Search This Blog

Monday, June 2, 2014

Gas punya pasal

Bismillahhirahmannirahim

Assalammualaykum

Lama tak update diblog ini. Kekangan waktu amatlah terasa menyita gerakan aktiviti memblogging. 

Nak sambung citer dari posting yg lalu. Sebaik pesawat berhenti dilandasan, jejaka arab yg duduk disebalahku lantas bangun sejurus mendengar pemguman dalam bahasa arab oleh pilot. 

Aku trus bertanya pada jejaka arab itu apakah kami harus keluar dari pesawat tersebut. Dia mengatakan ia dan mengesa agar kami cepat. 

Entah macammana aku yg lebih rendah yg selalunya ada masaalah utk membuka tempat bagasi diatas kepala, dengan mudah membukanya kali ini. Aku juga dapat dng pantas menarik kedua dua hand luggage kami. Fuuhh mana pula datang instant energy tu.. Tak havis fikir aku dibuatnya. 

Kami dng pantas menuju pintu keluar kapalterbang. Didekat pintu co-pilot mengesa para penumpang agar cepat beredar dari perut kapalterbang. Wah rasa macam dlm movie aja. Dalam hati berdebar debar dan mulut tak habis habis berzikir. 

Kami diarahkan menunggu diruang boarding. Sementara di sebelah kapalterbaang telah dikeluarkan semua bagasi kami. 

Ramai jemaah yg kelihatan sibuk menelephone keluarga mereka. Wajah wajah yg penuh tandatanya kelihatan dimuka muka semua para jemaah. 

Aku menerima pesanan sebaik sahaja lepas berbicara dng keluarga ku

"babe, you inside Saudi plane yg patah balik eh" temanku El meninggalkan pesanan.

"ah ha babe. Apasal eh" cpt aku menjawab.!

"I tell you but please keep calm n jgn heboh2 ok" El yg bekerja di CAG membalas watapps chat.

"Ok tapi I hv to inform my group of jemaah"

"Ok tapi you jgn kecoh2 tau babe takut nanti lain passenger panik ah." El masih tak kasi tahu apa sebab kapalterbang patah balik. 

"Ok sure, dont worry, i share it discreetly".... Aku jadi x sabar dibuatnya. 

Send dan trus tanpa menunggu jawapan balas aku call El.

"Assalammualaikum
Babe, you kat atas eh, what happen, kasi suspen aja"

"Walaikumsalam, takde lah ada slight problem tapi kalau x patah balik, jadi big problem. Captain found smoke at the cargo area.. Someone carry bahan pembakar." Panik aja suara El. 

"Astagfirullah. Alhamdulillah, thanks for the news. Syukur captain did this. Thanks again." Airmata aku dah mula mengalir dng sendiri nya.

Jemaah kumpulan kami yg duduk berdekatan , ada yg dah mula mendekat.
Aku jelaskan keadaan yg sebenar sambil berpesan supya jgn kecih2... Takut ada jemaah lain yg akan panik. 
Sesungguhnya Allah masih menyayangi kami tetamunya. 

Tak dpat ku bayangkan jika captain tak perasan kepulan asap di cargo compartment... SubhaAllah. 

Lama juga kami duduk di boarding area. Solat magrib disitu dengan jemaah yg lain. Dah terasa macam di sana pula. 

Sekitar 2 jam , ada 2 nama jemaah indonesia di panggil. Ternyata, pasangan suaministeri ini membawa balanh gas kecil dan gas ini telah leakage. MasyaAllah, maha suci Allah, melindungi kami dari maha bencana yg besar. Syukur alhamdulillah Ya Rabb, masih sayang dengan kami dan memberi perlindungan.

Akhirnya kami diberi tahun oleh pegawai cargo saudi yang Captain akan membawa kami terbang tanpa bag bagasi kami. Captain tak mahu ambil risiko dan membiarkan kami tertunggu tunggu utk ke sana. 

MasyaAllah, akhirnya kami terbang tanpa bagasi cuma bag sandang aja yg dibawa. Sungguh benar janji Allah. Berbelanja kejalanNya, Allah melioat gandakan balasannya. 

Denga delaynya bagasi kani,  pihak insuran akan membayar $200 bagi setiap hari yg terlewat. SubhanaAllah.. Belum pun sampai kerumahnya Allah telah memperuntukan balasan dariNya. Alhamdulillah, Aamiin. 

Akhirnya kami berangkat sekitar lebih 5 jam delay. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan selamt sampai ke Jeddah tepat waktu Subuh. Syukur. 

"Dan nikmat Allah yg mana kah yg hendak kau dustakan" surah ArRahman.