Search This Blog

Wednesday, August 20, 2014

Sekadar bercerita, cerita yg lama buat kenangan.

Bismillahhirrahmannirahim

Assalammualaykum,

Fuh Fuh Fuhhh....berabuk sudah blog ku ini. Hmm, boleh lah nak update sekarang.

SubhanAllah...cepat sungguh masa berlalu. Rasa sekejap aja ramadan berlalu dan syawal pun tinggal lebih kurang seminggu lagi. Tak sempat nak bersilaturahmi minggu pertama syawal dah ada jemputan kawin.

Alhamdulillah, cabaran ramadan tahun ini sungguh memenatkan. Bukan penat berterawih atau berqaimmulai...penat mengemas rumah yang berabuk akibat keputusan terakhir untuk renovasi toilet dan merombak kamar tidur utama utk kami beralih ke kamar itu setelah lebih 2 tahun arwah FIL meninggal kan kami.Nasib baik kontrator dpt menyiapkan sehari sebelum Ramadan, dapat jugalah aku membersihkan dapur yang diselimuti dengan debu untuk memasak buat sahur dan berbuka.

Sementara menunggu kedua dua toilet siap, aku telah mengajak Dear untuk membeli beberapa toilet assesori dan cadar bagi katil baru yg telah ku tempah dari bulan March yg lalu.

Lama dah tak shopping macam gini..rasa best aja dapat membahagia kan Dear.  Dalam perhatian ku, Dear amat mementingkan kesukaan ku utk bab warna cadar dan thread countnya. hhhmm ...aku tak kisah sebenarnya asal jgn lah flowery sangat. Aku lebih suka yg simple, polos with some embroidery aja. Kalau dah banyak bunga, terlalu feminin. Tak suka rasa feminin sangat dikamar tidur, ngeri. hehehe.

Suruh pilih cadar, Dear meleret leret beli benda lain, mattress protector lah, pillow protector lah, extra pillow cases, quilt, cushion...hai org perempuan ginilah kan.

"Dee, Yang nak beli bantal peluk ni dan another pillow tau". Sambil aku mengangkat bantal peluk with memory yg beratnya adalah dlm 1 kilo.
Dear mendekat dan mengambil bantal peluk utk merasa grade of hardness.
"Amboi beratnya bantal peluk...tak yah belilah, tak cukup ke peluk kita ni, Sayang oi"
"It can never be enough for me to have you Dear, bantal peluk ini help to support aja incase you merajuk"... perggg... tak pasal2 satu cubitan dpt dipinggul.

Haik lain macam aja Dear ni...romantik bagai aja masa shopping ni..dlm ati aku berkata sendiri.
Walau Dear tak benarkan aku membeli bantal peluk itu, namun aku lihat di trolley ada juga bantal peluk itu sama...senyum memanjang aja lah aku dibuatnya.

Seusai membayar dan arrange utk dihantar ke rumah kami ke kedai menjual barang accessories kamar mandi.

"Wah so many nice thing here, can I have this vanity sink Dear to put in the master bedroom", aku bertanya Dear yg lagi sibuk membelek kepala paip.

"Which one?...Oh this, how much" sambil Dear dtg mendekat.
"Cheap lah here compare to the shop that the contractor brought us, only $380"
"What, $380 you said cheap?...too much money is it?. But its nice anyway, nicer that kedai yg merepek tu kan Yang?"
"Kedai yg tu, kecik sikit dari yang ni, harga $450. This one, wider kan cabinet dia. We shall get this ok"
"Oklah as long as you pay, I like it too".
"Amboi, I pay lagi, tadi beli cadar entah berapa helai ntah, bantal, alas kaki pun beli yg $39 lagi, yg $9.90 tak nak, ni I kena bayar lagi...hiiishhhh...melebih lebih ya Sayang".aku mengusik Dear sambil aku berlalu pergi utk memberi tahu pekerja disitu yg aku mahu sinki vanity tersebut.

Dear adalah org yang cerewet bab berbelanja perkakas rumah. Penat aku melayan kerenah Dear, aku pun mengambil keputusan duduk aja dikerusi yg ada disitu sambil membiarkan Dear dilayan amoi cina dikedai tersebut.  Sesekali aku dengar Dear bertanya ini itu dan meminta persetujuan ku. Aku iakan aja apa pun pilihan Dear. Malas nak sekat kemahuan Dear.

"Yang, come here lah, nak choose shower stand ni. You nak guna instant heater ke storage heater, ada different tau shower stand dia".

Dengan malas aku melangkah ke arah Dear.

"Dee, we buy storage heater aja lah, boleh guna for both toilet. Now memang lah you tak nak mandi air panas, kita ni getting older, we will need it later Dear, admit it ok."

"Anything lah..then we choose this rain shower nak...puas tau mandi"
"Alah, kalau dpt mandi sama takpe juga...baru lah puas" jawab ku pantas.
"Hhmm, mestilah dpt, kan kita dah nak move to master bedroom, kalau kunci bilik dan both in the toilet, no one know apa. Hmmm gatal eh, itu aja dia ingat tau" lagi sekali kegigitan cubitan di pinggulku ini.
"Adoi,sakit tau!"
"Ok, May can lah we take this, 2 sets, give further discount lah..we bought so many things here" Dear memberitahu amoi kedai yg bernama May utk catit order kami.

Total belanja utk accessories toilet aja dah merabakkan bank akaun sebanyak $2.8K. Adoi nak raya nanti, boleh pengsan seh.

By the time selesai belanja waktu zohor tinggal 1 jam lagi. Naik teksi lah jawabnya sebab tak solat zohor lagi.

Dalam teksi, wajah Dear sungguh jelas kelihatan lega...kurang bebanan fikiran.

"Yang, tadi you ckp pasal mandi tu kan Yang.....hhhmmm rasanya lama dah kita tak do it kan Yang.Nanti toilet dah siap, kita mandi sama ya Yang" sambil tangan Dear mengait jari jemari ku yg kubiarkan diatas pehanya.
"Aik, amboi cik kak, nak ke? macam horny aja? ...Hahaha.." aku terus ketawa. Nasib baik teksi driver tu PRC, tak faham apa yg kami bualkan.

"Hmm, cant wait for the toilet to be ready and we permantly move to the master bedroom". Itu yg Dear jawap.

Aku pula terus membisu seribu bahasa. Berbagai benda yg bergolak di kotak fikiran ku. Akhirnya, aku berdoa dlm hati
(Ya Allah, jangan lah kau kotakan kata kata ku, jauhkan lah kami dari membuat perkara perkara yg tak kau redhai. Berikan lah ketenangan pada nafsu kami dan hentikan lah gejolak amarah nafsu berahi antara kami, perkenankanlah Ya Rabb. Aamiin)..lantas aku pun meraupkan kedua belah tangan ke wajah ku dan menutup mata sambil menyandar kan kepala di sandaran kerusi teksi.










No comments:

Post a Comment