Bismillahhirrahmannirrahim
Assalammualaikum
Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi yang memberikan nyawa untuk kita bernafas.
Alhamduliilah, hari ini, dengan rahmatNya, 23 tahun kami telah hidup bersama. Menyulam cinta kasih dengan mengharungi banyak rintangan.
Duapuluh tiga tahun berkongsi pahit manis kehidupan. 23 tahun yang banyak mendewasakan kami. Rintangan demi rintangan dapat ditembusi dengan penuh kasih sayang. Walau kadang kaki tersandung, hati terluka meninggalkan kesan parut, alhamdulillah, jodoh kami masih lagi dipanjangkan Allah SWT.
23 tahun, suatu masa yang amat panjang. Banyak yg kami telan dan juga luahkan. Sikap toleransi dan menghormati antara satu sama lain dapat sedikit sebanyak mengekalkan hubungan kami hingga kini. Dan walaupun Dear tak pernah mahu mengaku yg Dear memerlukan aku dalam hidupnya secara terang terangan, namun aku tahu yg kami amat memerlukan antara satu sama lain.
Sesungguhnya aku bersyukur yang Allah mempertemukan aku dan membuatkan kami saling jatuh hati antara satu sama lain. Dan sesungguhnya aku bersyukur yang jodoh kami masih dlm perlindungan Allah SWT.
Walaupun niat dan impianku untuk menyambut anniversary tahun ini di tempat yang suci, aku yakin insyallah tahun hadapan adalah rezeki kami utk anniversary yg ke 24 insyallah.
So hari ini tiada any great celebation mcm last year. Tahun lalu kami sebenarnya celebrate anniversary cum house warming mahligai kami beberapa hari sebelum actual day. Cuma para undangan yg hadir cuma tahu ianya sebagai house warming. Hanya kami berdua dan sicelak aja yang tahu.
Tahun ini Allah menguji kami dihari anniversary kami. Kecik aja ujian yg Allah berikan sebenarnya. Namun rasanya tak tertanggung. Apapun Alhamdulillah aku yakin ujian ini adalah pencuci dosa dosa kecil kami. Semuga Allah mendengar permintaan kami dan terima penghijrahan kami dan tetap menyatukan dua hati kami hingga kehembusan nafas terakhir, insyallah.
Pada Dear, maaf tak dapat nak menunaikan permintaan Dear. Yang berharap sangat Dear redha. Semuga abadi cinta kita hingga keakhir hayat hanya kerana Allah Subhanallah Taala.
Ingat kay, saya amat mencintai awak dan saya harap awak pun jua.
Aamiin.
kak, m reading your blog. It is a nice piece of writing. Ada yang menjawab sedikit pertanyaan di hati ni. Wonder how on earth will I and my love be. I used to ask myself, sama ada kami mampu berhijrah suatu hari nanti. InsyaAllah. InsyAllah. InsyAllah.
ReplyDelete