Bismillahhirrahmannirrahim
Assalammu 'alaykum
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur nikmat dengan kurnian Allah SWT.
Airmata seakan mudah mengalir mensyukuri nikmat Allah. Majlis halal bihalal bersama dengan anak anak yatim di Batam telah berjalan dengan jayanya. Suka sangat aku melihat anak anak muda seusia 18 - 23 tahun turut serta dalam misi kami.
Anak anak panti asuhan disana amat teruja dengan kedatangan kami. Disiapkan tenda dan pentas. Di pertunjukkan bakat mereka dlm bersyarah, tarian dan deklamasi sajak. Ibu ibu tunggal dan penduduk kampung semua datang menyambut kedatangan rombongan dari Singapur.
Anak2 muda yg mengikut serta dlm rombongan menawarkan khidmat melukis inai ditangan utk anak2 yatim. Wah sungguh hepi anak anak, ibu2 juga turut menghulurkan tangan untuk diinaikan.
Alhamdulillah, yang penting semua nya selesai dengan jayanya. InsyaAllah ada rezeki, kami akan datang lagi berkongsi kebahgiaan lagi.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
September sering meninggalkan kesan yg menyedihkan. Aku kehilangan seorang sahabat yg walaupun dianggap kasar perbualanya oleh sesetengah orang, namun dia adalah sangat baik hati orangnya. Pemergiannya meninggalkan kesan kepada aku dan memberikan satu pengajaran yg amat mahal buat aku dan Dear. Aku tidak sempat untuk melawatnya semasa dia terlantar dirumah sakit kerana aku sibuk dengan urusan menziarah rumah anak yatim dan juga mengulangkaji untuk peperiksaan kami. Ketika dia menghembuskan nafas terakhir, aku dan Dear berada di Kuala Lumpur atas urusan kursus. Maafkan aku teman kerana tidak sempat kita bersua sebelum kau pergi. Semuga Allah mencucuri rahmah keatas rohnya. Aamiin.
Semasa aku berkursus di negara jiran, sempat juga kami meluangkan masa pada waktu malam menjelajahi kota Kuala Lumpur. Kali ini tidak seperti masa masa yang lalu pengalaman yg kami timba. Kuala Lumpur dalam rintik rintik hujan malam, ramai gelandangan yang sudah terkulai di depan depan bangunan beralaskan kadbod dan berselimutkan plastic dan kertas dlm dingin malam. Ada yg hanya duduk bersandar melayan perasaan dan nasib.
Apabila kereta kami berhenti dan kami mengeluarkan makanan sambil melambai lambai mereka untuk datang dekat mengambil makanan yg kami agih agihkan, ada yg dtg merangkak dan terincut incut. Aduh, belas hati aku. Ada yang minta lebih dari sebungkus untuk anak yg sedang tidur. Rasanya macam hendak berbual dan mencari tahu kenapa keadaan mereka jadi begitu. Namun, masa dan keaadaan memang tak memungkinkan. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, 150 bungkus burger bakar, air kotak dan sebungkus biskut dapat diagih agihkan kepada gelandangan dikota kuala lumpur.
Satu pengalaman yang amat berbeza dari lawatan ku selama ini ke Kuala Lumpur. Mudah mudahan ada lagi peluang untuk berbuat demikian dilain masa.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment