Bismillah hirrahmmannirahim
Assalammu alay'kum
La Thazan. La Thazan. La Thazan.
"(Sekali lagi ditegaskan) Bahwa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" - Surah Ash-Syar-h
Semalam aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kecewa setelah habis aku menalipon pihak yang berwajib menguruskan hal ehwal masyarakat islam disini. Aku talipon Dear dan menceritakan apa aja yg telah aku perbualkan.
Dear tak dapat nak merasakan apa yang aku rasakan saat itu. Akhirnya aku jadi marah dengan Dear. Rasa kecewa yang amat sangat membuatkan aku cari kesilapan yg ada antara kami. Aku gagal untuk melihat kedalam diri ku sendiri dan menyalahkan orang yang sangat aku sayangi.
Dear memang selalu tidak merasa sensitif tentang hal begini. Entahlah aku keliru, aku tak dapat nak membaca hati dan perasaan Dear. Memang aku dah jarang sangat memerhatikan dan menganalisa sikap, gerak laku, perasaan dan apa pun tetek bengek yang Dear lakukan. Bukan da tak sayang tapi aku penat dan lelah untuk menghabiskan sisa sisa hidupku untuk terus memerhatikan bukan hanya dengan pandangan mata kasar tapi dengan hati nurani ku yg paling dalam. Maafkan Yang Dear kerana Yang takut untuk terlalu menyayangi Dear dan takut akan terjadi hal hal seperti dahulu.
Apa pun memang aku tersangat sedih dengan dugaan yang kami terima ini. Kekecewaan untuk kali kedua tidak lah sama dengan kekecewaan yang lalu. Aku bermonolog pada diri sendiri sepanjang perjalanan pulang semalam.
'Apakah Allah belum terima taubatku',
'Apakah aku kurang ikhlas dalam sujudku'
'Adakah dosa dosa masa laluku membuatkan aku diberikan rasa kecewa ini'
'Kenapa aku harus rasa kecewa dan sedih yang teramat'
'Adakah doa ku sahaja tidak diterima'
'Mungkin kalau Dear sama bangun dan berkhalwat, kami tak akan rasa kekecewaan ini'
Aku mulai mencari kesalahan kesalahan ku, dan aku juga cuba mengaitkan Dear dlm setiap tingkah laku kami menuju ke jalan Nya. Bertambah rasa marahku pada Dear. Dalam marah ku, aku hanya mendiamkan diri bila saat kami bertemu ditempat biasa kami menunggu waktu pulang kerja.
Aku sudah tidak peduli memikirkan dimana hendak kami berbuka puasa. Makan apa ajalah nanti. Hati aku penuh dengan rasa kekecewaan dan walang untuk terus berbicara dengan Dear.
Tadi malam memang suatu malam yang tak pernah terjadi dalam perhubungan kami selama ini. Aku for once tidak membuka mulut untuk memdiskusikan apa yg telah terjadi. Aku berharap yang Dear akan memulakan perbualan mengenai ini, namun mungkin Dear sedar yang aku tak ingin berbicara.
Sebelum tidur aku seperti biasa mengucapkan salam dan memberikan ciuman didahinya, tapi sempat juga aku bertanya,
"You ni serius tak nak pergi" tak menunggu Dear menjawab, aku langsung membalikkan badan membelangki Dear.
"Siapa yang tak nak pergi Yang, of course Im serius, tapi kalau bukan rezeki kita, nak buat macammana". Dear bersuara.
Aku biarkan aja dan menahan hati dari menjawab. Aku pasti kalau aku jawab yang keluar dari mulutku adalah sesuatu yang menyalahkan Dear. Akhirnya aku hanya beristighfar hinggalah aku terlelap dlm tangisan.
Ya Allah, seandainya ini adalah ketentuan mu dan ianya baik bagi kami, aku mohon berikan lah aku ketenangan dan redhakan lah aku menerima apa yg pasti hanya Engkau lah yg tahu kebaikannya. Aku terlalu kotor dan belum cukup bersujud memohon keampunan pada Mu. Ampunlah hamba mu ini yang menyimpan rasa kecewa dengan ketentuan ini. Ya Rabb, tiada aku ragukan hikmah dari apa yang berlaku ini, dan aku memohom pengampunan dari mu atas dosa dosa kami, kelalaian kami, kurangnya kesyukuran yang kami lafazkan atas nikmat yang kau berikan. kasihani lah hambamu dan jauhkan rasa sedih dan kecewa dari dalam lubuk hati kami. Semuga kau perkenankan doa doa kami dan janganlah kau lalaikan hati kami dan tetapkan niat kami untuk menjadi tetamumu. Perkenankan lah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzaljalalliwalihram. Aamiin AamiinYa Rabbalallamin.
No comments:
Post a Comment