Search This Blog

Sunday, October 11, 2015

Comeback update.

Bismilaahhirramannirahim

Assalammuaalaykum

Hampir setahun tak membuat any posting diblog ini.

Rupanya ada yg rindu. Terimakasih lah rajin menyinggah blog yg tak seberapa ini.
Just a quick update for a year event.

Kebelakangan ini sibuk dgn aktiviti perniagaan. Alhamdulillah best sangat rezeki yang Allah berikan sejak menunaikan haji tahun 2013.

Setahun lalu pulang dari anniversary trip diKorea, rezeki terjebak dengan biz yg sekarang diceburi. Tak pernah terfikir dek akal, namun kenyataannya memang mampu membuat mata masuk habuk setiap kali. Terasa Allah sangat sayang pada kami.

Alhamdulillah, kami diberi peluang sekali lagi utk menjadi tetamuNYA march tahun ini.
Dear sangat2 memberikan sokongan bila aku mengutarakan yang aku ingin meraikan ulangtahunku dirumah Allah. Bila aku mengatakan akan membawa bersama kakak dan abg iparku juga yg kebetulan anniversary berdekatan dgn ulangtahunku, Dear tidak pula membantah. Alhamdulillah. 

Memang aku bercita cita utk membawa adik beradikku berumrah memandangkan semua dah pun menjalankan tanggungjawab rukun islam yg kelima tu melainakn kekandaku yg sorang ni. Alhamdullilah utk kekanda ku ini yg belum menjejakkan kaki kerumah Allah, atas rezeki yg Allah berikan.. Aku menjadi insan yg bertanggungjawab membawanya kesana. Alhamdulillah kali ini langkah agak jauh dan turut diundang ke Masjidul Aqsa dan dapat juga menziarahi bumi para ambiyak dan melihat sendiri makam2 dan kuburan Wali2 Allah, Para Nabi dan pejuang Islam. Satu pengalaman yg pasti tak dapat kulupakan. Kemakam Rabiatul Adawiyah terasa sgt auranya. SubhanaAllah.

Entah mana rezeki datang tanpa disangka sangka, syukur sangat2. Semuga Allah tambahkan lagi rezeki kami.

Bila kita niat yg baik pasti Allah memudahkannya. Hadiah yg sungguh istimewa apabila dapat melakukan umrah utk almarhum ibunda tercinta bertetapan diharijadiku. MasyaAllah, tawaf terasa mudah laluannya tanpa desakan dan tolakan dari jemaah yg lain. Sai pun terasa senang tanpa rasa letih dan safa dan marwah terasa seolah dekat sgt. SubhanaAllah. Semuga Allah terima umrahku utk ibuku. Aamiin.

Pulang ketanah air, banyak berita gembira yg kami terima. Dear dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Aku selesai melunaskan bayaran utk apartment yg kini mendatangkan pendapatan pasif tiap bulan. Ya Allah mata masuk habuk mengingatinya. Mmg sangat2 diluar jangkauan akalku namun semuanya mudah bagi Allah. Aku sebagai hambanya hanya memohon aja. Ya Allah bila kita tahu ilmu menjemput rezeki ni, minta aja dgn Allah. Kita jauhi maksiat, Allah cepat aja melayan permintaan kita.

Ok nak cerita lagi perihal menjemput rezeki ni. Dulu aku berangan dan plan nak retire early. Selalu aku utarakan planning ini dengan Dear. Dear ckp boleh ke Yang, mcm kena retire at 65 tahun ke atau kot2 kita yg tak ada anak nak tolong menyara hidup ni kena kerja sampai bongkok tiga.

"Alah Dee, Yang takkan hidup begitu lamalah, kalau ikutkan genes family Yang, paling jauh pun boleh hidup usia 66 tahun. Kalau Dee lainlah, arwah bapak hampir 90 baru dijemput pulang". 

