Search This Blog

Monday, August 26, 2013

Ke Perhentian Terakhir

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum
Hari ini 19 Syawal. Pantas sungguh masa berlalu. Genap setahun pemergian ayahanda Dear ke rahmatullah. Semalam kami baru mempunyai kesempatan menziarah pusara kedua ibu bapa kami. Fuhh..sempat menziarah 18 pusara insan insan yg amat kami sayangi termasuklah 3 sahabat ku yg berpergian tahun ini.

Aku kadangkala merasa rindu dengan almarhum. Ya lah dengan aku dia boleh bergurau kalau compare dengan Dear.  Dengan aku dia boleh berbagi rasa dan minta dibelikan itu ini. Walaupun dulu sewaktu cucunya tinggal bersama, aku sering dimarahi dan ada juga dalam marahnya aku disuruh pergi, namun aku juga yg dicari bila dia terasa nak makan sesuatu yg tak mampu dia pergi sendiri untuk membelinya. Oh Bapak, I missed you. Semuga Bapak aman disana hendaknya. Alfateha.

Bila kesana memang terasa sangat keinsafan.  Tahun lalu aku ada menulis mengenai kubur seseorang yg kulewati dan terhidu bau yg kurang enak dan juga sebuah kubur yang berbau wangi bila aku melintasinya. Sungguh Allah maha berkuasa, tahun ini, aku diberikan peluang untuk menghidu lebih banyak bau yang tidak enak dibeberapa buah pusara.  Aku hanya berdiam diri dan menahan nafas sambil berdoa yang Allah ampunkan dosa2 yg empunya pusara dan menghilangkan segala bau bauan. Dalam aku berdiam diri dan berdoa dlm hati, Dear menoleh kepada ku dengan reaksi wajah menahan nafas dari menghidu. Secara reflek, aku mengangkat jariku dan meletakkan dibibirku sambil kepalaku menggeleng geleng.  Alhamdulillah, nasib baik Dear faham. Dear terus bungkam dari berkata kata.
Terfikir didalam hati dan kepala otak ku, dosa apa yg telah mereka lakukan. Dan kenapa aku yang Allah berikan peluang untuk mengalami pengalaman ini. Berfikir positif, aku pasti Allah mahukan aku belajar sesuatu. Insaf sebelum giliran aku pula yg berada didalam. Tiada peluang berlari dan tiada peluang untuk melambatkan sesaat pun bila tiba waktunya. Walau tak pasti bila saat tersebut, sebaiknya aku ingin mempersiapkan diri ku ini. Begitu juga aku berharap Dear akan turut serta dalam misi ku untuk kehidupan yang abadi, Insya Allah.


Ini adalah sebahagian daripada pusara baru yg menempatkan saki baki tulang temulang bagi ahli kubur Bidadari yang telah dipindahkan ke Pusara Abadi. Semua ini adalah dari jenazah yg tak dituntut wali atau yang tak diketahui dimana warisnya. Sedih bila membaca apa yg ditulis dibatu tersebut. Nasib kita kelak siapa lah yang tahu kan. Rahsia Allah semata.

Enough said about the Pusara Abadi.  Now nak bebel pasal rancangan hujung minggu ini.

Ada tamu istimewa yang akan bertandang hari jumaat nanti. Aku gairah dan alhamdulillah, Dear tidak membantah bila aku mengutarakan agar tamu tersebut menginap dirumah Dear sebelum kami sama sama berangkat untuk acara hujung minggu ini.

Tersangatlah bahagia nya aku bila Dia menyatakan ingin turut serta dalam projek beraya aku ini. Dengan kehadirannya, tak semena mena rombongan yg mulanya aku target sebanyak 10 orang saja menjadi lebih dari 25 orang. Alhamdulillah, semuga Allah tambahkan rezeki tamu ku ini dan juga peserta peserta bagi majlis yang aku harap mendapat keredhaan Allah azzajawallah.

Semuga Allah permudahkan segala urusan kami hendaknya.

Psstt: tak sabar nak tunggu hujung minggu ini, semuga yg nak menerima sama excited dng yg nak memberi.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment