Assalammualaikum
Bismillahhirahmannirahim
Alhamdullilah. Kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan. Hari ini hari pertama kita memasuki bulan yang mana pintu pintu syurga dan keampunan dibuka dengan seluas luasnya. Bulan ini kita tak boleh menyalahkan syaitan dalam perkara perkara mungkar yang kita lakukan. Yang hanya boleh kita salah kan adalah diri kita yang tak dapat menundukkan hawa nafsu kita.
Alhamdullilah, cuaca pagi ini amat enak untuk kita mulakan puasa kita. Redup dan sejuk. Mudah mudahan kita diberi nikmat seperti ini sepanjang bulan ramadan. Berapa ramai yang puasa disiang hari tapi menjadi hamba nafsu pada malam hari. Makan tak ingat dunia dan akhirnya terbongkang didepan tv selepas berbuka. Mudah mudahan kita dijauhkan dari menjadi seperti ini pada ramadan 1433 ini. Marilah sama sama kita pertingkatkan amalan dibulan yang penuh berkah.
Peribadi bagi aku, bulan ini adalah bulan yang amat aku suka. Semasa kami didalam dunia lama kami, aku akan khususkan bulan ini hanya untuk beribadah. Persiapan untuk syawal, aku akan pastikan telah dilakukan sebelum menjelangnya bulan ini. Dan memandangkan aku bukan lah a 'nite' person, aku akan lebih melakukan segala mala ibadah didlm waktu sepertiga malam.
Rutin bagi diri aku dan dia amatlah berbeza pada bulan ini. Aku diizinkan pulang sejam lebih awal dari biasa ditempat kerja. Tapi tidak pula bagi dia. Alhamdulillah, senang lah aku menjalankan tugas menyiapkan juadah berbuka puasa seadanya. Tahun ini kami telah membuat keputusan untuk tidak berbuka di mana mana hotel baik disini atau diseberang tambak. Wang yang sering diperuntukan untuk berbuka ala buffet pun tak kami budget kan tahun ini.
Focus kami tahun ini adalah untuk tidak meninggalkan terawih tanpa alasan yang wajib. Juga untuk tidak membazir dalam hal menyediakan juadah berbuka puasa. Cukuplah kurma, bubur masjid, sekeping dua kuih muih dan sedikit main dish. Mudahan mudahan niat ni tercapai dan tak dileraikan oleh hawa nafsu.
Selamat beramal dan rebut nikmat ramadan buat semua. Andai berkesempatan, akan saya cerita tentang penghijrahan kami dilain kesempatan.
Salam ramadan kareem.
No comments:
Post a Comment