Mmg aku rencana nak retire at 50. Namun dengan ilmu Minda Magnet Rezeki, aku dah pun dapat melakukannya way below that age. Alhamdulillah.
Im free from debt nd 9-5 job. I feel good..i feel gggooddd! So good so good that I then book a flight tiket to UK for our 26 anniversary. Sekarang ni mood tak sabar nak berhanimun tanpa 'hani'.  
Disebabkan tugasan Dear, kita hanya terbang seminggu sesudah anniversary date. Dear ckp takpelah Yang yg penting kita pg a short getaway. Short??!!. Ah yelah tu Dear, 17 hari trip short kan. Yang boleh aja pg sebulan, awak tu yang takde cuti banyak. 

Belum pun berangkat kesana, mlm semalam semasa menonton AF, Dear mendekat sambil menunjukan screen hp nya

'Yang, tahun depan Anniversary Kita, dee nak gi sini tau, Yang bawa eh, my wish sbb nanti besday jatuh bulan pose lagi' 

'Mak Ai larat ke nak ddk flight sampai 25 jam Sayang oi'

'InsyaAllah larat, Dee nak sangat pg tempat ni'
Manjalah tu nak minta sesuatu. Bijak akal org perempuan kan.

'Ok lah insyaAllah, doakan Yang rezeki melekat lekat, balik trip UK ni nanti Yang survey flight tiket lah. Abis tu cincin ORRO tuari tak yah beli ok?'

'Alah tu nak juga, 23rd ni tak gi dinner ke? Kasi time dinner lah, sejak dah tak kerja dan buat biz ni, you dah kurang romantik dan manjakan Dee tau' merajuk pulak dah. 

Nilah tabiat Dear, kalau nak sesuatu dan nak dimanjakan mesti guna ganti nama Dee utk diri sendiri kalau tak I, me and mine aja. Macam
Mana lah aku tak lemahbadan bila dia dah merayu.. Sabarlah wahai hati, kuatkanlah iman melawan nafsu berahi. Mahu aja aku cium2 dia saat melihat wajah ya memujuk rayu. Astaghfirullah.

'Ok ok nanti one of this day, u balik kerja kita pg beli, now be a good wifey, take for me drink, hauslah'

'Haus? Nak susu?' Tetiba dia liteup pulak..eh apa ni, sabar Babe.. Dlm hati aku memujuk diri ni. 

'Susu? Susu apa? Cap gantung ke cap junjung?' Aku balik bertanya. Hahah amik kau.

'Sukatilah Syg nak yg mana.. Yg ni pun boleh, tak yah nak gi dapur' amboi offer pulak Dear. 

Utk tidak mengecewakan Dear, aku cuma ciut aja sambil berkata 
'Tak nak yang ni, nanti tak tahu siapa menang AF, plus Yang nak awet muda, yg nak BB Plus, boleh tolong bikinkan for me tak?'

'Ni pun BB Plus juga' sambil menarik kedua tangan ku meletakkan didadanya. Hhhmm, apa kena lah minah ni sorang memalam ni, nafsu sangat.. Lama dah tak buat kerja ni, jauhkan lah Ya Allah. Aku tak mahu membadani dia Ya Allah. Aku tak mahu dia kecil hati. Lindungilah kami dari terjebak dgn hawa nafsu ini.

'Sufi..' Tetiba dengar suara Zizan. 

Aku yg tengah melawan gejolak nafsu pantas melepaskan tangan ku dan memalingkan muka ke arah tv.

'Nanti ajalah buat BBplus, kita tngk Sufi aja'
Dng cepat aku beralihkan diri duduk dilantai depan tv. Fuhh selamat. Terimakasih Ya Allah.

Oleh dek kemenangan Sufi, nafsu berahi yg membuak2 dapat dimatikan dan bertukar ke nafsu kegembiraan. Terimakasih Ya Allah jauhkan kami dari membuat dosa. Lindungilah kami terus namun janganlah kau jauh kan hati kami utk tetap saling menyayangi dan izinkanlah abadikan cinta kita hingga kehembusan nafas terakhir dlm keimanan kepadaMU ya Rabb.  Aamiin.

No comments:

Post a Comment