Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

Kita dan Orang Lain

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Huiiihh cepatnya masa berlalu. Dah pun nak masuk bulan Jun.  Sebentar lagi juga Syaaban bakal menjelang. Alhamdulillah Dear dengan jayanya telah pun menyelesaikan hutang2 puasa nya.  Kesihatan yang Allah berikan memungkinkan Dear menjelaskan hutang2 puasa tanpa perlu membayar fidyah.  Syukur Alhamdulillah. 

Hari ini hari terakhir sekolah, jadi mulai esok ramai lah yang mengadakan kenduri perkhawinan. Jadual undangan untuk aku dan Dear penuh sepanjang bulan ini penuh. Wah kenyang nasi beryani lah nampak nya tiap minggu.  Hujung minggu ini aja 2 undangan untuk Sabtu dan 2 undangan untuk Ahad. Kena diet lah masa hari biasa nampaknya.

Kelas manasik pula ditutup selama 4 minggu sempena dengan ustaz membawa jemaah menunaikan Umrah. Niat untuk makan angin tak dapat nak ditunaikan walaupun kelas di tutup kerana ingin menepati undangan orang.  Dah orang sudi menjemput, jadi kita sudi sudikan lah datang.  Tak tiap tahunkan orang yg sama akan bernikah lagi.

Anyway, ini hanya mukadimah aja...aku sebenarnya nak menulis tentang kita dan orang lain.

Hidup ini kita perlukan orang lain untuk kita merasa ceria, suka, duka, gembira, marah, ketawa dan yang penting belajar.  Dan tak semestinya kita hanya dapat belajar dengan orang yg bergelar cikgu, guru, lecture, ustaz dan sebagainya.  Dengan tukang sapu atau juga pak security guard pun banyak yang kita boleh belajar.

Dari blog blog orang persendirian pun dapat juga kita belajar...belajar dari pengalaman orang lain. Tengok aja banyak blog blog yang berkongsi resepi. Dari blog aja si Timah dapat berkenalan dengan Si Bedah. Oh sekarang ni, ramai aja yang menjaja berbagai bagai barangan baik di FB dan juga blog blog mereka. Ramai aja wanita2 yg tak bekerja tapi selalu aja shopping sakan lewat online. Encik Abang yang bengang dibuatnya bill credit card naik aja. Bab ni, aku syukur sangat2, Dear bukan jenis yang suka surfing surfing dan shopping online. Save sikit.

Kita selalu merasakan orang ini dan orang itu saja yang hendak kita berkawan.  Bagi aku, aku tak kisah nak kawan dengan siapa pun. Kadang Allah pertemukan kita dengan seseorang adalah untuk kita belajar dari dia tanpa kita sedar.  Ada yang akan menjadi kawan baik dan ada kawan yang dengan mudah menjadi rapat dengan kita tanpa kita minta dan akhirnya orang ini jua lah yang memutuskan silaturahim yang telah terjalin. Apa pun Alhamdulillah, Allah yang menentukan jalan dan hidup kita.  Mereka datang sebagai persinggahan di perjalanan hidup kita. Banyak juga yang kita pelajari dari mereka dan banyak juga pengalaman yang kita kongsikan dengan mereka. Apa pun sedikit sebanyak ia ada meninggalkan kesan dlm membentuk jati diri kita.

Sebagaimana terbitnya blog ini sebagai satu penghijrahan dari masa lalu kami, aku personally amat terharu dengan aturan Allah dlm perjalanan penghijrahan ini.  Hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Walaupun amat payah untuk berubah dengan drastic nya, kami sentiasa berdoa dan berdoa semuga Allah pelihara kami dari kembali kepada perkara perkara yang menjauhkan kami dari NYA.  Syukur teramat atas percaturan Allah.  Kami tetap diberikan rasa kasih sayang antara satu sama lain.  Kehidupan harian agak bertambah baik dengan rezeki yang melimpah ruah, baik dari segi material, kesihatan dan juga perhubungan sesama insan. 

Allah datangkan orang orang yang mencintaiNYA ke dalam lingkungan kami.  Dan Allah jauhkan kami dari mereka mereka yang tiada membawa manfaat dlm penghijrahan kami. Alhamdulillah. Terasa sangat kebesaran Allah SWT dan syukur teramat yang kami tidak merasa sedih atau rugi dengan perginya mereka mereka ini dari kehidupan kami.  Malahan persinggahan mereka dalam kehidupan kami banyak memberikan pengajaran tentang persahabatan, hubungan sesama manusia dan budi bicara seseorang. Alhamdulillah.

Semuga kita semua kelak tidak lupa yang kita memerlukan orang lain dalam hidup kita bukan hanya untuk menambahkan kesenangan, kegembiraan kita. Kita perlukan orang lain untuk esok esok mengangkat kita dalam perjalanan terakhir kita di bumi Allah ini. 

Salam Jumaat. :)

No comments:

Post a Comment