Bismillahhirrahmannirrahim
Assalammu 'alaykum
Sebentar lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh berakah. Bulan yang ditunggu tunggu ramai umat Islam diseluruh dunia.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita ditemukan lagi dibulan Ramadhan yang mulia. Peluang telah diberikan untuk kita memperbaiki diri dengan amalan baik dan menjauhi diri dari pada perkara perkara mungkar. Semuga kita tidak hanya menjaga puasa dari berlapar dan berdahaga, mudah mudahan kita dapat juga melawan hawa nafsu dan tidak menyalahkan hasutan syaitan kerana pada bulan ini syaitan pergi bercuti.
Tahun ini adalah tahun pertama kami berpuasa tanpa orangtua Dear. Sejujurnya aku tak tahu apa yang akan aku rasa mulai esok. Rutin aku pada bulan puasa ini adalah memasak sepulangnya dari tempat kerja. Dear tak diizinkan majikan nya untuk pulang lebih awal jadi aku yang mendapat izin untuk sebulan ini tidak akan menunggu Dear ditempat pertemuan biasa. Aku akan bergegas pulang dan menyiapkan juadah berbuka dan juga memasak lauk untuk bersahur.
Tiap hari sebelum ini, bapak akan selalu berligar ligar di dapur sambil bersembang dengan ku yang sibuk memasak untuk berbuka. Esok macam mana lah agaknya keadaaan aku di rumah. Yang pasti aku tahu tiada orang yg akan melayanku sambil aku sibuk memasak.
Tahun ini aku berharap ramadhan ku dan dear dipenuhi dengan perkara yang diredhai Allah SWT semata. Alhamdulillah, kami sudah pun membeli baju raya sepasang dua semasa kami bercuti sempena ulangtahun Dear yang baru lepas Isnin lalu. Oh bercakap pasal cuti, rasanya percutian kami kali ini memang berbeza sangat sangat. Shopping cuma 3 jam ....ai like.
2 minggu sebelum hari jadi Dear, aku telah mengajak Dear ke rumah anak yatim di Batam untuk menghantar bahan bahan sembakao sebagai persediaan untuk bulan puasa nanti. 2 Teman baik aku yang berbangsa cina dan berugama katolik turun serta ke Batam dan membuat sumbangan untuk anak2 yatim disana. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mereka mengikut kami kesana setelah menjadi donor tetap untuk Panti Asuhan disana. Semuga Allah memberikan kebaikan untuk mereka. Aamiin.
Dalam rangka cuti cuti ulangtahun Dear, aku dan Dear ditawari melakukan rafting. Rafting at this age. Syiokadoo. Macam tak percaya aja yang aku boleh lakukan rafting...lebih best bila aku adalah org yg duduk didepan. Dear 'dihadiahkan' sebelah mata yg blueblack akibat benturan dari helmet suami temanku yg duduk didepannya. Satu pengalaman baru menjelang 'JELITA". Satu nikmat tersembunyi yang Allah berikan tanpa kita sedar. Tak pernah pun terbayang yang kami akan melakukan aksi rafting dlm hidup kami. Such an intereisting experience.
Tahun depan nampaknya tak dapat lah nak lakukan perkara2 begini memandangkan harijadi Dear akan jatuh pada bulan ramadhan.
Apa pun, pada semua, Selamat menyambut bulan yang mulia. rebutlah mempertingkatkan ibadah dan menjaga iman dan hawa nafsu. Semuga segalam ibadah yang bakal kita lakukan diterima Allah SWT dan semuga kita dipertemukan malam lailaturqadar dibulan ini. Kami mengambil kesempatan memohon maaf seandainya ada yg pernah terasa dengan kami.
Selamat berpuasa.
No comments:
Post a Comment