Search This Blog

Thursday, October 10, 2024

October Datang Lagi

 Bismillahhirrahmannirahim

Assalammualaykum.


Ya Allah lamanya tak jenguk n update blog yg usang ini. Alhamdulillah akhirnya pagi Jumaat yg penuh berakah dapat kembali login di persada dunia blogger ini. 


Hahahaha…. Lama x jengok disebabkan lupa password dan lupa macammana nak guna portal blogger ni. Namun, pagi ini tetiba boleh ingat pulak da.


October selalu membangkitkan kenangan manis. Bermula episod episod perjalanan dua insan melakarkan kenangan demi kenangan, meniti setiap perjalanan yg kadang lancar dan kadang tersandung dek langkah2 menjejak kerikil kerikil kehidupan. 


Allakullihal, tahun ini jika dipanjangkan usia hingga ke 23 October, akan termeterilah ikatan pengabdian cinta kami yang ke 35 tahun. 


Alhamdulillah masih Allah izinkan ikatan kami hingga kini dan mudah2an hingga ke akhir hayat bersama. 


Walaupun banyak onak dan duri, pertengkaran demi pertengkaran kecil, namun ikatan kasih sayang masih lagi terpeteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi pasangan seperti kami ini. 


Memang tak semudah mempertahankan perhubungan. Ujian, tekanan dan kadang2 nafsu yg merangsang; Alhamdulillah jika berbalik kepada sang Pencipta… kita mampu mengharungi setiap ujian dengan hanya meminta kepada NYA.


Alhamdulillah, kini dikejutkan jam 4pagi bukan lagi utk memuaskan nafsu, namun utk sama sama memohon keampunan dan keredhaan dari yg memegang hati kami. Dlm lamanya dahi menyentuh sejadah, tangisan kekhilafan memohon diampunkan sering terjadi. Berbaik sangka yg Allah terima taubat kita dan terus memohon beristiqamah dlm menjadi hambaNYA yg diberikan keampunan dan tempat diSyurga kelak. 


Alhamdulillah.


Tahun ini dlm rangka trip anniversary kami terpaksa dilewatkan dek kesibukan dgn kerja kerja hakiki dan meeting tak habis2. 


InsyaAllah kami akan hanimun bertadabbur alam in November. 


Kami mendoakan agar kita sama2 dipermudahkan segala urusan untuk lebih mendekati Allah dan kembali kepada fitrah. 

Salam kasih sayang buat semua.


And to my Dear


Happy 35th Anniversary to us. 

Kita bikin romantis bikin paling romantis 

(Nak juga selitkan lagu berantu ni)


Till then, Maassalaamah.

Sunday, January 24, 2021

Rindu

 Bismillah

Assalammualaykum

Fuhh dah hampir 5 tahun tak sentuh blog ini. 

Rupanya ada yg rindu. Terimakasih kerana masih melayari blog ini dan yg sebelumnya. 

Terimakasih kepada yg berikan maklumat tweet seseorg. 
Alhamdulillah, kami bersyukur masih ada yg mengingati akan kami yg kerdil ini.

Sebenarnya sehari sebelum diberitahu ada yg rindu, Dear pun tetiba menyebut beberapa nama people like us yg suatu waktu dahulu memang teramat rapat. Honestly kami rindu kalian. 

Apa pun doakan yg terbaik buat kita semua. Ada masa nanti kita update lagi. 

Dear kata nanti vorder dah buka kita naik KL bolehlah bersua. Teramat rindu kalian adik2 semua. 

InsyaAllah bertemu suatu hari nanti. For now Stay safe n take care. 

Thursday, October 20, 2016

A quick update

Bismillah

Assalammualaykum

Lama tak menjenguk blog ini sampailah ada yg tegur di FB dan bertanya kenapa lama tak update.

Terlalu banyak cerita dan terlalu sedikit waktu luang yg ada.
Namun alhamdulillah kami masih saja bersama berdua. 
Walau cinta tak semanis dan seindah waktu dulu namun rantaian kasih dan cinta dihati masih tersemat dihati kami berdua.
Berikut factor usia yg meningkat, walau cinta masih kadang bergelora ketika waktu, namun kami gagahi utk tidak tunduk pada nafsu.

Ada yg bertanya baru2 ini, apakah masih boleh hidup bersama tanpa 'bercinta'.

Alhamdulillah bila kita diberi peluang utk hidup lebih lama didunia, ambillah peluang utk memperbaiki diri utk persiapan berpulang kita.

Beberapa bulan yg lalu telah berpulang seorg  dikalangan PLU. Mendengar cerita mengenai arwah dan kerja2 amal arwah, sesungguhnya membuat diri ini rasa kerdil amat. Lalu tertanya pada diri, apakah aku akan dijemput pulang semudah arwah, dengan apa yg telah aku lalui dahulu. Mudah2an aku dan Dear akan dijemput berpulang dlm khusnul khatimah. Aamiin. 

Alhamdulillah. 
Mengingati perjalanan hidup yg lalu, terasa sgt disayangi Allah. Dia memberikan dan menghadirkan seseorg utk aku cintai dan disayangi. Dia memudahkan semuanya utk kami hidup bersama. Walau kadang penuh cabaran aku akur ia sebahagian dari pengalaman yg harus dilalui kami seperti mana juga pasangan berlainan jenis. 

Terlalu banyak nikmat yg DIA beri.
Jika tahun lalu aku berhajat umrah di hari lahirku, Dia Telah pun mengabulkannya.

Tahun ini, nikmat yg diberikan sama utk Dear berumrah juga dihari lahirnya. Yg seronok kami diundang bersama utk berada disamping pasangan kami mengerjakan Umrah. 

Tak salah mempunyai rasa cinta antara satu sama lain, yg memberikan rasa cinta pun atas kurnian Allah jua. Terimakasih Ya Rabb kau hadir kan Dear utk ku selama hampir 27 tahun memetri cinta dan kasih sayang.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sampai jumpa lagi...

Thursday, October 22, 2015

We are 26th. Alhamdulillah.

Assalammualaykum

Bismillah hirrahmannirrahim

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Happy Anniversary Sayang.

Tak pernah pun menyangka dan impikan yang hubungan kami boleh bertahan hingga kini. 26 tahun melalui berbagai rintangan, pengalaman yg sering mendewasakan dan kadang meleraikan airmata.

Alhamdulillah, walau tak sentiasa bahagia dan kadang bersengketa, kita masih bersama hingga kini menguntai kasih yg kian menipis dek usia. Mungkin juga ikatan cinta yg disimpul dengan tolerensi, kesabaran dan sedikit kecemburuan dan disemai dengan kasih sayang bersama yg masih membuat kita mengabadikan cinta kita.

Semuga untaian cinta kita hanya akan berakhir diJannah kelak.

Sujud syukur padamu Ya Allah atas anugerah ini. Peliharalah kami jauh dari melakukan dosa dosa seperti masa lalu.

Sayang, mlm ni kita berbuka di rumah aja ya dan solat berjemaah. Sama2 nanti kita meminta dgn Allah utk panjangkan jodoh kita hingga kejannah dgn keimanan. 

ps : tak sabar nak pg hanimun minggu depan dan malam ni ada surprise tau. 

Sunday, October 11, 2015

Comeback update.

Bismilaahhirramannirahim

Assalammuaalaykum

Hampir setahun tak membuat any posting diblog ini.

Rupanya ada yg rindu. Terimakasih lah rajin menyinggah blog yg tak seberapa ini.
Just a quick update for a year event.

Kebelakangan ini sibuk dgn aktiviti perniagaan. Alhamdulillah best sangat rezeki yang Allah berikan sejak menunaikan haji tahun 2013.

Setahun lalu pulang dari anniversary trip diKorea, rezeki terjebak dengan biz yg sekarang diceburi. Tak pernah terfikir dek akal, namun kenyataannya memang mampu membuat mata masuk habuk setiap kali. Terasa Allah sangat sayang pada kami.

Alhamdulillah, kami diberi peluang sekali lagi utk menjadi tetamuNYA march tahun ini.
Dear sangat2 memberikan sokongan bila aku mengutarakan yang aku ingin meraikan ulangtahunku dirumah Allah. Bila aku mengatakan akan membawa bersama kakak dan abg iparku juga yg kebetulan anniversary berdekatan dgn ulangtahunku, Dear tidak pula membantah. Alhamdulillah. 

Memang aku bercita cita utk membawa adik beradikku berumrah memandangkan semua dah pun menjalankan tanggungjawab rukun islam yg kelima tu melainakn kekandaku yg sorang ni. Alhamdullilah utk kekanda ku ini yg belum menjejakkan kaki kerumah Allah, atas rezeki yg Allah berikan.. Aku menjadi insan yg bertanggungjawab membawanya kesana. Alhamdulillah kali ini langkah agak jauh dan turut diundang ke Masjidul Aqsa dan dapat juga menziarahi bumi para ambiyak dan melihat sendiri makam2 dan kuburan Wali2 Allah, Para Nabi dan pejuang Islam. Satu pengalaman yg pasti tak dapat kulupakan. Kemakam Rabiatul Adawiyah terasa sgt auranya. SubhanaAllah.

Entah mana rezeki datang tanpa disangka sangka, syukur sangat2. Semuga Allah tambahkan lagi rezeki kami.

Bila kita niat yg baik pasti Allah memudahkannya. Hadiah yg sungguh istimewa apabila dapat melakukan umrah utk almarhum ibunda tercinta bertetapan diharijadiku. MasyaAllah, tawaf terasa mudah laluannya tanpa desakan dan tolakan dari jemaah yg lain. Sai pun terasa senang tanpa rasa letih dan safa dan marwah terasa seolah dekat sgt. SubhanaAllah. Semuga Allah terima umrahku utk ibuku. Aamiin.

Pulang ketanah air, banyak berita gembira yg kami terima. Dear dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Aku selesai melunaskan bayaran utk apartment yg kini mendatangkan pendapatan pasif tiap bulan. Ya Allah mata masuk habuk mengingatinya. Mmg sangat2 diluar jangkauan akalku namun semuanya mudah bagi Allah. Aku sebagai hambanya hanya memohon aja. Ya Allah bila kita tahu ilmu menjemput rezeki ni, minta aja dgn Allah. Kita jauhi maksiat, Allah cepat aja melayan permintaan kita.

Ok nak cerita lagi perihal menjemput rezeki ni. Dulu aku berangan dan plan nak retire early. Selalu aku utarakan planning ini dengan Dear. Dear ckp boleh ke Yang, mcm kena retire at 65 tahun ke atau kot2 kita yg tak ada anak nak tolong menyara hidup ni kena kerja sampai bongkok tiga.

"Alah Dee, Yang takkan hidup begitu lamalah, kalau ikutkan genes family Yang, paling jauh pun boleh hidup usia 66 tahun. Kalau Dee lainlah, arwah bapak hampir 90 baru dijemput pulang". 

Mmg aku rencana nak retire at 50. Namun dengan ilmu Minda Magnet Rezeki, aku dah pun dapat melakukannya way below that age. Alhamdulillah.
Im free from debt nd 9-5 job. I feel good..i feel gggooddd! So good so good that I then book a flight tiket to UK for our 26 anniversary. Sekarang ni mood tak sabar nak berhanimun tanpa 'hani'.  
Disebabkan tugasan Dear, kita hanya terbang seminggu sesudah anniversary date. Dear ckp takpelah Yang yg penting kita pg a short getaway. Short??!!. Ah yelah tu Dear, 17 hari trip short kan. Yang boleh aja pg sebulan, awak tu yang takde cuti banyak. 

Belum pun berangkat kesana, mlm semalam semasa menonton AF, Dear mendekat sambil menunjukan screen hp nya

'Yang, tahun depan Anniversary Kita, dee nak gi sini tau, Yang bawa eh, my wish sbb nanti besday jatuh bulan pose lagi' 

'Mak Ai larat ke nak ddk flight sampai 25 jam Sayang oi'

'InsyaAllah larat, Dee nak sangat pg tempat ni'
Manjalah tu nak minta sesuatu. Bijak akal org perempuan kan.

'Ok lah insyaAllah, doakan Yang rezeki melekat lekat, balik trip UK ni nanti Yang survey flight tiket lah. Abis tu cincin ORRO tuari tak yah beli ok?'

'Alah tu nak juga, 23rd ni tak gi dinner ke? Kasi time dinner lah, sejak dah tak kerja dan buat biz ni, you dah kurang romantik dan manjakan Dee tau' merajuk pulak dah. 

Nilah tabiat Dear, kalau nak sesuatu dan nak dimanjakan mesti guna ganti nama Dee utk diri sendiri kalau tak I, me and mine aja. Macam
Mana lah aku tak lemahbadan bila dia dah merayu.. Sabarlah wahai hati, kuatkanlah iman melawan nafsu berahi. Mahu aja aku cium2 dia saat melihat wajah ya memujuk rayu. Astaghfirullah.

'Ok ok nanti one of this day, u balik kerja kita pg beli, now be a good wifey, take for me drink, hauslah'

'Haus? Nak susu?' Tetiba dia liteup pulak..eh apa ni, sabar Babe.. Dlm hati aku memujuk diri ni. 

'Susu? Susu apa? Cap gantung ke cap junjung?' Aku balik bertanya. Hahah amik kau.

'Sukatilah Syg nak yg mana.. Yg ni pun boleh, tak yah nak gi dapur' amboi offer pulak Dear. 

Utk tidak mengecewakan Dear, aku cuma ciut aja sambil berkata 
'Tak nak yang ni, nanti tak tahu siapa menang AF, plus Yang nak awet muda, yg nak BB Plus, boleh tolong bikinkan for me tak?'

'Ni pun BB Plus juga' sambil menarik kedua tangan ku meletakkan didadanya. Hhhmm, apa kena lah minah ni sorang memalam ni, nafsu sangat.. Lama dah tak buat kerja ni, jauhkan lah Ya Allah. Aku tak mahu membadani dia Ya Allah. Aku tak mahu dia kecil hati. Lindungilah kami dari terjebak dgn hawa nafsu ini.

'Sufi..' Tetiba dengar suara Zizan. 

Aku yg tengah melawan gejolak nafsu pantas melepaskan tangan ku dan memalingkan muka ke arah tv.

'Nanti ajalah buat BBplus, kita tngk Sufi aja'
Dng cepat aku beralihkan diri duduk dilantai depan tv. Fuhh selamat. Terimakasih Ya Allah.

Oleh dek kemenangan Sufi, nafsu berahi yg membuak2 dapat dimatikan dan bertukar ke nafsu kegembiraan. Terimakasih Ya Allah jauhkan kami dari membuat dosa. Lindungilah kami terus namun janganlah kau jauh kan hati kami utk tetap saling menyayangi dan izinkanlah abadikan cinta kita hingga kehembusan nafas terakhir dlm keimanan kepadaMU ya Rabb.  Aamiin.

Wednesday, October 22, 2014

25th Anniversary di Korea

Bismilaahhirramannirahim

Assalammuaalaykum

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Termetri janji 25 tahun yang lalu untuk menyulam kasih. 
Hari ini kami meraikan 25 tahun ikatan kasih, sayang, cinta dan persahabatan.
Terlalu banyak ranjau dan duri, kerikil dan onak yg kami injaki... Namun kaki terus melangkah mengagahi langkah walau kadang terasa lemah dan lelah. 
Terkadang kami jatuh dan putus asa, hampir juga ikatan terlerai, airmata saban hari terurai ... Sejadah saksi luahan hati kepada Ilahi. 

