Search This Blog

Wednesday, December 25, 2013

Rentetan hari Keberangkatan

Bismillahhirrahmannirahim

Assalammualaykum,

Menyambung kenangan menjadi tetamu Allah disini bukan untuk menjadi riak, hanya sekadar untuk meninggalkan tinta yang bisa kami membaca nya kelak di kemudian hari bagi muhasabah diri.

Alhamdulillah, berkat doa dari keluarga dan teman teman rapat, Allah telah permudahkan urusan kami. Setelah Dear meminta aku draft kan email untuk diserahkan kepada Head of Department, Dear got that release from her HOD.  Dear memang dah tak boleh fikir nak tulis apa pada bigboss nya. Tiada masalah untuk HOD melepaskan Dear pergi beribadah dan akan meluluskan permohonan cuti untuk Dear menunaikan haji. Sujud syukur kami kepada mu Ya Allah.  Walaupun terpaksa bertungkus lumus kembali ke tempat kerja pada hujung minggu, itu saja yg mampu Dear lakukan untuk tidak meyusahkan orang lain sepeninggalkan kami ke Baitullah.  Aku yang semestinya tidak mahu melihat cinta hati ku bersusah sendirian, telah turut sama menolong Dear menyelesaikan kerja kerja mempacking untuk perpindahan pejabat Dear. Hujung minggu terakhir sebelum berangkat telah kami habiskan di tempat kerja Dear.  Semua masa dan tenaga dikhaskan untuk selesaikan semua tugasan pada hujung minggu itu juga.

Pada semua anggota keluargaku, aku telah berpesan yang aku tidak mempunyai waktu untuk bertemu mereka pada hujung minggu tersebut. Hanya aku meminta saudara saudaraku untuk berdoa yang semuanya dapat diselesaikan sebelum kami berangkat pergi.

Mulai dari hari Ahad petang, tak putus putus ada yang datang berziarah. Ada saja yg datang dan tak tahulah dimana mereka mendapat berita yang kami akan berangkat. Walaupun penat sesangat dengan tenaga yg dah terkuras mengemas tanpa rehat secukupnya, tamu tetap harus dilayankan. Sabar aja lah. Tetamu harus lah diberikan layanan yang sebaik mungkin.

Tiap hari sebelum tarikh berangkat 5 October 2013, kami pulang lewat.  Isnin pulang dari kerja langsung pergi ke rumah ibu saudara dan abg ku untuk menziarah mereka.  Ibu saudara ku itu sedang sakit tenat dan mengikut ramalan doctor hanya tinggal beberapa bulan untuk hidup. Maka aku mengambil keputusan untuk bertemu nya sebelum kami berangkat.  Ke rumah abang pula untuk Dear meminjam baju seragam agency pelancungan yang akan kami ikuti bagi pakej haji ini. Nasib baik mereka tinggal berdekatan dan tak lah kami harus ke hulu hilir kan.  Lawatan singkat ke kedua rumah terpaksa dilakukan kerana kami harus bergegas ke klinik untuk mendapat kan suntikan wajib bagi mengerjakan ibadah haji ini.

Selesa kami harus ke agency bagi majlis taklimat keberangkatan untuk jemaah. Rabu pula ada majlis taklimat untuk pihak berkuasa. Fuhyyooo bila masanya nak mengemas bagasi yang harus dihantar ke airport sehari sebelum berangkat. Mana nak mencari barang barang keperluan kecil lagi. Saudara mara ada aja yang talipon untuk datang berziarah. Dengan terpaksa kami memohon maaf kerana tiada masa yang sesuai untuk menerima mereka.  Tiap hari sampai rumah sudah menjelang tengahmalam. Masa yang ada itu kami sempatkan untuk mengosok baju (oh itu kerja Dear), dan aku sendiri mengemas barang keperluan yg kecil kecil.

Rabu sepulang dari majlis taklimat pihak yang berkuasa, aku telah nekad untuk mengemas bagasi pada malam itu juga. Jadi seandainya ada benda yang tak sempat diadakan dapatlah aku mencarinya keesokkan hari. Aku melarang Dear untuk menunggu ku habis mengemas. packing bag ni memang tugas aku pada setiap kali kami hendak keluar negeri. Jadi aku tak memerlukan Dear untuk berada disisi setelah penat Dear menggosok pakaian yang hendak kami bawa.  Alhamdulillah, jam 3.45 pagi baru habis semuanya. Terlalu letih hingga aku langsung tertidur tanpa sempat bersalin baju.

Khamis - harapan untuk berehat malam hari nya menjadi meleset. Aku menerima tamu yang memang sangat sangat diluar dugaan ku untuk datang bertandang. Apa pun aku sangat sangat terharu dengan kehadiran insan ini. Aku percaya Allah yang mengerakkan hatinya untuk datang bertandang. Dia bukan saya berkongsi pengalaman semasa berada di Madinah, malahan berpesan kepada Dear untuk sabar melayan kerenah ku. Cakap lah apa pun, aku tidak kisah kerana aku sangat bersyukur yang dia telah datang dan aku tidak merasa terpaksa untuk pergi berjumpa dng insan ini. Dikesempatan yg ada, kami saling memohon ampun dan maaf. Akhirnya jatuh juga egomu. Terimakasih ya Rabb atas nikmat yang kau berikan. Hampir 17 tahun lamanya. Percaturan mu sungguh amat aku hargai ya Rabb.

Jumaat malam, aku telah pun merancang untuk mengadakan sedikit doa selamat antara keluarga ku dan keluarga Dear.  Tak ku undang teman teman bagaimana rapat sekalipun.  Best fren pun x de yang aku undang.  Memang aku cuma mahu keluarga kami berdua aja untuk majlis doa selamat ini. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan.  Ada juga teman2 yang datang bertandang sama sama berdoakan kami. Alhamdulillah. 

Majlis selesai sekitar jam 11 malam. Namun pada jam 11.45 mlm, ada seorg teman yang datang juga bertandang.  Abg ipar Dear berpesan sebelum pulang agar kami biarkan aja semua tikar, esok pagi mereka akan datang tolong kemas.  Knowing my love, that will never happen. Kami bertungkus lumus mengemas selepas temanku pulang sekitar jam 12.45 pagi. Another after midnite nite of sleep. Jam 2 lebih pagi baru selesai semuanya.

Ya Allah, mudah mudahan kesusahan kami sebelum berangkat menjadi tetamu ini menjadi kesenangan ketika berada ditanah haram nanti. Dan kau berikan lah kami kesehatan secukupnya untuk kami beribadah kepada mu.  Janganlah kau sia siakan masa kami sewaktu menjadi tetamumu.

Itulah doa kami sebelum kami berdua pun terlelap dalam dakapan keletihan.

Ok sambung nanti tentang hari penerbangan pada 5 October 2013.  Ada cerita suspen sebelum penerbangan. BESAR sungguh dugaan kami.

Insya Allah sampai jumpa.

No comments:

Post a Comment