Search This Blog

Monday, April 22, 2013

La Thazan

Bismillah hirrahmmannirahim

Assalammu alay'kum

La Thazan. La Thazan. La Thazan.

"(Sekali lagi ditegaskan) Bahwa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" - Surah Ash-Syar-h

Semalam aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kecewa setelah habis aku menalipon pihak yang berwajib menguruskan hal ehwal masyarakat islam disini.  Aku talipon Dear dan menceritakan apa aja yg telah aku perbualkan.

Dear tak dapat nak merasakan apa yang aku rasakan saat itu. Akhirnya aku jadi marah dengan Dear. Rasa kecewa yang amat sangat membuatkan aku cari kesilapan yg ada antara kami.  Aku gagal untuk melihat kedalam diri ku sendiri dan menyalahkan orang yang sangat aku sayangi.

Dear memang selalu tidak merasa sensitif tentang hal begini.  Entahlah aku keliru, aku tak dapat nak membaca hati dan perasaan Dear.  Memang aku dah jarang sangat memerhatikan dan menganalisa sikap, gerak laku, perasaan dan apa pun tetek bengek yang Dear lakukan.  Bukan da tak sayang tapi aku penat dan lelah untuk menghabiskan sisa sisa hidupku untuk terus memerhatikan bukan hanya dengan pandangan mata kasar tapi dengan hati nurani ku yg paling dalam. Maafkan Yang Dear kerana Yang takut untuk terlalu menyayangi Dear dan takut akan terjadi hal hal seperti dahulu.

Apa pun memang aku tersangat sedih dengan dugaan yang kami terima ini.  Kekecewaan untuk kali kedua tidak lah sama dengan kekecewaan yang lalu.  Aku bermonolog pada diri sendiri sepanjang perjalanan pulang semalam. 
'Apakah Allah belum terima taubatku',
'Apakah aku kurang ikhlas dalam sujudku'
'Adakah dosa dosa masa laluku membuatkan aku diberikan rasa kecewa ini'
'Kenapa aku harus rasa kecewa dan sedih yang teramat'
'Adakah doa ku sahaja tidak diterima'
'Mungkin kalau Dear sama bangun dan berkhalwat, kami tak akan rasa kekecewaan ini'

Aku mulai mencari kesalahan kesalahan ku, dan aku juga cuba mengaitkan Dear dlm setiap tingkah laku kami menuju ke jalan Nya.  Bertambah rasa marahku pada Dear. Dalam marah ku, aku hanya mendiamkan diri bila saat kami bertemu ditempat biasa kami menunggu waktu pulang kerja.

Aku sudah tidak peduli memikirkan dimana hendak kami berbuka puasa. Makan apa ajalah nanti.  Hati aku penuh dengan rasa kekecewaan dan walang untuk terus berbicara dengan Dear.

Tadi malam memang suatu malam yang tak pernah terjadi dalam perhubungan kami selama ini. Aku for once tidak membuka mulut untuk memdiskusikan apa yg telah terjadi. Aku berharap yang Dear akan memulakan perbualan mengenai ini, namun mungkin Dear sedar yang aku tak ingin berbicara.

Sebelum tidur aku seperti biasa mengucapkan salam dan memberikan ciuman didahinya, tapi sempat juga aku bertanya,

"You ni serius tak nak pergi" tak menunggu Dear menjawab, aku langsung membalikkan badan membelangki Dear.

"Siapa yang tak nak pergi Yang, of course Im serius, tapi kalau bukan rezeki kita, nak buat macammana". Dear bersuara.

Aku biarkan aja dan menahan hati dari menjawab. Aku pasti kalau aku jawab yang keluar dari mulutku adalah sesuatu yang menyalahkan Dear. Akhirnya aku hanya beristighfar hinggalah aku terlelap dlm tangisan.

Ya Allah, seandainya ini adalah ketentuan mu dan ianya baik bagi kami, aku mohon berikan lah aku ketenangan dan redhakan lah aku menerima apa yg pasti hanya Engkau lah yg tahu kebaikannya. Aku terlalu kotor dan belum cukup bersujud memohon keampunan pada Mu. Ampunlah hamba mu ini yang menyimpan rasa kecewa dengan ketentuan ini. Ya Rabb, tiada aku ragukan hikmah dari apa yang berlaku ini, dan aku memohom pengampunan dari mu atas dosa dosa kami, kelalaian kami, kurangnya kesyukuran yang kami lafazkan atas nikmat yang kau berikan. kasihani lah hambamu dan jauhkan rasa sedih dan kecewa dari dalam lubuk hati kami. Semuga kau perkenankan doa doa kami dan janganlah kau lalaikan hati kami dan tetapkan niat kami untuk menjadi tetamumu. Perkenankan lah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzaljalalliwalihram. Aamiin  AamiinYa Rabbalallamin.




Kemaskini yang ingin kuabadikan

Bismillah hirrahmmannirahim

Assalammu alay'kum

Aduhai, lama juga blog ini terbengkalai tanpa dibelai atau dijengok. Mohon maaf bagi yang sudi menyinggah namun terasa hampa kerana tiada kemaskini dari yg empunya blog.

Terlalu banyak cerita yang hendak dicoretkan selama beberapa bulan menghilang. Tak tahu mana hendak dimulakan dan mana satu yg hendak diabadikan sebagai satu coretan untuk menjadi kenangan dikemudian hari.

Alhamdulillah, Februari tahun ini tiada pertengkaran yang menyakitkan antara kami. Aku memang elergik dengan bulan yang orang kata bulan kekasih.

Alhamdulillah, tertunai juga hajat untuk melawat kota taiping, kota yang sebelum ini tak pernah ada dalam senarai tempat tempat yang ingin kami lawati. Atas dasar memberikan sokongan moral pada seseorang yang amat  membuat aku rasa bangga dengan bakatnya telah membuat kami merentas lebih kurang 680km.  Demi sayangnya seorang kakak pada adiknya dan sanggup memandu sejauh itu untuk memberikan sokongan yg tak seberapa, puas lah hati kami berdua dapat berbuat demikian.

Satu kenangan yang indah dan satu lawatan yang membuka mata akan sejarah negara jiran. Sesungguhnya aku bersyukur diberi peluang ke sana dan menikmati sendiri keindahan Taiping Lake Garden. Satu tempat yang bersih dan aku merasa tenang di sana.  Namun aku tahu, aku tak akan dapat menjejakkan kaki kesana lagi...terlalu mencengkam jiwa untuk aku berada disana lagi.

Ya Allah, kau berikan ketabahan pada hamba mu ini. Mungkin perpisahan ini adalah yang terbaik buat ku dalam penghijrahan taubatku sebagai hambaMu yang penuh dengan dosa. Kau berikan lah aku kekuatan untuk tidak terasa sedih perasaan atas silaturrahim yang diputuskannya. Aku yakin ya Rabb, pasti ada hikmah yang baik disebalik ketentuan ini.  Memang satu pelajaran yang sangat berharga buat diri ini. Alhamdulillah.

Hmmm, sudah sudah lah tu nak mengingatkan perasaan sedih tu. Enough. Full stop.

Ok nak cerita pulak pasal lawatan ke Batam. Apa sangat lah ke Batam tu kan. Bukankah dah selalu ke sana.  Namun kali ini lawatan ke batam adalah lawatan yang berbeza daripada lawatan memanjakan diri seperti selalu.

Alhamdulillah, tahun ini tercapai hajat untuk menyambut ulangtahun bersama dengan anak anak yatim di Batam. Dear sungguh sangat supportive dengan plan yang dah pun aku buat. Cuma satu aja plan yang kurang dapat sokongan positive dari Dear. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak memaksa sang pemotret untuk sama sama membuat kerja kerja amal.  Yelah aku faham keadaan nya dan aku juga sedar bukan senang untuk mengajak orang melakukan kerja kerja amal. 

Melihat anak anak dipanti asuhan nahdathul dengan ghairah nya memakan KFC, nasi kotak, JCO donut sungguh membuat hati aku berbunga bunga.  Syukur dapat berbahgi nikmat dengan anak anak ini.  Aku sempat juga bergambar dengan kek harijadi namun tak sedikit pun aku menjamah nya kerana aku pasti yang kek itu akan lebih enak rasanya dinikmati oleh anak2 disitu. Alhamdulillah Ya Allah kau berikan rezeki yang melimpah ruah untuk aku berkongsi kegembiraan ku dengan mereka mereka yang kurang bernasib baik.  Semuga mereka gembira dengan apa yg ku berikan.

Oh tahun ini Dear tidak memberiku apa apa hadiah pun cuma penginapan di hotel diBatam saja yang Dear lunaskan dengan ikhsan tajaan company Dear. Alhamdulillah lagi Ya Allah. "Nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan " Surah Ar-rahman.

Satu pengalaman dimalam hari jadi yang Allah berikan sangat sangat membuat aku rasa syukur teramat walau derita menanggung sakitnya. Sungguh cantik peraturan Allah buat diriku. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.