Search This Blog

Tuesday, March 11, 2014

Kenangan - Debaran keberangkatan

Bismillahhirahmannirahim

Assalammualaykum

Menintakan pengalaman mengerjakan haji bukan lah untuk menunjuk nunjuk. Ia lebih kepada sebagai catatan peribadi yg hendak kuabadikan didada diari maya ini dan juga sebagai berkongsi pengalaman yg mudah mudahan dapat memberi sedikit informasi berguna pada yg membaca.

5 October 2013, seawal 7.30 pagi telah ada tamu yg dtg bertandang. Satu jam juga melayan mereka anak beranak. Org sudi menyempatkan diri dtg, mestilah dilayan sebaik mungkin. 

Seusai tamu beredar aku dengan pantas menyiapkan diri, bersiap siap untuk ke klinik. Buku kesihatan yg diberi belum pun sempat aku mendapatkan pengesahan dari doctor peribadi. Dalam perjalanan, Dear talipon mengatakan ada tamu yg datang lagi. Wah macam mana ni.? Aku terpaksa utk tidak patah balik takut klinik ramai org dan buku hikau x dilengkapi sebelum berangkat jam 1.30 nanti. 

Alhamdulillah, klinik tak ramai org, sekejap aja da selesai. Yang best doctor kasi obat free aja tiada consultation fee. Rezeki. Alhamdulillah, Pembantu yg dikaunter kata, Doctor nak amik berkat. Apa pun Alhamdulillah.

Tiba dirumah, tamu yg datang sebelumnya telah pun pulang. Yang ada adalah 2 tamu lain, satu kenalan rapat keluarga Dear dan seorg sepupuku. 

Dipendekkan cerita, sebelum berangkat, seusai solat sunat safar, aku dan dear memohon maaf antara satu sama lain. Aku berdoa agar Allah melindungi kami dari pertengkaran, kesukaran, menutup aib kami  dan memberi kami sikap bertolak ansur dan saling memberi sokongan kelak di Tanah Suci. Dear dengan kuat mengaminkan doa ku. Sayu terasa bila kami berdakapan dan sekilas memandang wajah masing masing. Saat itu seribu perasaan yg sukar diungkapkan terasa disanubari. 

Tepat jam 1.30 pm, azan dilaungkan oleh anak saudaraku yg sulung,  selesai saja doa memohon dipermudahkan perjalanan kami oleh bapanya. Dear ku lihat menahan rasa sebak dengan mata berkaca. Aku cuba menyembunyikan rasa sayu dengan melihat wajah wajah yg bakal ku tinggalkan. 

Setibanya kami di Changi Airport, telah penuh Terminal 3 dengan orangramai. Ada beberapa teman rapat yang telah menunggu kehadiran kami disana. Serasa macam superstar pula bila rakan dan taulan sibuk bergambar dengan kami. Terusterang inilah saat yang amat aku ingin elakkan namun apa daya ku. Aku tak suka pemergian kami diiringi dengan tangisan.  

Tiada banyak masa yg dapat aku nikmati bersama famili ku sendiri.. kawan kawan ramai yg telah menyita waktu itu. Namun alhamdulillah, dengan kehadiran mereka, aku dapat menyimpan rasa haru dan sebak didada.  Dear juga sibuk melayan saudara mara nya yg hadir di airport. Mata Dear telah bengkak aku lihat. Entah kenapa lah dia bersedih sangat. Saat itu memang aku tak tahu dan hati tertanya tanya sangat sangat. 

Kami adalah orang yg terakhir dari kumpulan kami yang check-in. Fuh..mcm star karat aja. Hahaha. Ada yg terlepas bertemu dengan kami kerana terlalu ramai orang. Takde rezeki nak buat macam mana kan.

Anyway, pesawat berangkat 10 minutes terlambat dari jadual. Sebaik saja keluar dari parking bay, aku seperti biasa, akan merasa mengantuk saat keberangkatan kapalterbang. Pasti mata ku akan tertutup saat kapalterbang menuju ke landasan runaway. Walaupun mata ku berat untuk tertutup, aku bukan nya tidor. Kecepatan kapalterbang pula pick up setelah dilandasan, namun sejurus sebelum take off, terasa kapalterbang berhenti tiba tiba.  Engin masih mengaum bergetaran. Dear yg disebelah, menyiku ku dan berkata
"Yang, plane emergency brake tau, you tahu tak"
"Ye, Yang tahu..tu tengok org tu nyer tv tu...ada bomba, Dee ingat Yang tido eh" sambil tangan ku pantas menekan screen tv dibelakang kerusi depanku.

Lama juga kami dibiarkan dalam tanda tanya. Hingga lah Kapten membuat annoucement yang semuanya dlm kawalan tetapi kapalterbang terpaksa patah balik atas sebab sebab teknikal. 

Dlm hati terdetik :Ya Allah, ini adalah ujian untuk kami, seandainya kami belum cukup memohon ampun atas kesalahan dan dosa kami, ampunkan lah kami dan permudahkanlah perjalanan kami untuk menjadi tetamumu.

Apa yang telah terjadi menjadi satu tanda tanya pada kami semua. Nantikan sambungan tulisan ini kenapa kapalterbang membuat emergency brake sejurus aja akan berlepas pergi.