Assalammu alay'kum
Wah ramainya orang post mengenai hari ibu. Ada yg meraikan ibu mereka dan ada yang diraikan anak2 mereka kerana mereka adalah seorang ibu, mak, ummi, mama, mummy, oma, mother, amma, wan, dan watever you call them.
Mereka ini adalah insan2 yg terpilih menghadapi satu cobaan yang luarbiasa mengalami berbagai alahan selama 9 bulan untuk melahirkan seorang insan amanah dari Allah SWT. Tabik pada all mothers.
Bagi diri aku.. Tak pernah pun sambut hari ibu sebab ia bukanlah menjadi amalan keluarga ku dan juga kami adik beradik selalu memberikan ibu hadiah tak kira waktu. Almarhum mak tak ada tarikh lahir yg khusus di kad pengenalan beliau. Cuma yang ada adalah tahun dia dilahirkan. So kami adik beradik tak tahu bila hari jadi mak dan kami selalu memberikan mak hadiah tak kira waktu.
Arwah mak pernah berkata pada kami, tak payah ngabis duit belikan mak apa apa, yang mak mahu korang semua jangan lupa sedekahkan fatihah untuk mak bila mak dah mati nanti. Oh.. Sungguh simple permintaan ibu waktu itu. Masa tu aku baru juga mulai bekerja dan aku ghairah utk tiap bulan dapat gaji membelikan mak sesuatu dengan niat membalas jasa dan menyenangkan mak yang selama ini susah membesarkan kami doblas beradik sendirian setelah bapak meninggalkan kami pada usia ku masih belum pun kesekolah tadika.
Mak bukanlah orang senang walaupun sebenarnya keluarga mak owner tanah kampung yg kami tinggal dulu. Mak menjadi yatim pada usianya 13 tahun, tahun itu juga mak bernikah dengan arwah bapak dan the rest is history org kata.. Hahhaa.
Mak meninggal ketika aku berusia 27 tahun. Banyak tanda2 yang mak hendak pergi yang dikongsi dengan ku. Sampai aku teramat takut. Takut aku tak dapat mengadap mak saat terakhir kali mak menghembuskan nafas. Tiap solat aku sentiasa berdoa agar aku berada disisinya pada saat2 tersebut. Alhamdulillah, Allah mendengar dan kabulkan doa ku.
Walau kini mak telah pergi, aku nak juga mengucapkan selamat hari ibu pada mak yg sangat ku cintai. Mak, orang sangat sangat rindukan mak. Semuga roh mak sentiasa dicucuri rahmat dan kami adik beradik akan selalu sedekahkan fatihah buat mak dan bapak.
Dan to all those mother out there, jadilah seorang ibu yang sentiasa mendoakan anak2, dan jalankan lah amanah yg diberikan Allah dengan sebaik baiknya.
Selamat Hari Ibu.
No comments:
Post a Comment