Jika dia kau utuskan utk ku, aku mohon Ya Rabb, abadikan cinta kami. 

Alhamdulillah. 23 October 2014.... Abadi cinta kita 25 tahun bersama.

Ps: #autumninkorea25thAnni

Thursday, October 9, 2014

2 Kebahgiaan 1 Kesedihan

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaykum
 
 
Lama benar tak jengok blog yang satu ini. Alhamdulillah, di berikan sedikit kelapangan untuk mengemas kini blog hari ini.
 
Bulan September yg lalu, penuh sarat schedule. Mana dengan gastric yang menyerang pada permulaan bulan dan diiringi dengan demam, batuk dan selsema. Alhamdulillah, kifarah dari Allah segala penyakit ini. Dear pulak menjangkit demam beberapa hari kemudian.  Gamaknya duduk rumah lah kami berdua, melepak tak larat.
 
Minggu pertama bulan sembilan, dengan keadaan kami yg demam, terpaksa juga menghadirkan diri majlis kenduri kawin anak abang ku. Alhamdulillah, selamat semua majlis.  Minggu kedua, kami cuti 3 hari sempena dengan cuti sekolah di Malaysia. Hahaha..macam ada anak pulak kan.  Kami cuti sebab menerima tetamu istimewa dari Malaysia.  Istimewa kerana dia merupakan novelis pujaan ati ku. Berjalan sakan lah kami jadi pelancung dinegeri sendiri menemani tetamu tetamu kami kesana kemari.  Walaupun penat kerana belum 100% sembuh, seronok juga lah dapat melayani mereka.
 
Minggu ketiga, kenduri kawin anak buah lagi.  Kali ini anak saudara Dear pula. Sibuk juga kami bukan kerana membantu di rumah abang Dear. Kami sibuk melayan tetamu dari Indonesia pula yg datang khusus ke majlis anak saudara Dear,
 
Minggu terakhir September, rencana pulang ke teratak di seberang tambak terpaksa dibatalkan. Rabu aku menerima pesanan yang ayah adik angkat ku dalam keadaan nazak. Seusai dari tempat kerja aku terus kerumah ayahnya walaupun dia tiada ditanah air. Memang sangat uzur di perhati kan orang tua ini. Khamis aku tak kesana walaupun adik angkat ku telah sampai dipulau temasek pada siang hari. Bukan aku malas atau tak rindu, aku cuma mahu dia rehat dan spend time dengan ayahnya yg tersangat uzur itu. Sambil tu boleh lah aku mengemas rumah  dan mencuci baju sementara berada dirumah memandangkan hujung minggu akan balik ke negeri "disini mulanya sebuah cinta". 
 
Kita hanya merancang, namun Allah juga lah sebaik baik perancang.  Ayah adik angkatku menghembuskan nafas pada hari jumaat beberapa minit sebelum waktu zohor. Nasib baik dia sempat sampai dari negara kengaroo dan berada disisi ayahanda tercinta. So akhirnya hujung minggu utk pulang ke teratak tak menjadi realiti. Dengan sakit dan berbagai aktiviti tiap minggu, sebulan tidak menjenguk kesana.  Sesungguhnya aku rindu teratak dan semerah delima ku.
 
Kenangan September yang dimulai dengan kegembiraan menyambut 2 menantu dan diakhiri dengan pemergian abadi seorang ayah kepada sang pencipta.
 
p.s: hampir 25 tahun hidup  bersama, buat pertama kalinya, kami tidur berlainan kamar semasa aku mulai demam kerana Dear takut menjangkit. Kuasa Allah sebenarnya, walaupun x tidur sama katil, Dear demam juga akhirnya. satu pengajaran besar utk Dear. Aku hanya senyum bila Dear meminta maaf kerana tidur berasingan dng niat tak berjangkit namun peraturan dari Allah adalah sebaliknya.