Search This Blog

Friday, October 25, 2013

Selamat Tinggal Makkah

Bismillahirrahmannirahim

Assalammualaykum

Selamat tinggal Baitullah. 

Tawaf wadak telah selamat kami lakukan. Airmata terus mengalir memanjatkan doa terakhir sebelum meninggalkan Masjidil Haram. Semuga kami diberi peluang untuk menjadi tetamu lagi Ya Allah.

Sebentar lagi akan berangkat ke Madinah. 

Syukur Alhamdulillah apa yg hendak didoakan didepan Kaabah telah pun didoakan.

Bagi teman2 yg kirim doa, alhamdulillah telah aku lafazkan didepan kaabah.

Ya Rabb, kau permudahkanlah perjalanan kami utk berjumpa kekasihmu. 

Aamiin.

Monday, October 21, 2013

24 Years n many more to come ....

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaykum

Insya Allah.

Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepadamu ya Rabb.

24 tahun bersama dalam suka dan duka. InsyaAllah Allah panjangkan jodoh kami hingga keakhir hayat. Semuga ukhwah, kasih sayang dan silaturrahim antara kami berkekalan hendaknya.

Selamat Anniversary yg ke 24 Hajjah.

ps: kami akan berumrah hari ini sempena dng ulangtahun bersamanya kami. Doakan kami ya. Terima kasih.

Salam dari Makkah

Bismillahirrahmannirahim

Assalammualaykum

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukur akan nikmat Allah SWT. Kami telah selamat sudah mengerjakan semua rukun haji. 

Airmata terus menerus mengalir setiap berdoa memohon keampunan dari dosa dosa masa lalu. Terasa diri amat kerdil dan mengharapkan pengampunan. Semuga taubat kami diterima Allah SWT. 

Terlalu banyak kenangan diukir dan dibina dlm melakukan ibadah haji ini. Masa tak mengizinkan utk update banyak kali ini. 

Akan ku lakarkan nanti sepulangnya nanti ke tanahair, insya Allah. 


Friday, October 4, 2013

Tetamu Allah 1434 Hijriah

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi, doa kami diterima Allah. Alhamdulillah.

Saya dan teman hidup susah senang saya ingin memohon maaf seandainya ada kesilapan kami pada semua sama ada dengan sengaja atau pun tidak. Jika ada yang pernah belanja kami dengan makan minum, mohon dihalalkan.

Kami telah diberi peluang untuk menjadi tetamunya pada musim haji ini. Alhamdulillah. Doakan kami selamat dan dapat menjalani ibadah dengan baik sebagai tetamu Allah SWT.

Doa kami juga untuk semua yang melawati/menyinggah blog ini.

InsyaAllah panjang umur kita berjumpa lagi.

Labaikalla  humma labbaik Labaikalla sharikalaakka labaaik.....

Thursday, October 3, 2013

Berita Gembira

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum

Sesungguhnya Allah menurunkan ujian pada hambanya tak kira waktu dan tempatnya. Namun, yang pasti

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya." (Ayat 286 Surah Al-Baqarah).

Khamis lalu kami mendapat berita yang selama ini kami tunggu. Airmata kesyukuran tak dapat dibendung lagi. Melimpah ruah semau maunya. Sujud syukur kami kepada mu Ya Rabb. Aku mulai memicit micit butang talipon dan memberitahu kakak2 dan abang2 ku. Baru saja aku menalipon 2 kakak ku, Dear talipon.

"Yang, my supervisor tak nak approve my leave" sedih aja suara Dear.

"What?. Mana boleh, apa alasan dia? Merepek lah, Dee gi lah ckp and explain ngan dia".

"Dia ckp sebab now peak period, kita nak pindah. Pas tu dia suruh I defer".. masih lemau aja suara
Dear, infact ada dengar macam isakan.

"Hmm, apa dia ingat ni nak gi holiday ke boleh defer defer, you want me to talk to her?" aku memujuk.

