Search This Blog

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan pergi, marhabah Syawal.

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammu 'alaykum
Sebentar lagi kita akan kehilangan Ramadhan. Terasa sangat rugi sebenarnya.  Allah sangat bermurah hati memberikan ganjaran yang berlipat ganda di dlm bulan ini. Terasa kurang aku mengambil kesempatan meraih ganjarang tersebut tahun ini. Semuga Allah perkenankan aku untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun depan, Insya Allah.

Esok dah raya, tahun ini persiapan biasa2 aja.  Dear akan berkumpul di rumah kakak nya. Tahun ini pertama kali semua adik beradik Dear berkumpul di tempat lain. Syawal meninggalkan kenangan yang sedih.

Memandangkan mereka tidak berkumpul di rumah Dear, tak susah lah aku nak memasak juadah hari raya seperti sambal goreng pengantin, rendang daging dan limpa, sambal tumis sotong, kuah lodeh dan ayam masak merah. So relex lah sikit.  Tapi aku akan juga memasak rendang, sambal tumis sotong dan ayam masaak merah untuk Dear bawa ke rumah kakaknya.  Ringankan kerja2 kakak ipar tak salah kan.  Anyway, aku kerja hari ini, kejap lagi pukul 12 balik lah. Company kasi half day..yahoo. Sambal sotong dan rendang dah aku selesai mengerjakan nya dan kini selamat di dalam freezer.  70% kerja2 telah kami selesaikan. Balik nanti aku cuma nak masak ayam masak merah. Mudah2an dapatlah aku beristiqamah malam nanti.

Sejujurnya bila dah meningkat usia ni, raya doesnt meant anything lah. Anyway bagi aku, raya tak lagi meriah setelah pemergian ibu tercinta.  Aku tak lagi rajin mengambil upah kek lapis cempedak dan membuat biskut2.  Semua jadi lemau.  Ohhh!!! tak mahu lah nak kenang2, airmata jadi berlingangan pulak.

Oklah, nak wrap up kerja sikit dan nak mengucapkan

SALAM AIDILFITRI
MENYUSUN JARI
MEMOHON AMPUN DAN MAAF
ANDAI ADA YG TERGORES HATI
MELAYARI BLOG INI
DAN ANDAI ADA YG TERASA
DENGAN CORETAN DISINI

KAMI MEMOHON MAAF ZAHIR BATHIN.


 

1 comment: