Bismillah hirrahmmannirahim
Assalammu alay'kum
Aduhai, lama juga blog ini terbengkalai tanpa dibelai atau dijengok. Mohon maaf bagi yang sudi menyinggah namun terasa hampa kerana tiada kemaskini dari yg empunya blog.
Terlalu banyak cerita yang hendak dicoretkan selama beberapa bulan menghilang. Tak tahu mana hendak dimulakan dan mana satu yg hendak diabadikan sebagai satu coretan untuk menjadi kenangan dikemudian hari.
Alhamdulillah, Februari tahun ini tiada pertengkaran yang menyakitkan antara kami. Aku memang elergik dengan bulan yang orang kata bulan kekasih.
Alhamdulillah, tertunai juga hajat untuk melawat kota taiping, kota yang sebelum ini tak pernah ada dalam senarai tempat tempat yang ingin kami lawati. Atas dasar memberikan sokongan moral pada seseorang yang amat membuat aku rasa bangga dengan bakatnya telah membuat kami merentas lebih kurang 680km. Demi sayangnya seorang kakak pada adiknya dan sanggup memandu sejauh itu untuk memberikan sokongan yg tak seberapa, puas lah hati kami berdua dapat berbuat demikian.
Satu kenangan yang indah dan satu lawatan yang membuka mata akan sejarah negara jiran. Sesungguhnya aku bersyukur diberi peluang ke sana dan menikmati sendiri keindahan Taiping Lake Garden. Satu tempat yang bersih dan aku merasa tenang di sana. Namun aku tahu, aku tak akan dapat menjejakkan kaki kesana lagi...terlalu mencengkam jiwa untuk aku berada disana lagi.
Ya Allah, kau berikan ketabahan pada hamba mu ini. Mungkin perpisahan ini adalah yang terbaik buat ku dalam penghijrahan taubatku sebagai hambaMu yang penuh dengan dosa. Kau berikan lah aku kekuatan untuk tidak terasa sedih perasaan atas silaturrahim yang diputuskannya. Aku yakin ya Rabb, pasti ada hikmah yang baik disebalik ketentuan ini. Memang satu pelajaran yang sangat berharga buat diri ini. Alhamdulillah.
Hmmm, sudah sudah lah tu nak mengingatkan perasaan sedih tu. Enough. Full stop.
Ok nak cerita pulak pasal lawatan ke Batam. Apa sangat lah ke Batam tu kan. Bukankah dah selalu ke sana. Namun kali ini lawatan ke batam adalah lawatan yang berbeza daripada lawatan memanjakan diri seperti selalu.
Alhamdulillah, tahun ini tercapai hajat untuk menyambut ulangtahun bersama dengan anak anak yatim di Batam. Dear sungguh sangat supportive dengan plan yang dah pun aku buat. Cuma satu aja plan yang kurang dapat sokongan positive dari Dear. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak memaksa sang pemotret untuk sama sama membuat kerja kerja amal. Yelah aku faham keadaan nya dan aku juga sedar bukan senang untuk mengajak orang melakukan kerja kerja amal.
Melihat anak anak dipanti asuhan nahdathul dengan ghairah nya memakan KFC, nasi kotak, JCO donut sungguh membuat hati aku berbunga bunga. Syukur dapat berbahgi nikmat dengan anak anak ini. Aku sempat juga bergambar dengan kek harijadi namun tak sedikit pun aku menjamah nya kerana aku pasti yang kek itu akan lebih enak rasanya dinikmati oleh anak2 disitu. Alhamdulillah Ya Allah kau berikan rezeki yang melimpah ruah untuk aku berkongsi kegembiraan ku dengan mereka mereka yang kurang bernasib baik. Semuga mereka gembira dengan apa yg ku berikan.
Oh tahun ini Dear tidak memberiku apa apa hadiah pun cuma penginapan di hotel diBatam saja yang Dear lunaskan dengan ikhsan tajaan company Dear. Alhamdulillah lagi Ya Allah. "Nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan " Surah Ar-rahman.
Satu pengalaman dimalam hari jadi yang Allah berikan sangat sangat membuat aku rasa syukur teramat walau derita menanggung sakitnya. Sungguh cantik peraturan Allah buat diriku. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
always good to read your writing. be happy always :)
ReplyDeleteThank you Zhu m, Insyallah will. Life is to short to spent time mourning.
ReplyDelete