"Ok takpe, dont care, you jgn sedih ok, kita bukan bergantung hidup dengan dia, kita hanya bergantung hidup ngan Allah. Balik nanti kita discuss ok". Aku cuba menengangkan Dear.

memang cukup geram mengingat alasan sebenar, rasa macam nak jumpa dan ckp depan2 dng orang yg tak tahu fakta.

Aku teruskan talipon adik beradik ku yang lain, memberitahu berita gembira ini dan memohon mereka melakukan solat hajat untuk Dear.

Alhamdulillah, setelah menghantar email ke bos besar, cuti Dear akhirnya diluluskan. Syuukur.

Maka dengan ini kami ingin memohon maaf jika ada diantara pembaca blog ini yg pernah tersunggeng perasaaan dengan posting2 disini dan bagi yang mengenali kami secara peribadi kami mohon doa kalian. Aamiin.




Wednesday, October 2, 2013

Cerita September

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur nikmat dengan kurnian Allah SWT.

Airmata seakan mudah mengalir mensyukuri nikmat Allah.  Majlis halal bihalal bersama dengan anak anak yatim di Batam telah berjalan dengan jayanya. Suka sangat aku melihat anak anak muda seusia 18 - 23 tahun turut serta dalam misi kami.

Anak anak panti asuhan disana amat teruja dengan kedatangan kami. Disiapkan tenda dan pentas. Di pertunjukkan bakat mereka dlm bersyarah, tarian dan deklamasi sajak. Ibu ibu tunggal dan penduduk kampung semua datang menyambut kedatangan rombongan dari Singapur.

Anak2 muda yg mengikut serta dlm rombongan menawarkan khidmat melukis inai ditangan utk anak2 yatim.  Wah sungguh hepi anak anak, ibu2 juga turut menghulurkan tangan untuk diinaikan.

Alhamdulillah, yang penting semua nya selesai dengan jayanya. InsyaAllah ada rezeki, kami akan datang lagi berkongsi kebahgiaan lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

September sering meninggalkan kesan yg menyedihkan.  Aku kehilangan seorang sahabat yg walaupun dianggap kasar perbualanya oleh sesetengah orang, namun dia adalah sangat baik hati orangnya. Pemergiannya meninggalkan kesan kepada aku dan memberikan satu pengajaran yg amat mahal buat aku dan Dear. Aku tidak sempat untuk melawatnya semasa dia terlantar dirumah sakit kerana aku sibuk dengan urusan menziarah rumah anak yatim dan juga mengulangkaji untuk peperiksaan kami. Ketika dia menghembuskan nafas terakhir, aku dan Dear berada di Kuala Lumpur atas urusan kursus.  Maafkan aku teman kerana tidak sempat kita bersua sebelum kau pergi. Semuga Allah mencucuri rahmah keatas rohnya. Aamiin.


Semasa aku berkursus di negara jiran, sempat juga kami meluangkan masa pada waktu malam menjelajahi kota Kuala Lumpur. Kali ini tidak seperti masa masa yang lalu pengalaman yg kami timba.  Kuala Lumpur dalam rintik rintik hujan malam, ramai gelandangan yang sudah terkulai di depan depan bangunan beralaskan kadbod dan berselimutkan plastic dan kertas dlm dingin malam. Ada yg hanya duduk bersandar melayan perasaan dan nasib.

Apabila kereta kami berhenti dan kami mengeluarkan makanan sambil melambai lambai mereka untuk datang dekat mengambil makanan yg kami agih agihkan, ada yg dtg merangkak dan terincut incut. Aduh, belas hati aku.  Ada yang minta lebih dari sebungkus untuk anak yg sedang tidur. Rasanya macam hendak berbual dan mencari tahu kenapa keadaan mereka jadi begitu. Namun, masa dan keaadaan memang tak memungkinkan. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, 150 bungkus burger bakar, air kotak dan sebungkus biskut dapat diagih agihkan kepada gelandangan dikota kuala lumpur.

Satu pengalaman yang amat berbeza dari lawatan ku selama ini ke Kuala Lumpur. Mudah mudahan ada lagi peluang untuk berbuat demikian dilain masa.

InsyaAllah.