Bismillah hirrahmmannirahim
Assalammu alay'kum
Alhamdulillah, minggu lalu berjaya juga aku memborong buku buku di PBAKL. Niat dihati untuk ke pesta buku memang terdetik sejak tahu bila tanggal ianya akan diadakan. Tiap hari aku memasuki sesawang Kak Asia, Abg Jet dan juga Mr Tiger, tengok tengok harga tiket penerbangan ke sana walaupun Dear tak berapa setuju untuk kami naik ke KL bagi pesta buku tahun ini.
Macam macam alasan yang diberikan, tak suka nak naik Kak Asia lah, LCCT panas lah, (macam lah nak berkampung diLCCT kan). Hari Sabtu ada kelas lah. Hmm, akhirnya aku lupakan aja niat dan cita cita ku. Tak ku jenguk lagi laman sesawang penerbangan murah agar aku tak rasa sakit hati dan sedih. (itu pun nak sedihkan)
Awal bulan April, Dear tetiba talipon dan mengsyorkan kami pergi hari Isnin sebelum May Day. Taklah kelam kabut sangat dari pada kami miss kelas manasik tu. Aku dengan pantas terus meneroka sesawang Abg Jet. Alhamdulillah, kita hanya boleh merancang apa yg termampu dan Allah juga yang merancang dengan cantik sekali. Tiket penerbangan untuk berangkat ke Kuala Lumpur sungguh murah. Satu penjimatan yang sangat menyebelahi aku. Dari harga penerbangan untuk 2 orang sebelum ini adalah sekitar SG$294 belum termasuk bagasi memang tak berbaloi untuk ke KL dengan naik belon berkepak. Namun rezeki yg Allah tentukan, aku cuma bayar SG$125 untuk kami berdua beserta 20KG bagasi. Alhamdulillah..yahoo dapatlah tambah bajet utk beli buku dengan lebih banyak.
Dear banyak membeli novel2 sedangkan aku cuma membeli 3 buah novel dari booth NB Kara untuk koleksi aku sendiri dan 4 untuk kukirimkan pada seseorang diluar negara. Mungkin faktor usia dan juga mungkin keinginan ku untuk penghijrahan menjadi insan yang lebih baik dimata Allah telah membuat aku lebih cenderung menghabiskan wang dengan bacaan yang lebih kepada satu pencarian utk bekalan hidup sesudah mati. Oh ya aku juga diberi hadiah buku autobiography oleh novelist pujaan hati ku. Terimakasih, mahal juga harga buku tu..RM30. Anyway masa novelist tersebut memberiku buku tersebut, sempat juga dia bergurau,
"Kau nak tak buku yg RM150 tu, kalau kau nak boleh juga aku belikan" katanya.
"Alah, buat apa Kak, daripada akak nak buang duit RM150 untuk belikan saya buku tu, lebih baik lah duit tu buat sedekah kak"...jawapku spontan...
Hahahahah,...kami berdua ketawa akhirnya. Bila tawa sudah reda, dia mengatakan yg dia nak tengok buku tu, tapi taknak bayar lah, lebih baik sedekah kan duit tu...berderai lagi tawa kami sudahnya.
Oh aku telah menyempatkan diri untuk menjamu selere dengan Nasi Mandy...fuyooo, mak dato, mahal giler harga nasi mandy di Kuala Lumpur. Sepinggan Chicken Mandy Rice untuk Dear berharga RM30 dengan secawan kecil tea boh yg berharga RM5. Dan Lamb Mandy Rice yg aku order pulak berharga RM32 dan mint tea pula RM6. Service yang tak seberapa pula dicharge sekitar 11 ringgit lebih. Mahal giler sampai RM85 untuk 2 orang saja. Rasa pun tak lah sehebat nasi mandy yg pernah aku makan di sini. Mungkin ada yang membaca akan mengatakan padanlah muka kami, kena ketuk. Tapi harga tersebut adalah harga yg terletak dimenu restaurant itu. Apa pun aku rasa nasi mandy yang aku makan di Bedok corner jauh lebih smooth dari restaurant di Kuala Lumpur. Plus harga nya pun jauh lebih murah ...cuma SG$5 saja. Anyway, ia menjadi satu pengalaman dan satu pengajaran. Bukan aku lokek untuk berabis wang utk makan tapi aku rasa tak berbaloi. Sebelum ini pun kami pernah juga makan makanan yang mahal seperti Grill Cheese Lobster yg harga nya melebihi SG$50 untuk seekor lobster, but rasa yg sedap membuat aku rasa tak rugi untuk berbelanja mahal. Now lesson learned, so avoid that restaurant at any cost.
Setelah 2 malam diKL, kami pulang dengan borongan buku2. Alhamdulillah, takde excess baggage. Kalau tak ku angkut novel "Lenakan tidurnya" yg berat hampir 2 kilo itu, mungkin luggageku 20 kg itu menjadi excess. Syukur, itu tak terjadi.
Perjalanan ke KL kali ini sungguh seronok buat kami berdua...menelurusi kenangan lama waktu mula mula bercinta ...tiap tahun aku akan mengheret Dear ke pesta buku di WTC yang kini tapaknya adalah Vivocity. Dear bukanlah ulat buku namun aku tahu demi cinta dan kasih Dear padaku, Dear selalu ikutkan kehendak ku. Aku dan buku memang tak dapat nak dipisahkan. Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, dapat lah aku memperuntukkan sedikit wang bulanan untuk membeli buku. Aku sayang buku buku yang ku beli dan jarang sekali aku nak meminjamkan buku2ku pada orang lain. So sesiapa yang ada niat nak pinjam tu, pendamkan aja hasrat di hati ya.
Apa pun, aku gembira dapat borong buku2 di pesta buku antarabangsa. In sya Allah, mudah mudahan panjang umur, murah rezeki tahun depan kesana lagi.
good that u guys had fun!
ReplyDeletewe had the election..i didnt go to the pesta buku. went once and didnt really enjoy it. if i need my fix i will stroll at kino or alibris.
Zhu m, We didnt go during the election, we went on Tuesday a day before Mayday to avoid the crowd. I went all the way for that malay novel and islamic books which is hard to get here. Kalau ada pun, mahal sangat. And I just want to meet up with my favorit novelist.
ReplyDelete