke pada Dear yang sedang duduk lesu diatas katil.

"Dee, apa yang Dee cakap ni?. Dee redha Yang pergi sendiri?. Dee tak nak pergi dengan Yang?", aku bertanya kepada Dear yang sedang menunduk.

"Ya, I redha you pergi sendiri, I cant help it", Dear menjawab tanya melihat wajahku.

Aku bergegas bangun, membuka telekung dan melipat sejadah. Aku duduk dihadapan Dear sambil aku memegang dagunya biar terarah ke wajah ku.

"Dee, kenapa Dee cakap macam tu. Apa Dee lebih pentingkan kerja dan tolak undangan Allah ni ke?. if have to fight until MOM pun, kita fight on your leave tu? Aku memujuk dengan suara yang tenang.

"Is not that! Yang tak faham tau. Kan ofis I nak pindah, its just wrong timing, sbb tu my boss tak kasi cuti, dia suruh defer"..Dear masih lagi bersuara tertekan.

"Look Dear, ofis you tu akan tetap pindah with our without you. Allah punya undangan ni tak tahu bila boleh dapat lagi. You bergantung hidup dengan ofis you ke dengan Allah?." Aku sudah mulai merasa hot.

"If worst come to worst, you berhenti kerja. InsyaAllah we can still hidup. ingat Dee, Allah saja tempat bergantung kita, important now, you have to be positive. Ingat juga, jaga perkataan yang keluar tu, semua menjadi satu doa". Aku tegas berbicara.

"You tak faham tau Yang, you make me more stress". Airmata mulai mengalir dipipi Dear. Ohhh! Ya Allah, ini yg aku tak sanggup melihat. Dear memang jarang sangat mengalirkan airmata, boleh ku kira dengan jari tangan dan kaki jumlah nya.

Aku lantas berdiri dan memeluk kepala Dear.
"Am sorry Dear, I dont mean to make you cry. But you have to be realistic, memang I tahu you sayangkan kerja you, tapi you rela ke tolak undangan Allah hanya kerana nak pindah. You realise kan, berapa ramai lagi yg menunggu tempat ni, Allah dah undang kita,you nak give up gitu aja? Dont give up ok, I akan bangun malam ni, minta dengan Allah dipermudahkan segala urusan you, dah stop crying Dear...jom makan, kalau u x selera, just duduk temankan I makan ok". aku pun dengan sedikit memaksa, menarik Dear turun dari katil.

Malam itu, kami tak lena tidor, masing masing melayan perasaan sendiri sambil terlentang. Aku hanya mampu bermonolog dan berdoa yang Allah permudahkan semuanya.

Entah pukul berapa kami tertidur aku pun tak tahu. Bila aku bangun sekitar jam 3.45 pagi, Dear tidur dengan tenangnya.

Beberapa kali aku bersolat hajat dan taubat. Lama aku berdoa memohon Allah ampunkan dosa dosa kami dan memohon Allah permudahkan segala bebanan yang Dear tanggung saat itu. Aku juga bertekad, jika Allah menghendaki aku saja pergi bersendirian, akan aku lakukan begitu. Cuma tak dapat aku bayangkan perpisahan kami nanti. Aku menangis semau maunya mengenakan jika itu yg akan terjadi di airport.

"Ya Allah, aku tidak kuat untuk menghadapi situasi begitu. Ya Allah, aku perlukan Dear bersama ku untuk menjadi tetamumu. Ya Allah, aku memohon kau ampunkan dosa kami bersama. Telah banyak dosa yang kami lakukan bersama dan izinkanlah kami menghadapmu dirumah mu memohon keampunanmu. Dan izinkanlah kami bersama untuk berada didekat makam kekasih mu memohon syafaatnya di Akhirat kelak" airmata terus mengalir dalam aku bermonolog dengan Sang Pencipta.

Tanpa ku sedar yang esakan ku mengejutkan Dear yg lagi lena.

"Yang dah pukul berapa ni?."

Aku tak terus menjawab...aku hanya meneruskan monolog ku dengan Allah. Hingga Dear memaksa diri untuk melihat jam dihandsetnya.

Akhirnya setelah selesai witir, aku mendekati Dear.

"InsyaAllah, semua akan dipermudahkan untuk kita. Dear kena yakin pada Allah dan serahkan segalanya pada DIA" aku mencium dahi nya dan terus keluar dari kamar kami dengan rasa lebih tenang.

Alhamdulillah, aku lebih tenang dan menyerahkan segalanya pada yang maha esa. Hanya DIA yang berkuasa dan hanya padanya Kami Memohon. Aamiin.






Friday, October 25, 2013

Selamat Tinggal Makkah

Bismillahirrahmannirahim

Assalammualaykum

Selamat tinggal Baitullah. 

Tawaf wadak telah selamat kami lakukan. Airmata terus mengalir memanjatkan doa terakhir sebelum meninggalkan Masjidil Haram. Semuga kami diberi peluang untuk menjadi tetamu lagi Ya Allah.

Sebentar lagi akan berangkat ke Madinah. 

Syukur Alhamdulillah apa yg hendak didoakan didepan Kaabah telah pun didoakan.

Bagi teman2 yg kirim doa, alhamdulillah telah aku lafazkan didepan kaabah.

Ya Rabb, kau permudahkanlah perjalanan kami utk berjumpa kekasihmu. 

Aamiin.

Monday, October 21, 2013

24 Years n many more to come ....

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaykum

Insya Allah.

Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepadamu ya Rabb.

24 tahun bersama dalam suka dan duka. InsyaAllah Allah panjangkan jodoh kami hingga keakhir hayat. Semuga ukhwah, kasih sayang dan silaturrahim antara kami berkekalan hendaknya.

Selamat Anniversary yg ke 24 Hajjah.

ps: kami akan berumrah hari ini sempena dng ulangtahun bersamanya kami. Doakan kami ya. Terima kasih.

Salam dari Makkah

Bismillahirrahmannirahim

Assalammualaykum

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukur akan nikmat Allah SWT. Kami telah selamat sudah mengerjakan semua rukun haji. 

Airmata terus menerus mengalir setiap berdoa memohon keampunan dari dosa dosa masa lalu. Terasa diri amat kerdil dan mengharapkan pengampunan. Semuga taubat kami diterima Allah SWT. 

Terlalu banyak kenangan diukir dan dibina dlm melakukan ibadah haji ini. Masa tak mengizinkan utk update banyak kali ini. 

Akan ku lakarkan nanti sepulangnya nanti ke tanahair, insya Allah. 


Friday, October 4, 2013

Tetamu Allah 1434 Hijriah

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi, doa kami diterima Allah. Alhamdulillah.

Saya dan teman hidup susah senang saya ingin memohon maaf seandainya ada kesilapan kami pada semua sama ada dengan sengaja atau pun tidak. Jika ada yang pernah belanja kami dengan makan minum, mohon dihalalkan.

Kami telah diberi peluang untuk menjadi tetamunya pada musim haji ini. Alhamdulillah. Doakan kami selamat dan dapat menjalani ibadah dengan baik sebagai tetamu Allah SWT.

Doa kami juga untuk semua yang melawati/menyinggah blog ini.

InsyaAllah panjang umur kita berjumpa lagi.

Labaikalla  humma labbaik Labaikalla sharikalaakka labaaik.....

Thursday, October 3, 2013

Berita Gembira

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Sesungguhnya Allah menurunkan ujian pada hambanya tak kira waktu dan tempatnya. Namun, yang pasti

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya." (Ayat 286 Surah Al-Baqarah).

Khamis lalu kami mendapat berita yang selama ini kami tunggu. Airmata kesyukuran tak dapat dibendung lagi. Melimpah ruah semau maunya. Sujud syukur kami kepada mu Ya Rabb. Aku mulai memicit micit butang talipon dan memberitahu kakak2 dan abang2 ku. Baru saja aku menalipon 2 kakak ku, Dear talipon.

"Yang, my supervisor tak nak approve my leave" sedih aja suara Dear.

"What?. Mana boleh, apa alasan dia? Merepek lah, Dee gi lah ckp and explain ngan dia".

"Dia ckp sebab now peak period, kita nak pindah. Pas tu dia suruh I defer".. masih lemau aja suara
Dear, infact ada dengar macam isakan.

"Hmm, apa dia ingat ni nak gi holiday ke boleh defer defer, you want me to talk to her?" aku memujuk.

"Ok takpe, dont care, you jgn sedih ok, kita bukan bergantung hidup dengan dia, kita hanya bergantung hidup ngan Allah. Balik nanti kita discuss ok". Aku cuba menengangkan Dear.

memang cukup geram mengingat alasan sebenar, rasa macam nak jumpa dan ckp depan2 dng orang yg tak tahu fakta.

Aku teruskan talipon adik beradik ku yang lain, memberitahu berita gembira ini dan memohon mereka melakukan solat hajat untuk Dear.

Alhamdulillah, setelah menghantar email ke bos besar, cuti Dear akhirnya diluluskan. Syuukur.

Maka dengan ini kami ingin memohon maaf jika ada diantara pembaca blog ini yg pernah tersunggeng perasaaan dengan posting2 disini dan bagi yang mengenali kami secara peribadi kami mohon doa kalian. Aamiin.




Wednesday, October 2, 2013

Cerita September

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur nikmat dengan kurnian Allah SWT.

Airmata seakan mudah mengalir mensyukuri nikmat Allah.  Majlis halal bihalal bersama dengan anak anak yatim di Batam telah berjalan dengan jayanya. Suka sangat aku melihat anak anak muda seusia 18 - 23 tahun turut serta dalam misi kami.

Anak anak panti asuhan disana amat teruja dengan kedatangan kami. Disiapkan tenda dan pentas. Di pertunjukkan bakat mereka dlm bersyarah, tarian dan deklamasi sajak. Ibu ibu tunggal dan penduduk kampung semua datang menyambut kedatangan rombongan dari Singapur.

Anak2 muda yg mengikut serta dlm rombongan menawarkan khidmat melukis inai ditangan utk anak2 yatim.  Wah sungguh hepi anak anak, ibu2 juga turut menghulurkan tangan untuk diinaikan.

Alhamdulillah, yang penting semua nya selesai dengan jayanya. InsyaAllah ada rezeki, kami akan datang lagi berkongsi kebahgiaan lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

September sering meninggalkan kesan yg menyedihkan.  Aku kehilangan seorang sahabat yg walaupun dianggap kasar perbualanya oleh sesetengah orang, namun dia adalah sangat baik hati orangnya. Pemergiannya meninggalkan kesan kepada aku dan memberikan satu pengajaran yg amat mahal buat aku dan Dear. Aku tidak sempat untuk melawatnya semasa dia terlantar dirumah sakit kerana aku sibuk dengan urusan menziarah rumah anak yatim dan juga mengulangkaji untuk peperiksaan kami. Ketika dia menghembuskan nafas terakhir, aku dan Dear berada di Kuala Lumpur atas urusan kursus.  Maafkan aku teman kerana tidak sempat kita bersua sebelum kau pergi. Semuga Allah mencucuri rahmah keatas rohnya. Aamiin.


Semasa aku berkursus di negara jiran, sempat juga kami meluangkan masa pada waktu malam menjelajahi kota Kuala Lumpur. Kali ini tidak seperti masa masa yang lalu pengalaman yg kami timba.  Kuala Lumpur dalam rintik rintik hujan malam, ramai gelandangan yang sudah terkulai di depan depan bangunan beralaskan kadbod dan berselimutkan plastic dan kertas dlm dingin malam. Ada yg hanya duduk bersandar melayan perasaan dan nasib.

Apabila kereta kami berhenti dan kami mengeluarkan makanan sambil melambai lambai mereka untuk datang dekat mengambil makanan yg kami agih agihkan, ada yg dtg merangkak dan terincut incut. Aduh, belas hati aku.  Ada yang minta lebih dari sebungkus untuk anak yg sedang tidur. Rasanya macam hendak berbual dan mencari tahu kenapa keadaan mereka jadi begitu. Namun, masa dan keaadaan memang tak memungkinkan. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, 150 bungkus burger bakar, air kotak dan sebungkus biskut dapat diagih agihkan kepada gelandangan dikota kuala lumpur.

Satu pengalaman yang amat berbeza dari lawatan ku selama ini ke Kuala Lumpur. Mudah mudahan ada lagi peluang untuk berbuat demikian dilain masa.

InsyaAllah.

Monday, August 26, 2013

Ke Perhentian Terakhir

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum
Hari ini 19 Syawal. Pantas sungguh masa berlalu. Genap setahun pemergian ayahanda Dear ke rahmatullah. Semalam kami baru mempunyai kesempatan menziarah pusara kedua ibu bapa kami. Fuhh..sempat menziarah 18 pusara insan insan yg amat kami sayangi termasuklah 3 sahabat ku yg berpergian tahun ini.

Aku kadangkala merasa rindu dengan almarhum. Ya lah dengan aku dia boleh bergurau kalau compare dengan Dear.  Dengan aku dia boleh berbagi rasa dan minta dibelikan itu ini. Walaupun dulu sewaktu cucunya tinggal bersama, aku sering dimarahi dan ada juga dalam marahnya aku disuruh pergi, namun aku juga yg dicari bila dia terasa nak makan sesuatu yg tak mampu dia pergi sendiri untuk membelinya. Oh Bapak, I missed you. Semuga Bapak aman disana hendaknya. Alfateha.

Bila kesana memang terasa sangat keinsafan.  Tahun lalu aku ada menulis mengenai kubur seseorang yg kulewati dan terhidu bau yg kurang enak dan juga sebuah kubur yang berbau wangi bila aku melintasinya. Sungguh Allah maha berkuasa, tahun ini, aku diberikan peluang untuk menghidu lebih banyak bau yang tidak enak dibeberapa buah pusara.  Aku hanya berdiam diri dan menahan nafas sambil berdoa yang Allah ampunkan dosa2 yg empunya pusara dan menghilangkan segala bau bauan. Dalam aku berdiam diri dan berdoa dlm hati, Dear menoleh kepada ku dengan reaksi wajah menahan nafas dari menghidu. Secara reflek, aku mengangkat jariku dan meletakkan dibibirku sambil kepalaku menggeleng geleng.  Alhamdulillah, nasib baik Dear faham. Dear terus bungkam dari berkata kata.
Terfikir didalam hati dan kepala otak ku, dosa apa yg telah mereka lakukan. Dan kenapa aku yang Allah berikan peluang untuk mengalami pengalaman ini. Berfikir positif, aku pasti Allah mahukan aku belajar sesuatu. Insaf sebelum giliran aku pula yg berada didalam. Tiada peluang berlari dan tiada peluang untuk melambatkan sesaat pun bila tiba waktunya. Walau tak pasti bila saat tersebut, sebaiknya aku ingin mempersiapkan diri ku ini. Begitu juga aku berharap Dear akan turut serta dalam misi ku untuk kehidupan yang abadi, Insya Allah.


Ini adalah sebahagian daripada pusara baru yg menempatkan saki baki tulang temulang bagi ahli kubur Bidadari yang telah dipindahkan ke Pusara Abadi. Semua ini adalah dari jenazah yg tak dituntut wali atau yang tak diketahui dimana warisnya. Sedih bila membaca apa yg ditulis dibatu tersebut. Nasib kita kelak siapa lah yang tahu kan. Rahsia Allah semata.

Enough said about the Pusara Abadi.  Now nak bebel pasal rancangan hujung minggu ini.

Ada tamu istimewa yang akan bertandang hari jumaat nanti. Aku gairah dan alhamdulillah, Dear tidak membantah bila aku mengutarakan agar tamu tersebut menginap dirumah Dear sebelum kami sama sama berangkat untuk acara hujung minggu ini.

Tersangatlah bahagia nya aku bila Dia menyatakan ingin turut serta dalam projek beraya aku ini. Dengan kehadirannya, tak semena mena rombongan yg mulanya aku target sebanyak 10 orang saja menjadi lebih dari 25 orang. Alhamdulillah, semuga Allah tambahkan rezeki tamu ku ini dan juga peserta peserta bagi majlis yang aku harap mendapat keredhaan Allah azzajawallah.

Semuga Allah permudahkan segala urusan kami hendaknya.

Psstt: tak sabar nak tunggu hujung minggu ini, semuga yg nak menerima sama excited dng yg nak memberi.

Wassalam.


Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan pergi, marhabah Syawal.

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum
Sebentar lagi kita akan kehilangan Ramadhan. Terasa sangat rugi sebenarnya.  Allah sangat bermurah hati memberikan ganjaran yang berlipat ganda di dlm bulan ini. Terasa kurang aku mengambil kesempatan meraih ganjarang tersebut tahun ini. Semuga Allah perkenankan aku untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun depan, Insya Allah.

Esok dah raya, tahun ini persiapan biasa2 aja.  Dear akan berkumpul di rumah kakak nya. Tahun ini pertama kali semua adik beradik Dear berkumpul di tempat lain. Syawal meninggalkan kenangan yang sedih.

Memandangkan mereka tidak berkumpul di rumah Dear, tak susah lah aku nak memasak juadah hari raya seperti sambal goreng pengantin, rendang daging dan limpa, sambal tumis sotong, kuah lodeh dan ayam masak merah. So relex lah sikit.  Tapi aku akan juga memasak rendang, sambal tumis sotong dan ayam masaak merah untuk Dear bawa ke rumah kakaknya.  Ringankan kerja2 kakak ipar tak salah kan.  Anyway, aku kerja hari ini, kejap lagi pukul 12 balik lah. Company kasi half day..yahoo. Sambal sotong dan rendang dah aku selesai mengerjakan nya dan kini selamat di dalam freezer.  70% kerja2 telah kami selesaikan. Balik nanti aku cuma nak masak ayam masak merah. Mudah2an dapatlah aku beristiqamah malam nanti.

Sejujurnya bila dah meningkat usia ni, raya doesnt meant anything lah. Anyway bagi aku, raya tak lagi meriah setelah pemergian ibu tercinta.  Aku tak lagi rajin mengambil upah kek lapis cempedak dan membuat biskut2.  Semua jadi lemau.  Ohhh!!! tak mahu lah nak kenang2, airmata jadi berlingangan pulak.

Oklah, nak wrap up kerja sikit dan nak mengucapkan

SALAM AIDILFITRI
MENYUSUN JARI
MEMOHON AMPUN DAN MAAF
ANDAI ADA YG TERGORES HATI
MELAYARI BLOG INI
DAN ANDAI ADA YG TERASA
DENGAN CORETAN DISINI

KAMI MEMOHON MAAF ZAHIR BATHIN.


 

Wednesday, July 24, 2013

Cerita Ramadhan dan Putusnya Silaturrahim.

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Wah terasa cepat waktu berlalu. Hari ni dah pun hari yg 15 kita berpuasa. Ah jangan lupa, witir ada doa qunut ya. Tinggal separuh bulan lagi untuk kita sama sama nikmati kebesaran bulan yg berganda amalan baik kita. So railah kesempatan yang diberikan, siapa tahu seandainya ini adalah ramadhan terakhir kita.

Ramadhan kali ini terlalu banyak dugaan buat Dear.  Minggu pertama Dear jatuh sakit. Dear merasa lemah badan. Mungkin pengaruh gula dalam badan yang tak stabil.  Rencana untuk berterawih dimasjid menjadi satu rencana yg tak tertunai. Namun aku tetap memujuk Dear agar melakukan terawih dirumah mengikut kemampuan Dear. Sayang kalau ditinggalkan. Alhamdulillah, Dear masih juga kuat berterawih beberapa hari pada minggu pertama.  Namun Dear tewas juga pertengahan minggu lalu.  Demam, batuk, selsema dan bisa2 badan menguasi diri.  Akhirnya Dear memutuskan untuk tidak berpuasa dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.Dear juga terlalu lemah untuk berdiri lama berterawih, so ponteng lah dari terawih. Aduh kesian cinta hati ku itu.

Bagi aku, alhamdulillah, kesihatan ok saja cuma selera makan berkurangan lah bulan2 puasa ini. Tak banyak yang aku masak pada permulaan puasa ini. Ada takde, tiap hari balik cuma goreng epok2 atau samosa.  Bubur masjid dan sepinggan mee atau murtabak atau lain lain asal bukan nasi dan lauk pauk sebagai hidangan kami beriftar. Memandang abang Dear berkerja shift pagi, jadi dia yg lebih bernafsu untuk membeli beli makanan.  Aku naik malas fikir nak masak apa, kelam kabut balik untuk memasak,  dia beli lagi  bermacam macama jenis makanan.  Aku geram memikirkan peti ais yg penuh dengan balance makanan yg tak habis dimakan.  So aku boikot nak masak for buka anything. So wat on the table, itu aja lah yang kita makan. teruk betul nafsu org tua yg takde bini berbuka...semua yg dilihat mahu dibeliknya dan akhrinya kena air 2 gelas, trus dah kekenyangan. Tak kuasa nak layan kerenah orang tua ni.

Alhamdulillah, pakej ke Tassie telah selamat aku poskan semalam. Mahal juga harga pos ke luar negara dari Malaysia.  Fuhh  lebihkurang RM360 ongkos pos ke tassie dan ke melbourne.  Takpelah wang kita boleh cari, yang penting silaturahim yang hendak kita jaga. Lagipun membahagiakan orang lain terutama orang orang yang diperantaun yg jauh dari keluarga di bulan yg penuh berakah bukankan sesuatu yg indah. Semuga diterima dengan hati yang terbuka dan hanya pada Allah sahaja yang kami harapkan pembalasannya.

Bercakap mengenai silaturahim ni, teringat akan seseorang yang memutuskan silaturahim antara kami. Semuga orang tu dalam keadaan sihat wal afiat dan dapat menjalani ibadah puasa dan segala kebaikan di bulan ini dengan tenangnya.  Alhamdulillah, mereka pernah hadir dalam kehidupan kami dan sempat juga kami merasa kasih sayang mereka. Aku dan Dear tidak pernah merasa kesal akan kehadiran mereka dlm kehidupan kami. Kami berkongsi cerita, sering juga kami makan semeja dan berbagai aktiviti juga yg dilakukan bersama.  Namun Allah yang mengetahui segalanya.  Allah pinjamkan mereka didlm kehidupan kami dan tiada pernah kami meminta putusnya persahabatan itu namun dipihak lainnya merasa tidak sudi lagi berhubungan dengan kami, hanya kerana merasa tersindir dengan beberapa pertanyaan, membuktikan keikhlasan persahabtan.  Tiada pernah niat ku untuk menyindir atau mengata.  Apa yg ku tanya adalah satu pertanyaan yang jujur mengikut kontek orang berbisnes.  Aku pun berbisnes juga dan aku pun kadangkala inginkan keuntungan yg lebih besar jika jenama ku telah dikenal orang. But siapalah aku kan. Sedih sebenarnya namun aku redha dengan ketentuan ini.

Lagi lagi setelah menyimak erti dan kupasan surah "Ad Dhuha", Syukur alhamdulillah. Apa yang kita sangkakan membuat kita bahagia sebenarnya tidak.  Niat dan azam untuk sebuah penghijrahan yang disertakan dengan doa dan penyesalan, itu yang memudahkan laluan kita dengan sendirinya. Allah SWT ada memimpin kita tanpa kita sedar dan melenyapkan sekian orang orang yang akan membuat kita lupa dengan niat sebenar kita. Walau di mata kasar, kita terasa dan pedih menyulam dihati untuk beberapa seketika, alhamdulillah, semua terjadi atas kehendakNYA semata.

Nikmat Allah yang mana yang hendak kau dustai. (Surah Ar Rahman).

Semuga sisa Ramadhan ni akan terus kita rai kan dengan solat malam selain dari solat terawih dan semuga kita akan terus bertadarus dibulan ini.

Mudah mudahan kita adalah salah satu umat yang diterima doanya dimalam Lailaturqadar.

Salam Nuzul Alquran.


Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadan dan update sedikit perkembangan disini

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Sebentar lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh berakah. Bulan yang ditunggu tunggu ramai umat Islam diseluruh dunia.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita ditemukan lagi dibulan Ramadhan yang mulia. Peluang telah diberikan untuk kita memperbaiki diri dengan amalan baik dan menjauhi diri dari pada perkara perkara mungkar.  Semuga kita tidak hanya menjaga puasa dari berlapar dan berdahaga, mudah mudahan kita dapat juga melawan hawa nafsu dan tidak menyalahkan hasutan syaitan kerana pada bulan ini syaitan pergi bercuti.

Tahun ini adalah tahun pertama kami berpuasa tanpa orangtua Dear.  Sejujurnya aku tak tahu apa yang akan aku rasa mulai esok.  Rutin aku pada bulan puasa ini adalah memasak sepulangnya dari tempat kerja. Dear tak diizinkan majikan nya untuk pulang lebih awal jadi aku yang mendapat izin untuk sebulan ini tidak akan menunggu Dear ditempat pertemuan biasa.  Aku akan bergegas pulang dan menyiapkan juadah berbuka dan juga memasak lauk untuk bersahur.

Tiap hari sebelum ini, bapak akan selalu berligar ligar di dapur sambil bersembang dengan ku yang sibuk memasak untuk berbuka. Esok macam mana lah agaknya keadaaan aku di rumah.  Yang pasti aku tahu tiada orang yg akan melayanku sambil aku sibuk memasak. 

Tahun ini aku berharap ramadhan ku dan dear dipenuhi dengan perkara yang diredhai Allah SWT semata.  Alhamdulillah, kami sudah pun membeli baju raya sepasang dua semasa kami bercuti sempena ulangtahun Dear yang baru lepas Isnin lalu. Oh bercakap pasal cuti, rasanya percutian kami kali ini memang berbeza sangat sangat. Shopping cuma 3 jam ....ai like.

2 minggu sebelum hari jadi Dear, aku telah mengajak Dear ke rumah anak yatim di Batam untuk menghantar bahan bahan sembakao sebagai persediaan untuk bulan puasa nanti.  2 Teman baik aku yang berbangsa cina dan berugama katolik turun serta ke Batam dan membuat sumbangan untuk anak2 yatim disana.  Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mereka mengikut kami kesana setelah menjadi donor tetap untuk Panti Asuhan disana. Semuga Allah memberikan kebaikan untuk mereka. Aamiin.

Dalam rangka cuti cuti ulangtahun Dear, aku dan Dear ditawari melakukan rafting. Rafting at this age. Syiokadoo. Macam tak percaya aja yang aku boleh lakukan rafting...lebih best bila aku adalah org yg duduk didepan. Dear 'dihadiahkan' sebelah mata yg blueblack akibat benturan dari helmet suami temanku yg duduk didepannya. Satu pengalaman baru menjelang 'JELITA".  Satu nikmat tersembunyi yang Allah berikan tanpa kita sedar.  Tak pernah pun terbayang yang kami akan melakukan aksi rafting dlm hidup kami. Such an intereisting experience.

Tahun depan nampaknya tak dapat lah nak lakukan perkara2 begini memandangkan harijadi Dear akan jatuh pada bulan ramadhan.

Apa pun, pada semua, Selamat menyambut bulan yang mulia. rebutlah mempertingkatkan ibadah dan menjaga iman dan hawa nafsu.  Semuga segalam ibadah yang bakal kita lakukan diterima Allah SWT dan semuga kita dipertemukan malam lailaturqadar dibulan ini.  Kami mengambil kesempatan memohon maaf seandainya ada yg pernah terasa dengan kami.

Selamat berpuasa.


Monday, June 24, 2013

Rahsia hati Mrs Ai

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Alhamdulillah, masih diberi kan Allah nikmat untuk bernafas dalam keadaan jerebu yang melampau akibat kelalaian negara jiran...opps bukan lalai rasanya, ini kes sengaja. Apa pun, ujian ini cuma sedikit aja sebagai peringtan pada kita., dan itu tandanya Allah sayang pada kita. Bagi yang merasa insaf dan mengenang mati, alhamdulillah.  Dan bagi yang merasa geram dan marah2, bawa bertenang dan cuba tarik nafas dalam dalam...dan fikir fikirkan lah.

Psst...nak citer sikit tentang Dear. Hmmm memang blog ini selalunya mesti ada pasal Dear kan, nak citer apa lagi. Ada citer yang selama ini aku tak tahu tentang Dear. Hampir 24 tahun bersama tapi aku tak tahu cerita ini. 3 minggu lepas, 2 dari 3 teman baik Dear menyempatkan diri bertandang dan menginap diteratak kami.  Jadi kira macam reunion lah.  Zaman persekolahan dulu, Dear memang ada members ketat dia, 4 orang semuanya.  Memandangkan kami sama sekolah, jadi aku memang kenal dengan geng geng Dear ni.

Bila dah bertemu memang gamatlah...Dear aku perhatikan amat bahagia, ketawa, senyum dan bergurau senda. Tak sekali pun sepanjang 2 hari Dear bersikap cerewet. Both teman baik Dear ni, lets call them, Mrs Is dan Mrs Az...dah berumahtangga. Eh Dear pun dah berumahtangga juga cuma tiada surat nikah aja..hahaha. So kita call Dear Mrs Ai...untuk posting kali ini aja.

Mrs Is dan Mrs Az sangat suka berbicara lucah...dan mereka ni both lebih senang berbual begini dengan aku.  Mereka mengatakan Mrs Ai bukan lah orang yang suka bercerita yg berbaur porno.  Hahaha ....macamlah aku tak tahu kan.  Alkisah bercerita tentang matair matair lama dan zaman gemilang masing masing. Mrs Is sibuk mengatakan yang Mrs Ai ni kaku. Walhal ramai aja bebudak lelaki yang approached dan ajak dating. Mrs Ai memang non ada layan punya. Sampai ramai bebudak lelaki yang mencop Mrs Ai dengan berbagai title. Sesekali aku kerling kearah Mrs Ai sambil menaik naikkan kening aku dan tersenyum senyum kearah nya. Hmmm...sempat juga lah peha ni kena cubitan cubitan dari Mrs Ai gara gara perlakuan ku itu..Hahaha.

"Eh korang, ingat tak ngan Jamal jengkit" Mrs Ai tetiba bertanya pada Mrs Is dan Mrs Az bila ketawa mereka  dah reda dengan cerita2 lama tu.

"Apa tak ingat pulak, you kan crush kat dia" Mrs Az menjawab dan mereka bertiga ketawa. Aku aja yg tetiba terasa. Dear aku tahu memerhatikan perubahan pada wajahku. Dengan pantas aku mencela
"Eh time zaman tu dah ada Candy Crush ke" soalanku yg nak menutup rasa gundah dihati sebenarnya.

"Hahahahaha...kau ni merepeklah, mana ada...dulu kita ckp crush tu terpikat lah, ada ke candy crush"..ketawa Mrs Az berleretan.

"Aku tahu lah saja aja buat lawak bodoh, so Dear, you sempat tak pegi dating ngan Jamal jengkit, cerita lah, Mrs Is, kau tahu ke yg Mrs Ai ni kluar dating ngan JJ" tanya ku.

"JJ siapa pulak", forever Mrs Is ni slow tau.

"JJ tu Jamal Jengkit lah"..berderai ketawa lagi mak mak budak tu semua. Aku aja yg masih frust memikirkan cerita Dear crush ngan JJ ni. Beribu soalan berlegar di kepala, kenapa tak pernah diceritakan Dear pada ku.

"Oklah since korang semua nak tahu, dulu sempat juga I beberapa kali keluar ngan si Jamal Jengkit tu" Dear mula bercerita sambil menjeling melihat reaksi aku.
Aku hanya berdiam diri dan menanti cerita selanjutnya.

"Amboi, betulnya secret you ni eh..I yg hari hari ngan you pun tak tahu"  Celah Mrs Is.  Mrs Is lebih rapat dengan Dear berbanding Mrs Az.

"Shhh ...kau ni kan, pasal menyampuk pandai, let her continue lah, aku pun nak tahu, citer sensasi ni."..aku yg lagi teruja sebenarnya.

"Oklah, now I citer lah since ada orang tu nak tahu sangat kan. We all beberapa kali dating after abis 'O' Level. JJ kata dia tahu yg I ada hati kat dia sebab Mail Moon yg kasi tahu. Mail moon dulukan suka kat I. Lately ni pun selalu antar sms, tengah malam pulak tu, malas nak layan, dasar takut bini."

"Wei wei, ni cerita JJ ke citer si Bulan tu." aku mencelah lagi.

"Ah ha lah Mrs Ai, you kan citer Pak Bulan tu pulak..citer JJ lah, kita pun nak tahu" Mrs Az pula yg teruja.

"He quite gentleman tau, dia datang my house, jumpa my parents tiap kali nak ajak keluar. Ada lah about 10 times we all keluar dating. Talipon tu hari hari lah dia call, macam ada org tu...you all tahu kan." mengata aku lah Dear ni.

"Habis tu kenapa tak menjadi eh" soal pulak Mrs Is tu.
"Alah kau tak kan tak tahu Mrs Is, dia kan Puteri Ais", celah Mrs Az dan mereka bertiga ketawa. Aku takde mood nak ketawa sebab rasa tak kelakar pulak.

"Bukan sebab tu lah Mrs Az, dia nampak gentleman, tapi satu hari tu masa kita keluar, terjumpa mak sedara dia, and he chicken out bila mak sedara dia marah...tu yg bikin I rasa tak safe ngan this type of man...macam mana nak protect kita nanti. Anyway, masa tu kita baru aja habis sekolah kan and I tak gatal macam you all. Lagipun I realised ada orang yg dari jauh sangat sayang kat I lah so sebab tu lah sampai sekarang I tak kawin2. Dan I tahu yg orang tu akan sayang dan jaga I sampai bila bila and I pun sangat sayang kat orang tu walaupun dia selalu rasa was was samada I sayang dia juga ketidak. And please eh jgn tanya siapa org tu, cause I'm not telling." Dear terus bangun dengan alasan nak check lampu dan pintu. 2 orang teman Dear melihat kepadaku dengan penuh tanda tanya.

"Eh korang tengok muka aku buat apa, aku pun tak tahu babe, sorry!. Dah lah aku nak tidor, besok mem dah pesan ngan aku suruh bikin kan korang breakfast, so good nite, aku tidor dulu." Aku pun tarik selimut dan biarkan dorang terpinga pinga.

Hhhmmm.....itulah cerita Dear selama ini yang aku tak tahu dan ini lah kali pertama aku mendengar Dear declare yang Dear sedar aku akan selalu berada disisinya hingga ke akhir hayat. Aku bersyukur yang Dear menerimaku seadanya dan masih tetap menyimpan rasa kasih dan sayang pada ku. Rasa cinta kasih dan sayang ajalah yg menaut ikatan antara kami. Semuga Allah tetap memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat dan abadikan cinta kita dalam  mencari keredhaanNya. Insya allah, aamiin.

Thursday, May 30, 2013

Kita dan Orang Lain

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Huiiihh cepatnya masa berlalu. Dah pun nak masuk bulan Jun.  Sebentar lagi juga Syaaban bakal menjelang. Alhamdulillah Dear dengan jayanya telah pun menyelesaikan hutang2 puasa nya.  Kesihatan yang Allah berikan memungkinkan Dear menjelaskan hutang2 puasa tanpa perlu membayar fidyah.  Syukur Alhamdulillah. 

Hari ini hari terakhir sekolah, jadi mulai esok ramai lah yang mengadakan kenduri perkhawinan. Jadual undangan untuk aku dan Dear penuh sepanjang bulan ini penuh. Wah kenyang nasi beryani lah nampak nya tiap minggu.  Hujung minggu ini aja 2 undangan untuk Sabtu dan 2 undangan untuk Ahad. Kena diet lah masa hari biasa nampaknya.

Kelas manasik pula ditutup selama 4 minggu sempena dengan ustaz membawa jemaah menunaikan Umrah. Niat untuk makan angin tak dapat nak ditunaikan walaupun kelas di tutup kerana ingin menepati undangan orang.  Dah orang sudi menjemput, jadi kita sudi sudikan lah datang.  Tak tiap tahunkan orang yg sama akan bernikah lagi.

Anyway, ini hanya mukadimah aja...aku sebenarnya nak menulis tentang kita dan orang lain.

Hidup ini kita perlukan orang lain untuk kita merasa ceria, suka, duka, gembira, marah, ketawa dan yang penting belajar.  Dan tak semestinya kita hanya dapat belajar dengan orang yg bergelar cikgu, guru, lecture, ustaz dan sebagainya.  Dengan tukang sapu atau juga pak security guard pun banyak yang kita boleh belajar.

Dari blog blog orang persendirian pun dapat juga kita belajar...belajar dari pengalaman orang lain. Tengok aja banyak blog blog yang berkongsi resepi. Dari blog aja si Timah dapat berkenalan dengan Si Bedah. Oh sekarang ni, ramai aja yang menjaja berbagai bagai barangan baik di FB dan juga blog blog mereka. Ramai aja wanita2 yg tak bekerja tapi selalu aja shopping sakan lewat online. Encik Abang yang bengang dibuatnya bill credit card naik aja. Bab ni, aku syukur sangat2, Dear bukan jenis yang suka surfing surfing dan shopping online. Save sikit.

Kita selalu merasakan orang ini dan orang itu saja yang hendak kita berkawan.  Bagi aku, aku tak kisah nak kawan dengan siapa pun. Kadang Allah pertemukan kita dengan seseorang adalah untuk kita belajar dari dia tanpa kita sedar.  Ada yang akan menjadi kawan baik dan ada kawan yang dengan mudah menjadi rapat dengan kita tanpa kita minta dan akhirnya orang ini jua lah yang memutuskan silaturahim yang telah terjalin. Apa pun Alhamdulillah, Allah yang menentukan jalan dan hidup kita.  Mereka datang sebagai persinggahan di perjalanan hidup kita. Banyak juga yang kita pelajari dari mereka dan banyak juga pengalaman yang kita kongsikan dengan mereka. Apa pun sedikit sebanyak ia ada meninggalkan kesan dlm membentuk jati diri kita.

Sebagaimana terbitnya blog ini sebagai satu penghijrahan dari masa lalu kami, aku personally amat terharu dengan aturan Allah dlm perjalanan penghijrahan ini.  Hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Walaupun amat payah untuk berubah dengan drastic nya, kami sentiasa berdoa dan berdoa semuga Allah pelihara kami dari kembali kepada perkara perkara yang menjauhkan kami dari NYA.  Syukur teramat atas percaturan Allah.  Kami tetap diberikan rasa kasih sayang antara satu sama lain.  Kehidupan harian agak bertambah baik dengan rezeki yang melimpah ruah, baik dari segi material, kesihatan dan juga perhubungan sesama insan. 

Allah datangkan orang orang yang mencintaiNYA ke dalam lingkungan kami.  Dan Allah jauhkan kami dari mereka mereka yang tiada membawa manfaat dlm penghijrahan kami. Alhamdulillah. Terasa sangat kebesaran Allah SWT dan syukur teramat yang kami tidak merasa sedih atau rugi dengan perginya mereka mereka ini dari kehidupan kami.  Malahan persinggahan mereka dalam kehidupan kami banyak memberikan pengajaran tentang persahabatan, hubungan sesama manusia dan budi bicara seseorang. Alhamdulillah.

Semuga kita semua kelak tidak lupa yang kita memerlukan orang lain dalam hidup kita bukan hanya untuk menambahkan kesenangan, kegembiraan kita. Kita perlukan orang lain untuk esok esok mengangkat kita dalam perjalanan terakhir kita di bumi Allah ini. 

Salam Jumaat. :)

Sunday, May 12, 2013

Selamat hari ibu, Mak.

Bismillah hirrahmmannirahim

Assalammu alay'kum

Wah ramainya orang post mengenai hari ibu. Ada yg meraikan ibu mereka dan ada yang diraikan anak2 mereka kerana mereka adalah seorang ibu, mak, ummi, mama, mummy, oma, mother, amma, wan, dan watever you call them. 

Mereka ini adalah insan2 yg terpilih menghadapi satu cobaan yang luarbiasa mengalami berbagai alahan selama 9 bulan untuk melahirkan seorang insan amanah dari Allah SWT. Tabik pada all mothers.

Bagi diri aku.. Tak pernah pun sambut hari ibu sebab ia bukanlah menjadi amalan keluarga ku dan juga kami adik beradik selalu memberikan ibu hadiah tak kira waktu. Almarhum mak tak ada tarikh lahir yg khusus di kad pengenalan beliau. Cuma yang ada adalah tahun dia dilahirkan.  So kami adik beradik tak tahu bila hari jadi mak dan kami selalu memberikan mak hadiah tak kira waktu. 

Arwah mak pernah berkata pada kami, tak payah ngabis duit belikan mak apa apa, yang mak mahu korang semua jangan lupa sedekahkan fatihah untuk mak bila mak dah mati nanti. Oh.. Sungguh simple permintaan ibu waktu itu. Masa tu aku baru juga mulai bekerja dan aku ghairah utk tiap bulan dapat gaji membelikan mak sesuatu dengan niat membalas jasa dan menyenangkan mak yang selama ini susah membesarkan kami doblas beradik sendirian setelah bapak meninggalkan kami pada usia ku masih belum pun kesekolah tadika. 

Mak bukanlah orang senang walaupun sebenarnya keluarga mak owner tanah kampung yg kami tinggal dulu. Mak menjadi yatim pada usianya 13 tahun, tahun itu juga mak bernikah dengan arwah bapak dan the rest is history org kata.. Hahhaa.

Mak meninggal ketika aku berusia 27 tahun. Banyak tanda2 yang mak hendak pergi yang dikongsi dengan ku. Sampai aku teramat takut. Takut aku tak dapat mengadap mak saat terakhir kali mak menghembuskan nafas. Tiap solat aku sentiasa berdoa agar aku berada disisinya pada saat2 tersebut. Alhamdulillah, Allah mendengar dan kabulkan doa ku. 

Walau kini mak telah pergi, aku nak juga mengucapkan selamat hari ibu pada mak yg sangat ku cintai. Mak, orang sangat sangat rindukan mak. Semuga roh mak sentiasa dicucuri rahmat dan kami adik beradik akan selalu sedekahkan fatihah buat mak dan bapak.

Dan to all those mother out there, jadilah seorang ibu yang sentiasa mendoakan anak2, dan jalankan lah amanah yg diberikan Allah dengan sebaik baiknya. 

Selamat Hari Ibu.

Tuesday, May 7, 2013

KL, PBAKL dan Nasi Mandy

Bismillah hirrahmmannirahim

Assalammu alay'kum

Alhamdulillah, minggu lalu berjaya juga aku memborong buku buku di PBAKL.  Niat dihati untuk ke pesta buku memang terdetik sejak tahu bila tanggal ianya akan diadakan. Tiap hari aku memasuki sesawang Kak Asia, Abg Jet dan juga Mr Tiger, tengok tengok harga tiket penerbangan ke sana walaupun Dear tak berapa setuju untuk kami naik ke KL bagi pesta buku tahun ini.

Macam macam alasan yang diberikan, tak suka nak naik Kak Asia lah, LCCT panas lah, (macam lah nak berkampung diLCCT kan). Hari Sabtu ada kelas lah.  Hmm, akhirnya aku lupakan aja niat dan cita cita ku. Tak ku jenguk lagi laman sesawang penerbangan murah agar aku tak rasa sakit hati dan sedih. (itu pun nak sedihkan)

Awal bulan April, Dear tetiba talipon dan mengsyorkan kami pergi hari Isnin sebelum May Day. Taklah kelam kabut sangat dari pada kami miss kelas manasik tu. Aku dengan pantas terus meneroka sesawang Abg Jet.  Alhamdulillah, kita hanya boleh merancang apa yg termampu dan Allah juga yang merancang dengan cantik sekali.  Tiket penerbangan untuk berangkat ke Kuala Lumpur sungguh murah.  Satu penjimatan yang sangat menyebelahi aku. Dari harga penerbangan untuk 2 orang sebelum ini adalah sekitar SG$294 belum termasuk bagasi memang tak berbaloi untuk ke KL dengan naik belon berkepak. Namun rezeki yg Allah tentukan, aku cuma bayar SG$125 untuk kami berdua beserta 20KG bagasi. Alhamdulillah..yahoo dapatlah tambah bajet utk beli buku dengan lebih banyak.

Dear banyak membeli novel2 sedangkan aku cuma membeli 3 buah novel dari booth NB Kara untuk koleksi aku sendiri dan 4 untuk kukirimkan pada seseorang diluar negara. Mungkin faktor usia dan juga mungkin keinginan ku untuk penghijrahan menjadi insan yang lebih baik dimata Allah telah membuat aku lebih cenderung menghabiskan wang dengan bacaan yang lebih kepada satu pencarian utk bekalan hidup sesudah mati. Oh ya aku juga diberi hadiah buku autobiography oleh novelist pujaan hati ku. Terimakasih, mahal juga harga buku tu..RM30. Anyway masa novelist tersebut memberiku buku tersebut, sempat juga dia bergurau,

"Kau nak tak buku yg RM150 tu, kalau kau nak boleh juga aku belikan" katanya.
"Alah, buat apa Kak, daripada akak nak buang duit RM150 untuk belikan saya buku tu, lebih baik lah duit tu buat sedekah kak"...jawapku spontan...

Hahahahah,...kami berdua ketawa akhirnya. Bila tawa sudah reda, dia mengatakan yg dia nak tengok buku tu, tapi taknak bayar lah, lebih baik sedekah kan duit tu...berderai lagi tawa kami sudahnya.

Oh aku telah menyempatkan diri untuk menjamu selere dengan Nasi Mandy...fuyooo, mak dato, mahal giler harga nasi mandy di Kuala Lumpur. Sepinggan Chicken Mandy Rice untuk Dear berharga RM30 dengan secawan kecil tea boh yg berharga RM5. Dan Lamb Mandy Rice yg aku order pulak berharga RM32 dan mint tea pula RM6.  Service yang tak seberapa pula dicharge sekitar 11 ringgit lebih.  Mahal giler sampai RM85 untuk 2 orang saja.  Rasa pun tak lah sehebat nasi mandy yg pernah aku makan di sini.  Mungkin ada yang membaca akan mengatakan padanlah muka kami, kena ketuk. Tapi harga tersebut adalah harga yg terletak dimenu restaurant itu. Apa pun aku rasa nasi mandy yang aku makan di Bedok corner jauh lebih smooth dari restaurant di Kuala Lumpur.  Plus harga nya pun jauh lebih murah ...cuma SG$5 saja. Anyway, ia menjadi satu pengalaman dan satu pengajaran. Bukan aku lokek untuk berabis wang utk makan tapi aku rasa tak berbaloi.  Sebelum ini pun kami pernah juga makan makanan yang mahal seperti Grill Cheese Lobster yg harga nya melebihi SG$50 untuk seekor lobster, but rasa yg sedap membuat aku rasa tak rugi untuk berbelanja mahal. Now lesson learned, so avoid that restaurant at any cost.

Setelah 2 malam diKL, kami pulang dengan borongan buku2. Alhamdulillah, takde excess baggage. Kalau tak ku angkut novel "Lenakan tidurnya" yg berat hampir 2 kilo itu, mungkin luggageku 20 kg itu menjadi excess. Syukur, itu tak terjadi.

Perjalanan ke KL kali ini sungguh seronok buat kami berdua...menelurusi kenangan lama waktu mula mula bercinta ...tiap tahun aku akan mengheret Dear ke pesta buku di WTC yang kini tapaknya adalah Vivocity. Dear bukanlah ulat buku namun aku tahu demi cinta dan kasih Dear padaku, Dear selalu ikutkan kehendak ku.  Aku dan buku memang tak dapat nak dipisahkan. Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, dapat lah aku memperuntukkan sedikit wang bulanan untuk membeli buku. Aku sayang buku buku yang ku beli dan jarang sekali aku nak meminjamkan buku2ku pada orang lain. So sesiapa yang ada niat nak pinjam tu, pendamkan aja hasrat di hati ya.

Apa pun, aku gembira dapat borong buku2 di pesta buku antarabangsa. In sya Allah, mudah mudahan panjang umur, murah rezeki tahun depan kesana lagi.

Monday, April 22, 2013

La Thazan

Bismillah hirrahmmannirahim

Assalammu alay'kum

La Thazan. La Thazan. La Thazan.

"(Sekali lagi ditegaskan) Bahwa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" - Surah Ash-Syar-h

Semalam aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kecewa setelah habis aku menalipon pihak yang berwajib menguruskan hal ehwal masyarakat islam disini.  Aku talipon Dear dan menceritakan apa aja yg telah aku perbualkan.

Dear tak dapat nak merasakan apa yang aku rasakan saat itu. Akhirnya aku jadi marah dengan Dear. Rasa kecewa yang amat sangat membuatkan aku cari kesilapan yg ada antara kami.  Aku gagal untuk melihat kedalam diri ku sendiri dan menyalahkan orang yang sangat aku sayangi.

Dear memang selalu tidak merasa sensitif tentang hal begini.  Entahlah aku keliru, aku tak dapat nak membaca hati dan perasaan Dear.  Memang aku dah jarang sangat memerhatikan dan menganalisa sikap, gerak laku, perasaan dan apa pun tetek bengek yang Dear lakukan.  Bukan da tak sayang tapi aku penat dan lelah untuk menghabiskan sisa sisa hidupku untuk terus memerhatikan bukan hanya dengan pandangan mata kasar tapi dengan hati nurani ku yg paling dalam. Maafkan Yang Dear kerana Yang takut untuk terlalu menyayangi Dear dan takut akan terjadi hal hal seperti dahulu.

Apa pun memang aku tersangat sedih dengan dugaan yang kami terima ini.  Kekecewaan untuk kali kedua tidak lah sama dengan kekecewaan yang lalu.  Aku bermonolog pada diri sendiri sepanjang perjalanan pulang semalam. 
'Apakah Allah belum terima taubatku',
'Apakah aku kurang ikhlas dalam sujudku'
'Adakah dosa dosa masa laluku membuatkan aku diberikan rasa kecewa ini'
'Kenapa aku harus rasa kecewa dan sedih yang teramat'
'Adakah doa ku sahaja tidak diterima'
'Mungkin kalau Dear sama bangun dan berkhalwat, kami tak akan rasa kekecewaan ini'

Aku mulai mencari kesalahan kesalahan ku, dan aku juga cuba mengaitkan Dear dlm setiap tingkah laku kami menuju ke jalan Nya.  Bertambah rasa marahku pada Dear. Dalam marah ku, aku hanya mendiamkan diri bila saat kami bertemu ditempat biasa kami menunggu waktu pulang kerja.

Aku sudah tidak peduli memikirkan dimana hendak kami berbuka puasa. Makan apa ajalah nanti.  Hati aku penuh dengan rasa kekecewaan dan walang untuk terus berbicara dengan Dear.

Tadi malam memang suatu malam yang tak pernah terjadi dalam perhubungan kami selama ini. Aku for once tidak membuka mulut untuk memdiskusikan apa yg telah terjadi. Aku berharap yang Dear akan memulakan perbualan mengenai ini, namun mungkin Dear sedar yang aku tak ingin berbicara.

Sebelum tidur aku seperti biasa mengucapkan salam dan memberikan ciuman didahinya, tapi sempat juga aku bertanya,

"You ni serius tak nak pergi" tak menunggu Dear menjawab, aku langsung membalikkan badan membelangki Dear.

"Siapa yang tak nak pergi Yang, of course Im serius, tapi kalau bukan rezeki kita, nak buat macammana". Dear bersuara.

Aku biarkan aja dan menahan hati dari menjawab. Aku pasti kalau aku jawab yang keluar dari mulutku adalah sesuatu yang menyalahkan Dear. Akhirnya aku hanya beristighfar hinggalah aku terlelap dlm tangisan.

Ya Allah, seandainya ini adalah ketentuan mu dan ianya baik bagi kami, aku mohon berikan lah aku ketenangan dan redhakan lah aku menerima apa yg pasti hanya Engkau lah yg tahu kebaikannya. Aku terlalu kotor dan belum cukup bersujud memohon keampunan pada Mu. Ampunlah hamba mu ini yang menyimpan rasa kecewa dengan ketentuan ini. Ya Rabb, tiada aku ragukan hikmah dari apa yang berlaku ini, dan aku memohom pengampunan dari mu atas dosa dosa kami, kelalaian kami, kurangnya kesyukuran yang kami lafazkan atas nikmat yang kau berikan. kasihani lah hambamu dan jauhkan rasa sedih dan kecewa dari dalam lubuk hati kami. Semuga kau perkenankan doa doa kami dan janganlah kau lalaikan hati kami dan tetapkan niat kami untuk menjadi tetamumu. Perkenankan lah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzaljalalliwalihram. Aamiin  AamiinYa Rabbalallamin.




Kemaskini yang ingin kuabadikan

Bismillah hirrahmmannirahim

Assalammu alay'kum

Aduhai, lama juga blog ini terbengkalai tanpa dibelai atau dijengok. Mohon maaf bagi yang sudi menyinggah namun terasa hampa kerana tiada kemaskini dari yg empunya blog.

Terlalu banyak cerita yang hendak dicoretkan selama beberapa bulan menghilang. Tak tahu mana hendak dimulakan dan mana satu yg hendak diabadikan sebagai satu coretan untuk menjadi kenangan dikemudian hari.

Alhamdulillah, Februari tahun ini tiada pertengkaran yang menyakitkan antara kami. Aku memang elergik dengan bulan yang orang kata bulan kekasih.

Alhamdulillah, tertunai juga hajat untuk melawat kota taiping, kota yang sebelum ini tak pernah ada dalam senarai tempat tempat yang ingin kami lawati. Atas dasar memberikan sokongan moral pada seseorang yang amat  membuat aku rasa bangga dengan bakatnya telah membuat kami merentas lebih kurang 680km.  Demi sayangnya seorang kakak pada adiknya dan sanggup memandu sejauh itu untuk memberikan sokongan yg tak seberapa, puas lah hati kami berdua dapat berbuat demikian.

Satu kenangan yang indah dan satu lawatan yang membuka mata akan sejarah negara jiran. Sesungguhnya aku bersyukur diberi peluang ke sana dan menikmati sendiri keindahan Taiping Lake Garden. Satu tempat yang bersih dan aku merasa tenang di sana.  Namun aku tahu, aku tak akan dapat menjejakkan kaki kesana lagi...terlalu mencengkam jiwa untuk aku berada disana lagi.

Ya Allah, kau berikan ketabahan pada hamba mu ini. Mungkin perpisahan ini adalah yang terbaik buat ku dalam penghijrahan taubatku sebagai hambaMu yang penuh dengan dosa. Kau berikan lah aku kekuatan untuk tidak terasa sedih perasaan atas silaturrahim yang diputuskannya. Aku yakin ya Rabb, pasti ada hikmah yang baik disebalik ketentuan ini.  Memang satu pelajaran yang sangat berharga buat diri ini. Alhamdulillah.

Hmmm, sudah sudah lah tu nak mengingatkan perasaan sedih tu. Enough. Full stop.

Ok nak cerita pulak pasal lawatan ke Batam. Apa sangat lah ke Batam tu kan. Bukankah dah selalu ke sana.  Namun kali ini lawatan ke batam adalah lawatan yang berbeza daripada lawatan memanjakan diri seperti selalu.

Alhamdulillah, tahun ini tercapai hajat untuk menyambut ulangtahun bersama dengan anak anak yatim di Batam. Dear sungguh sangat supportive dengan plan yang dah pun aku buat. Cuma satu aja plan yang kurang dapat sokongan positive dari Dear. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak memaksa sang pemotret untuk sama sama membuat kerja kerja amal.  Yelah aku faham keadaan nya dan aku juga sedar bukan senang untuk mengajak orang melakukan kerja kerja amal. 

Melihat anak anak dipanti asuhan nahdathul dengan ghairah nya memakan KFC, nasi kotak, JCO donut sungguh membuat hati aku berbunga bunga.  Syukur dapat berbahgi nikmat dengan anak anak ini.  Aku sempat juga bergambar dengan kek harijadi namun tak sedikit pun aku menjamah nya kerana aku pasti yang kek itu akan lebih enak rasanya dinikmati oleh anak2 disitu. Alhamdulillah Ya Allah kau berikan rezeki yang melimpah ruah untuk aku berkongsi kegembiraan ku dengan mereka mereka yang kurang bernasib baik.  Semuga mereka gembira dengan apa yg ku berikan.

Oh tahun ini Dear tidak memberiku apa apa hadiah pun cuma penginapan di hotel diBatam saja yang Dear lunaskan dengan ikhsan tajaan company Dear. Alhamdulillah lagi Ya Allah. "Nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan " Surah Ar-rahman.

Satu pengalaman dimalam hari jadi yang Allah berikan sangat sangat membuat aku rasa syukur teramat walau derita menanggung sakitnya. Sungguh cantik peraturan Allah buat diriku. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.




Tuesday, January 29, 2013

Bila Memendam Rasa

Bismillah hirrahmmannirahim

Assalammu alay'kum

Dah berapa hari mengalami chest pain. Risau sebenarnya. Dear ajak pergi hospital agar dapat buat ECG. Tapi aku tak mahu. Aku sebenarnya rasa yang ini semua adalah muscle cramp.  Kalau semput pun aku taklah terasa lelah berjalan dari stesen MRT ke tempat kerja. Cuma aku rasa dibahagian belakang agak tegang.

Sebenarnya aku rasa aku ni sakit dada sebab terlalu memendam rasa. Dear kebelakang ini memang mudah saja marah marah. Tiap hari ada aja benda yang hendak dia tegur dan sound kat aku.  Untuk tidak membangkitkan pertengkaran, aku lebih suka mendiamkan diri. Mungkin itu yg lagi bikin stress jantung aku. Aku tak tahu lah kenapa Dear jadi macam ni, mungkin faktor usia dan mungkin rasa bosan melihat muka yg sama tiap hari.

Namun, aku tetap akan bersabar dengan kerenah Dear. Alhamdulillah, bila melihat keadaan aku, Dear lebih bersifat lembut terhadapku. Dear lebih memerhatikan cara tidur ku dan melarang aku bangun lebih awal untuk memasak.  Thats my real loving darling that I missed so much. Ahhh!. 
"Bangun lah wahai manusia, janganlah kau mimpikan yg manis manis aja...ni kau sakit, boleh lah kekasih ati kau tu layan dengan baik, nanti kau dah sihat sikit, dia bunyiiiii lagggiiiiii". Itu yg terdetik di tempurung kepala otak ku semasa Dear dengan manja dan penuh kasih sayang membelai belai ku semalam. Namun jauh disudut hati, aku melawan rasa seronok dimanjakan. Malahan aku berdoa dlm hati agar Allah tetap memberikan rasa cinta dan kasih sayang antara kami hingga ke akhir hayat agar dapat kami saling menjaga antara satu sama lain dalam keadaan apa pun.

Sunday, January 20, 2013

Rajukmu Satu Pengajaran bagiku.

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaykum

Setengah dari bulan pertama bagi tahun 2013 telah pun kita lalui.  Sekejap kan...umur kita pun jadinya cepat meningkat.  Masih sempat ke kita nak bertaubat? Hanya diri kita yang tahu dan mahu melakukannya. Mudah mudahan semua akan mendapat hidayah Allah SWT untuk pulang esok dengan sempat bertaubat agar dosa dosa diampunkan NYA.

Wah mukadimah bukan main lagi. Bukan apa, aku hanya ingin mengingatkan diriku sendiri dengan tulisan begitu jika sesekali aku ingin mereflexsi diri dengan apa yang telah aku lalui.

Rabu lalu aku rasa sangatlah tak best.  Dear pergi kerja dengan tak menunggu ku untuk keluar bersama. Aku tak tahu yang sebenarnya Dear marah dengan kekata yang kuucapkan. I shouldnt said that. Tapi aku ni manusia, tetap membuat kesilapan. Lenguh juga lah nak memujuk. Dear presume kata kata yg tak habis aku ucapkan dan jadinya salah faham.  Bagi diriku aku memang jarang amik hati dari kata2 yg dilontarkan Dear. Dear yang rasanya tak sensitif dengan apa yg org lain cakap, menjadi sangat sensitif dengan kata kata dari ku. 

Alhamdulillah tak lama rajuk Dear. Thanks Cikgu telah membuat hati kekasih ati kita lembut sikit dan mahu berbicara kembali.

Apa yang terjadi memberi aku satu pengajaran.  Tak bermakna pasangan kita telah lama bersama, kita ambil lewa aja perasaan beliau. Aku tak sepatutnya menganggap Dear tak kisah. Kini aku tahu, walau lama sekali pun hubungan ni, Dear tetap ada perasaan sensitf dan aku tak boleh lah take thing for granted.

I experienced and I learned. Alhamdulillah, Terimakasih Ya Allah, kau tetap izinkan kami bersama dan melerai kan perbalahan antara kami dan terimakasih Ya Allah kau dengar doaku dan kabulkan dengan cepat permintaan hamba mu yg banyak dosa ini. Hanya padamu aku bermohon dan meminta.