Search This Blog

Thursday, October 9, 2014

2 Kebahgiaan 1 Kesedihan

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaykum
 
 
Lama benar tak jengok blog yang satu ini. Alhamdulillah, di berikan sedikit kelapangan untuk mengemas kini blog hari ini.
 
Bulan September yg lalu, penuh sarat schedule. Mana dengan gastric yang menyerang pada permulaan bulan dan diiringi dengan demam, batuk dan selsema. Alhamdulillah, kifarah dari Allah segala penyakit ini. Dear pulak menjangkit demam beberapa hari kemudian.  Gamaknya duduk rumah lah kami berdua, melepak tak larat.
 
Minggu pertama bulan sembilan, dengan keadaan kami yg demam, terpaksa juga menghadirkan diri majlis kenduri kawin anak abang ku. Alhamdulillah, selamat semua majlis.  Minggu kedua, kami cuti 3 hari sempena dengan cuti sekolah di Malaysia. Hahaha..macam ada anak pulak kan.  Kami cuti sebab menerima tetamu istimewa dari Malaysia.  Istimewa kerana dia merupakan novelis pujaan ati ku. Berjalan sakan lah kami jadi pelancung dinegeri sendiri menemani tetamu tetamu kami kesana kemari.  Walaupun penat kerana belum 100% sembuh, seronok juga lah dapat melayani mereka.
 
Minggu ketiga, kenduri kawin anak buah lagi.  Kali ini anak saudara Dear pula. Sibuk juga kami bukan kerana membantu di rumah abang Dear. Kami sibuk melayan tetamu dari Indonesia pula yg datang khusus ke majlis anak saudara Dear,
 
Minggu terakhir September, rencana pulang ke teratak di seberang tambak terpaksa dibatalkan. Rabu aku menerima pesanan yang ayah adik angkat ku dalam keadaan nazak. Seusai dari tempat kerja aku terus kerumah ayahnya walaupun dia tiada ditanah air. Memang sangat uzur di perhati kan orang tua ini. Khamis aku tak kesana walaupun adik angkat ku telah sampai dipulau temasek pada siang hari. Bukan aku malas atau tak rindu, aku cuma mahu dia rehat dan spend time dengan ayahnya yg tersangat uzur itu. Sambil tu boleh lah aku mengemas rumah  dan mencuci baju sementara berada dirumah memandangkan hujung minggu akan balik ke negeri "disini mulanya sebuah cinta". 
 
Kita hanya merancang, namun Allah juga lah sebaik baik perancang.  Ayah adik angkatku menghembuskan nafas pada hari jumaat beberapa minit sebelum waktu zohor. Nasib baik dia sempat sampai dari negara kengaroo dan berada disisi ayahanda tercinta. So akhirnya hujung minggu utk pulang ke teratak tak menjadi realiti. Dengan sakit dan berbagai aktiviti tiap minggu, sebulan tidak menjenguk kesana.  Sesungguhnya aku rindu teratak dan semerah delima ku.
 
Kenangan September yang dimulai dengan kegembiraan menyambut 2 menantu dan diakhiri dengan pemergian abadi seorang ayah kepada sang pencipta.
 
p.s: hampir 25 tahun hidup  bersama, buat pertama kalinya, kami tidur berlainan kamar semasa aku mulai demam kerana Dear takut menjangkit. Kuasa Allah sebenarnya, walaupun x tidur sama katil, Dear demam juga akhirnya. satu pengajaran besar utk Dear. Aku hanya senyum bila Dear meminta maaf kerana tidur berasingan dng niat tak berjangkit namun peraturan dari Allah adalah sebaliknya.
 
 

No comments:

Post a Comment